5 Jenis Resipi Kuih Talam Pedas Paling Sedap Untuk Di Cuba!

Share

Kuih talam memang menjadi kegemaran pengunjung bazar pada bulan Ramadan. Rasanya yang manis mudah menambat selera sesiapa sahaja. Jom cuba masak sendiri kuih talam untuk juadah berbuka puasa nanti.

TALAM KENTANG BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram kentang (direbus)
  • 30 gram tepung gandum
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1/2 camca teh garam

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan semua bahan dan gaul sebati.

2.Masukkan adunan ke dalam loyang.

3.Kukus selama 25 minit.

 

INFO CHEF: Untuk kurangkan pedas, tidak perlu letak lada sulah.

 

 

 

TALAM KELADI BERLAUK

BAHAN A:

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 2 sudu makan  tepung gandum
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

 

BAHAN B:

2 cawan keladi (direbus atau dikukus)

2 sudu makan udang kering

3 biji cili merah

 

CARA MEMASAK:

1.Campurkan bahan A dan B.

2.Masak di atas api sederhana sehingga naik wap.

3.Kukus selama 25 minit.

 

BAHAN HIASAN:

  • Cili merah
  • Bawang goreng
  • Daun sup

 

INFO CHEF: Boleh dimakan tanpa bahan hiasan. Itupun sudah melengkapkan cita rasa.

 

 

 

TALAM BERLAUK DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 200 ml santan
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji telur ayam

 

BAHAN INTI:

  • Minyak masak untuk menumis
  • 200 gram daging cencang
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk kari daging

 

CARA MEMASAK:

1.Tumiskan bahan inti setelah kuih masak.

 

BAHAN HIASAN:

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah

 

BAHAN SOS:

  • 1 cawan cili kering (dikisar)
  • 4 sudu makan gula
  • 1/2  sudu teh garam

 

INFO CHEF: Sebelum ditumis, boleh juga direbus dengan air sedikit terlebih dahulu daging cencang supaya lebih lembut.

 

 

 

TALAM LAPIS BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 300 ml santan
  • 100 ml air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur ayam

 

BAHAN INTI:

  • 200 gram ayam kisar
  • 2 bji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kurma
  • Secekak daun sup
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji telur

 

CARA MEMASAK:

1.Cara tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan bahan rempah dan daging ayam kisar. Sejukkan.

2.Masukkan 2 sudu bahan tumis tadi bersama daun sup, cili merah dan 2 biji telur ayam untuk setiap lapisan.

3.Ulangi sehingga telur habis.

 

INFO CHEF: Daun sup bertujuan membangkitkan aroma kuih talam.

 

 

 

TALAM BINGKA BAKAR BERLAUK

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

 

BAHAN INTI:

  • 200 gram ayam kisar
  • 2 bji bawang kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan serbuk kurma
  • Secekak daun sup
  • 3 biji cili merah
  • 4 biji telur

 

CARA MEMASAK:

1.Masukkan semua bahan dan gaul sebati.

2.Masukkan adunan ke dalam acuan.

3.Masukkan bahan inti.

4.Bakar selama 20 minit.

5.Hiaskan bersama bawang goreng.

 

INFO CHEF: Adun perlahan-lahan supaya bancuhan lebih sebati. Mengadun terlalu pantas membuatkan tepung agak keras.

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim