Cara mudah untuk ibu-ibu suri rumah mahupun bekerja menyediakan 5 jenis pes ni sebagai masakan harian untuk keluarga. Sangat mudah dan menyenangkan kamu di kemudian hari. Siap bungkus dan haanya masukkan dalam peti sejuk beku! Selamat mencuba.
5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!

Pes – Masak lemak cili api/sambal tumis/rendang/tom yum/padprik

5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!

5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!

1. SAMBAL TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang kecil 10 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Cili boh 1 senduk besar
  • Belacan bakar 2 inci

CARA MEMASAK:

Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau.

 

2. MASAK LEMAK

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Serai 1 ikat
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia 1 inci
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 15 biji cili api ( boleh tambah tolak ikut berapa pedas kita nak)

CARA MEMASAK:

Nak tumis dulu boleh, tak tumis pun boleh sebab ada sesetengah tempat masak lemak tak bertumis. Tapi saya tumis.

 

3. TOM YAM

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang Merah 10 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili Boh satu senduk besar
  • Cili Api 10 biji
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai seikat
  • Udang Kering – satu sudu besar
  • Daun limau purut 5-6 helai
  • Serbuk belacan bakar – satu sudu besar
  • Air asam jawa – satu cawan

CARA MEMASAK:

IKLAN

Tumis semua bahan kecuali air asam jawa. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam n gula. 5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak! 5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!

 

4. PADPRIK

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar 1 biji *
  • Bawang Putih 3 ulas *
  • Cili padi 5 biji *
  • Cili Boh satu senduk besar *
  • Daun limau purut 4 helai *
  • Sos Tiram satu sudu besar
  • Sos Tomato satu sudu besar
  • Sos Cili satu sudu besar
  • Kicap masin/manis agak2

CARA MEMASAK:

IKLAN

Tumis semua yang bertanda * Masukkan bahan2 lain waktu nak guna/masak nanti.

5. RENDANG

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang besar 5 biji
  • Bawang kecil 10 biji
  • Bawang putih 6 ulas
  • Halia 2 inci
  • Lengkuas 2 inci
  • Kunyit hidup 2 inci
  • 4 ikat serai (lebih kurang 12batang)
  • Cili Boh 2 senduk besar

CARA MEMASAK:

Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Waktu nak masak nanti, baru masuk santan, kerisik dan daun kunyit.

5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!

Kredit resipi: Rosnita Liza Mohd Noor

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI