Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…
Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…
1. VANILLA CUPCAKE
BAHAN-BAHAN: 110gm mentega 110gm gula kastor 2 biji telur 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbornat 110gm tepung kek 1 sudu makan susu segar Acuan kek cawan secukupnya Sedikit jem strawberi untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati. 2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. 3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 4. Masukkan susu segar dan gaul sekata. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang. 7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping. 8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. 9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega. 10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga. 11. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 12-15 biji Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi
2. CRÈME BRULEE CUPCAKE
BAHAN KEK CAWAN:
180gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ¼ sudu teh garam 70gm mentega 120gm gula kastor 2 biji telur 1 sudu teh esen vanila 50ml susu segar Acuan kek cawan secukupnya Buah strawberi secukupnya untuk hiasan
Ads
BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:
200gm heavy cream 100gm susu segar 100gm gula kastor 1/8 sudu teh garam 1 sudu teh esen vanila 4 biji kuning telur 3 sudu makan tepung jagung 1 sudu makan mentega Sedikit gula | hiasan
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan. 2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati. 4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 7. Sejukkan dan ketepikan. 8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan. 9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang. 10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.
Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing. Saiz hidangan : 9-10 biji Keistimewaan : Rasa manis dan lemak Jenis masakan : Pencuci mulut 3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat ¼ sudu teh garam 2 biji telur 200gm gula kastor 120gm mentega 1 ½ sudu teh esen vanilla 2 sudu makan jus lemon 70gm blueberi Wafel coklat untuk hiasan Buah blueberi secukupnya untuk hiasan Acuan kek cawan secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan. 2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang. 4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati. 5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati. 6. Masukkan blueberi dan gaul sekata. 7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 9. Sejukkan dan ketepikan. 10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. 11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan. Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.
Saiz hidangan : 9-10 biji Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi Jenis masakan : Pencuci mulut
4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung red rose/ kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat 50gm mentega 80gm gula kastor 100gm coklat cip semi sweet 50gm coklat cip putih 2 biji telur 100ml susu segar 1 sudu teh esen vanilla Acuan kek cawan secukupnya Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan
Ads
RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING): 400gm coklat masakan 200gm heavy cream
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang. 2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati. 3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata. 4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang. 6. Sejukkan dan ketepikan. 7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat. 8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut. 9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan. 10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 12-15 biji Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap Jenis masakan : Pencuci mulut
5. PIE APPLE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
120gm tepung red rose/kek 1 sudu teh serbuk penaik ½ sudu teh soda bikarbonat ¼ sudu teh garam 120gm mentega 220gm gula kastor 2 biji telur 80ml susu segar Acuan kek cawan secukupnya Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan INTI EPAL: 2 biji epal | potong dadu 50gm gula perang 50gm air 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING): 450gm mentega 360gm gula ising 1 sudu makan esen vanila CARA MEMASAK: 1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang. 3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan. 4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata. 5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh. 6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang. 7. Sejukkan dan ketepikan. 1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau. 2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering. 8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan. 9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. 10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.
Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan. Saiz hidangan 10-12 biji Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mulakan hari minggu pertama dengan semangat baru. Hidangan untuk keluarga perlu diberi perhatian. Sarapan pagi jangan pula dilupakan. Untuk anda yang suri rumah, bekerja dan mempunyai anak-anak bersekolah, sarapan mudah dan mengenyangkan ini sangat baik untuk tenaga sebelum tiba waktu makan tengahari.
MINI MUFIN TELUR BAYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
150gm daun bayam | hiris
1 tiub tauhu Jepun | hancurkan
1/2 biji cili Benggala | dadu halus
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan keju cedar | parut
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk perasa ayam
CARA MEMASAK:
Campurkan bayam, cili Benggala, tauhu dan keju dalam mangkuk.
Gaul rata, ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata.
Masukkan susu cair, serbuk perasa ayam,serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Kacau rata, kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi campuran daun bayam tadi. Gaul rata.
Masukkan dalam acuam mangkuk kertas.
Panaskan perikuk kukusan, setelah air mendidih kukus muffin lebih kurang 15 minit.
Mufin sedia dihidangkan bersama Sos Cili Thai.
INFO CHEF: Jika ingin muffin ini lebih kering, anda boleh bakarnya dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15-20 minit.
…………..
CHICKEN & RICE PATTIES
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | rebus dan carik-carik
1 cawan nasi | kisar kasar
2 biji telur
½ cawan susu segar
2 sudu makan keju pemersan
Sedikit parutan lobak merah
Sedikit hirisan daun bawang
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu the serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan suhu 180C.
Campurkan nasi, isi ayam, parutan lobak merah, daun bawang.
Gaul rata dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau rata. Kemudian masukkan susu dan kacau lagi hingga sebati.
Perasakan dengan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa.
Tuangkan di dalam mangkuk berisi bahan campuran tadi.
Taburkan keju pemersan dan gaul sebati.
Masukkan dalam acuam muffin dan bakar lebih kurang 20-25 minit.
Mufin sedia dihidangkan bersama sambal cili.
INFO CHEF: Hidangan ini boleh disediakan awal, anda hanya perlu panaskan sebelum dihidangkan untuk sarapan bersama keluarga.
……
TORTILLA SOSEJ BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping tortilla | potong bulat
5 batang sosej | potong dadu kecil
200gm keju cedar | dadu kecil
1 biji telur
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
Potong tortilla bentuk bulat (saiz sesuai dengan acuan muffin try.
Satukan sosej, keju, daun ketumbar di dalam mangkuk.
Pecahkan telur kacau rata dan tuangkan dalam mangkuk campuran sosej tadi.
Masukkan serbuk lada sulah, pati ayam dan garam secukup rasa.
Gaul rata, ketepikan.
Sapukan dulang muffin dengan sedikit minyak atau mentega.
Letakkan tortilla di dalamnya, bentukkan seperti mangkuk,
Isikan campuran sosej tadi di dalamnya, kemudian bakar lebih kurang 25 minit.
Setelah masak mufin sedia hidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda.
INFO CHEF: Selain tortilla, anda boleh gunakan roti biasa tetapi terap terlebih dahulu supaya nipis dan tidak terkkoyak.
…….
MI AYAM ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
300gm mi kuning | cuci dan tos
2 pokok daun bawang | hiris 3-4 cm panjang
2 pokok sawi Phat Choi | hiris memanjang
4 biji cili padi | titik
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menumis
PERAPAN AYAM:
200gm isi dada ayam | hiris nipis kecil
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
BAHAN SOS:
1 sudu makan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap
BAHAN SUP:
1 mangkuk air rebusan ayam
1 kiub pati ayam
1 hirisan halia
1 biji bawang putih | titik
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang
CARA MEMASAK:
Campurkan hirisan ayam bersama bahan perapan, gaul rata.
Perapkan sekurang-kurangnya 15 minit (lebih lama lebih sedap).
Sementara itu, campurkan semua bahan sos, kacau rata, ketepikan.
Untuk kuah sup air rebusan ayam tadi dipanaskan, campurkan bawang titik, hirisan halia, pati ayam dan perasakan dengan garam jika perlu.
Setelah mendidih, tutup api dan tuangkan dalam mangkuk dan taburkan daun bawang.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan ayam yang telah diperap tadi seketika (tidak perlu garing). Angkat dan ketepikan.
Tambah sedikit minyak lagi dalam kuali yang sama, lalu tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan wangi.
Kemudian masukkan mi kuning, gaul rata dan tuangkan bahan sos.
Kacau rata, masukkan Phat Choy dan ayam yang telah ditumis tadi.
Kacau supaya sos sebati dengan mi.
Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata.
Hidangkan bersama kuah sup yang telah disediakan tadi.
INFO CHEF: Sebaiknya perapan ayam dan sup disediakan pada sebelah malam supaya pagi anda hanya perlu menunis sahaja.
…….
ROTI TELUR MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping roti gadaum | potong dadu kecil
3 biji telur
2 pokok daun ketumbar | hiris halus
1 biji tomato | potong dadu kecil
1/2 biji cili Benggala hijau| cicang halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
1 biji bawang Holland | dadu halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh garam Masala
1 sudu teh serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia, kemudian masukkan bawang Holland kacau hingga layu.
Seterusnya masukkan serbuk cili, kunyit, ketumbar dan garam Masala.
Kacau rata, masukkan pula cili Benggala dan tomato.
Kacau seketika, kemudian tolakkan ke tepi kuali, masukkan telur dalam kuali.
Setelah menjadi telur hancur, gaulkan dengan tumisan, apabila sekata, masukkan roti.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan daun ketumbar, gaul lagi dan tutup api.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu pedas anda boleh abaikan serbuk cili, tukar dengan rempah kari.
……….
VEGETABLE PAKORAS
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan parut.
1/2 batang lobak merah | parut
1 cawan bunga kubis | cincang halus
½ biji bawang besar | dadu halus
1 biji cili hijau | cincang
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
Sedikit air
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu terbuk cili
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum dan beras dalam mangkuk adunan bersama.
Seterusnya masukkan semua bahan serbuk yang kering, gaul rata.
Masukkan bahan sayur, kentang, lobak merah, bunga kubis, bawang besar dan cili hijau.
Gaul rata dan biarkan seketika baru tambahkan air.
Adun rata sehingga menjadi bancuh cucur yang pekat.
Panaskan minyak dan kuali Kemudian goreng pakora hingga garing dan kekuningan.
Hidangkan pakora dengan sos kegemaran anda.
INFO CHEF: Anda disarankan perah air kentang dan lobak merah terlebih dahulu untuk mengelakkan adunan pakora berair.
……
BERGEDIL KENTANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
300gm kentang | kukus
150gm Keju Cheddar | parut
100gm tepung gandum
50gm nestum
1/2 cawan susu segar
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Lenyekkan kentang hingga hancur di dalam mangkuk
Kemudian masukkan susu, gaul rata dan sebati.
Seterusnya masukkan serbuk oregano, lada hitam perasa ayam dan garam, gaul rata sehingga cukup rasa.
Masukkan pula nestum bersama parutan keju, gaul lagi.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan doh lembut.
Ambil sedikit doh, bentuk bulat, kemudian leperkan. Lakukan hingga habis.
Goreng hingga keperangan.
Hidang dengan sos pilihan anda.
INFO CHEF: Untuk mudahkan kerja, anda boleh siapkan bergedil waktu malam dan bangun hanya perlu menggoreng sahaja. Ia menjimatkan masa.
…..
CHEESY SAUSAGE & EGG BAKE
BAHAN-BAHAN:
6 batang sosej | hiris serong
5 biji telur kacau rata
200gm keju Cheddar | parut
1/2 biji cili Benggala Hijau| dadu kecil
1/2 biji cili Benggala Merah | dadu kecil
5 biji cendawan shitake | hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
Sementara itu, campurkan sosej, keju serta semua bahan hirisan di dalam mangkuk.
Kacau rata, kemudian masukkan dalam acuan pembakar yang telah disapu dengan sedikit minyak sayur.
Bakar menggunakan api bawah untuk 25 minit pertama.
Keluarkan dan taburkan parutan keju di atasnya dan bakar semula dalam ketuhar hingga masak.
Lima minat sebelum tutup tutup ketuhar, masak guna api atas supaya bahagian atas nampak garing dan keju sedikit cair.
Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau mayones.
INFO CHEF: Untuk jimat masa, anda boleh sediakan Cheesy Sausage ini waktu malam dan kukus. Keesokan hari anda hanya perlu bakar lebih kurang 10 minit sahaja dan sedia dimakan.
………
LEMPENG GULUNG TUMIS DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
1 sudu makan mentega
1 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN TUMIS DAGING KISAR
250gm daging kisar
1 biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
1sudu makan pes cili kering
2 sudu makan sos balognes
Garam dan gula secukup rasa.
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar.
Kisar sebati hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan kuali non stick, sapukan sedikit minyak untuk permulaan.
Tuangkan adunan lebih kurang satu senduk bulat.
Ratakan menjadi bulat yang nipis.
Setelah masak angkat dan gulung. Lakukan hingga habis adunan.
Seterusnya sediakan Tumus Daging Kisar.
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Pulut Pagi antara popular di kalangan masyarakat Pantai Timur. Menu ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, ini min sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
PULUT PAGI BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Kukus atau tanak pulut bersama daun padan hingga masak.
Tuangkan dalam bekas, kemudian gaulkan pulut dengan parutan gula Melaka.
Gaulkan kelapa parut bersama garam, kemudian kukus sekejap.
Hidangkan pulut dengan kelapa parut dan taburkan beras pulut sangai di atasnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!