5 Jenis Serunding Sesuai Untuk Lauk Sahur, Boleh Juga Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

Share

5 Jenis Serunding Sesuai Untuk Lauk Sahur, Boleh Buat Bisnes Bulan Puasa Ni.

 

Bila dekat dengan bulan puasa ramai yang cari serunding untuk lauk berbuka, rasa garing dan pedas  memang memancing selera bersahur tak kala mata masih kelat. Kebanyakan dari kita selalunya beli je serunding, tapi harganya boleh tahan mahal. Apa kata kali ini kita buat siap-siap beberapa jenis serunding untuk simpan bulan puasa yang tak sampai sebulan lagi. Atau bboleh je jadikan jual untuk tambah pendapatan.

 

SERUNDING DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging batang pinang
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 2 genggam jintan manis
  • 2 genggam ketumbar

 CARA MEMASAK:

Rebus daging sehingga empuk dan disiat halus.

Kisar semua bahan A.

  • Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  • Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  • Kemudian masukkan bahan B dan santan. Kacau sebati.
  • Masukkan daging yang telah disiat.
  • Masukkan gula, garam dan kerisik.
  • Masukkan air asam jawa.
  • Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

SERUNDING AYAM

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ayam
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa.

Bahan A

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

 CARA MEMASAK:

  1. Rebus isi ayam sehingga empuk dan disiat halus.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ayam yang telah disiat.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak sehingga garing dan angkat.

SERUNDING IKAN

BAHAN-BAHAN

  • 2 kg ikan
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • 1 kg santan
  • Bahan A
  • 1/2 kg ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan dan asingkan bahagian isi dan tulang.
  2. Kisar semua bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau.
  6. Masukkan santan dan kacau sebati.
  7. Masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulang.
  8. Masukkan gula, garam dan kerisik.
  9. Masukkan air asam jawa.
  10. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

SERUNDING IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm ikan bilis putih
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rendam ikan bilis putih dan kisar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan ikan bilis yang telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

SERUNDING UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm udang geragau
  • Minyak masak untuk menumis
  • 5 senduk cili boh
  • Gula merah dan garam secukupnya
  • Sebiji kelapa parut
  • Sepeket kerisik
  • Secawan air asam jawa

Bahan A:

  • ½ kg bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 cm halia
  • 2 cm lengkuas

Bahan B:

  • 3 genggam jintan manis
  • 3 genggam ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rendam udang geragau dan kisar kasar.
  2. Kisar bahan A.
  3. Goreng bahan B tanpa minyak dan kemudian dikisar kasar.
  4. Tumis bahan A bersama cili boh sehingga naik minyak.
  5. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
  6. Masukkan udang geragau yang telah dikisar kasar.
  7. Masukkan gula merah, garam, kelapa parut dan kerisik.
  8. Masukkan air asam jawa.
  9. Masak dengan api perlahan sehingga garing dan angkat.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin