Hidangan kuih autentik Melayu dari air tangan bonda.  Tak ramai yang tahu resipi warisan bonda, apa kata kamu cuba resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue Arukin ni untuk merasai sendiri rasa kuih kampung sebenar! Selamat mencuba.

UBI KAYU TUMIS BILIS

5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 3 tangkai cili kering | potong kecil
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 4 ulas bawang putih | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Di dalam kuali panaskan minyak masak.
2. Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
4. Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
5. Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa.
7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain rebus, ubi boleh juga digoreng dahulu sebelum ditumis dengan bilis.

……………………

PENGAT UBI-UBIAN

5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji keladi | bersihkan dan potong dadu
  • 1 biji ubi keledek | potong dadu
  • 1 batang ubi kayu | potong dadu
  • 1 cawan labu | dadu
  • 1/2 cawan sagu | rendam dan toskan
  • 2 cawan santan pekat
  • 200gm gula
  • Secubit garam
  • Sehelai daun pandan | simpul

CARA MEMASAK:
1. Keladi, ubi keledek, ubi kayu dan labu direbus empuk dan toskan.
2. Satukan santan, gula, sagu dan daun pandan di dalam periuk.
3. Didihkan hingga semua bahan larut dan sebati.
4. Masukkan ubi-ubian rebus dan didihkan beberapa minit lagi.
5. Tambah secubit garam.
6. Pengat sedia dihidangkan.

IKLAN

INFO CHEF: Jika suka anda boleh tambahkan gula Melaka, tetapi kurangkan sedikit gula pasir.
………….

BUBUR CANDIL GANDUM

5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 800ml santan pekat
  • 200gm tepung dandum
  • 250gm gula
  • 150ml air perahan daun pandan
  • 1 helai daun pandan | siat & simpul
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Tuang air perahan daun pandan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
3. Jika doh terlalu keras, tambah sedikit air dan jika doh terlalu lembik, tambah sedikit tepung gandum.
4. Setelah doh menjadi lembut, bentukkan doh mengikut bentuk yang disukai.
5. Didihkan air yang banyak di dalam periuk, rebus doh candil pandan hingga ia terapung. Toskan.
6. Di dalam periuk lain, satukan santan, gula, daun pandan dan secubit garam lalu didihkan dengan api yang kecil hingga mendidih.
7. Masukkan doh candil yang telah direbus tadi dan didihkan seminit dua lagi hingga semua bahan sebati.

INFO CHEF: Jika mahu warna-warni anda boleh warnakan doh ikut warna kesukaan.
…………….

IKLAN

BINGKA UBI KAYU

5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ubi kayu | parut dulu baru timbang
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:
1. Ubi yang telah diparut dicampur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 20 minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula, garam dan pewarna makanan ke dalam mangkuk berisi sagu ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan mentega. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan ratakan. 5. Boleh juga tambah sedikit mentega dibahagian atas adunan ubi.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga bingka masak.
7. Sejukkan dan potong.

INFO CHEF: Jika ingin cepat anda boleh perah air ubi kayu yang telah diparut tadi.
……………

TALAM UBI

5 Jenis Resipi Kuih Kampung Sebenar Warisan Nenek, Sedapnya!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

A: LAPISAN BAWAH:

  • 800gm ubi kayu | parut dulu baru timbang
  • 300ml air
  • 150ml santan pekat
  • 250gram gula
  • Pewarna kuning

B: LAPISAN ATAS:

  • 800ml air
  • 320ml santan pekat
  • 100gram tepung beras
  • 80gram tepung ubi
  • 80gram tepung gandum
  • 2 sudu teh garam halus

CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan A lalu kacau sebati.
2. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat.
3. Sediakan loyang yang dialas dengan plastiK.
4. Tuang adunan A tadi ke dalam loyang dan ratakan.
5. Kukus selama 40 minit.
6. Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati.
7. Tuang ke dalam periuk lalu didihkan atas api dengan api sederhana. Kacau hingga naik wap.
8. Tuang adunan B ke dalam loyang berisi adunan A yang telah dikukus tadi. Kukus kuih talam selama 30 minit lagi.
9. Sejukkan dan potong mengikut cita rasa dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Biarkan betul-bteul sejuk baru dipotong.

RESIPI : CHEF SUE ARUKIN, SRI ANDALAS, SELANGOR.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI