5 Kek Cawan ‘Homemade’, Panas Dari Oven. Pasti Tetamu Suka…

Share

Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…

Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…

1. VANILLA CUPCAKE


BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
110gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbornat
110gm tepung kek
1 sudu makan susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit jem strawberi untuk hiasan

Bahan Buttercream (topping) :
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang.
7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga.


11. Sedia dihidangkan.

Saiz hidangan : 12-15 biji
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi

2. CRÈME BRULEE CUPCAKE


BAHAN KEK CAWAN:

180gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
70gm mentega
120gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Buah strawberi secukupnya untuk hiasan

BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:

200gm heavy cream
100gm susu segar
100gm gula kastor
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan mentega
Sedikit gula | hiasan

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang.
10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.

Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak
Jenis masakan : Pencuci mulut

3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE


BAHAN-BAHAN:

140gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
2 biji telur
200gm gula kastor
120gm mentega
1 ½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan jus lemon
70gm blueberi
Wafel coklat untuk hiasan
Buah blueberi secukupnya untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya

RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila

CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang.


4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
6. Masukkan blueberi dan gaul sekata.
7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
9. Sejukkan dan ketepikan.
10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan.
Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.

Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi


Jenis masakan : Pencuci mulut

4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE


BAHAN-BAHAN:

200gm tepung red rose/ kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
50gm mentega
80gm gula kastor
100gm coklat cip semi sweet
50gm coklat cip putih
2 biji telur
100ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Acuan kek cawan secukupnya
Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan

RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING):
400gm coklat masakan
200gm heavy cream

CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang.
2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang.
6. Sejukkan dan ketepikan.
7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut.
9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.

Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.

Saiz hidangan : 12-15 biji
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Jenis masakan : Pencuci mulut

5. PIE APPLE CUPCAKE


BAHAN-BAHAN:

120gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
120gm mentega
220gm gula kastor
2 biji telur
80ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan
INTI EPAL:
2 biji epal | potong dadu
50gm gula perang
50gm air
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan.
4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering.
8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.

Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan 10-12 biji
Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek

Published by
Faridah Talib