Teringin nak masak kek eh tiba-tiba baru perasan oven rosak pulak . Maklumlah guna oven pun jarang-jarang, mahu tak ‘mogok’ oven tu. Jangan panik, pengukus kan ada.
Masak kek dengan pengukus memang ternyata perbezaannya. Selain dari tahan lama, kek kukus juga naiknya lebih padat dan lembab. Samada kek buah , pandan, coklat, brownies apa sahaja jenis kek ia boleh dimasak menggunakan teknik kukus.
Jom cuba ‘kehebatan’ kek kukus dari Norbaini Rahwi, penulis buku “Kek Mentega Dulu & Kini’ terbitan alaf 21 dengan koleksi resepi kek kukusnya.
1.KEK KUKUS PANDAN GULA MELAKA
Bahan-bahan : Bahan A :
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
100 gm gula kastor
½ sudu kecil garam
Bahan B :
Ads
125 gm tepung gandum | diayak
25 gm tepung jagung | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
Bahan C:
25 ml susu segar
25ml perahan air daun pandan
Bahan D :
35 ml minyak jagung/masak
Bahan untuk topping :
400gm whipping cream/fresh cream
20 gm gula aising
10 gm kelapa kering yang telah di gaul dengan pes pandan
Sedikit gula Melaka | telah dicairkan.
CARA MEMASAK : Kek : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 15 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan Bahan C. Gaul hingga sebati 4 .Akhir sekali masukkan bahan D, di kacau hingga rata. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 bahagian.
Buat topping : 1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental. 2. Sapukan krim di setiap potongan dan ditaburkan kelapa kering dan disirakan gula Melaka. Lakukan sehingga bahagian atas. 3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara dua bahagian dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 15 sm @ 6 inci Waktu memasak: 15- 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan :Rasa pandan yang mewah dengan krim, kelapa kering dan gula Melaka Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF :Untuk kek yang gebu dan ringan bagi kek kukus, cara pembuatan yang digunakan adalah secara kek span. Jika dibuat secara method kek mentega (butter cake) kek akan padat dan kurang enak rasanya.
2.KEK KUKUS MARBLE ZEBRA
BAHAN-BAHAN : Bahan A:
8 biji kuning telur
2 biji putih telur
115 gm gula kastor
½ sudu makan ovalet
Bahan B:
130 gm tepung gandum }diayak sekali dengan serbuk penaik
½ sudu teh serbuk penaik
100gm minyak jagung/masak
25 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coklat emulco
½ sudu teh kopi emulco
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan loyang bersize 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan susu segar. Gaul hingga sebati 4. Masukkan minyak jagung,kacau hingga rata dan akhir sekali masukkan esen vanilla 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan bahagian lagi digaul bersama coklat dan kopi emulco. 7. Sendukkan berselang seli dengan satu senduk/1/2 cawan ke dalam loyang. 8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 20 minit atau sehingga masak. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk dihidang.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 20 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Rasanya tidak ubah seperti kek mentega marble, menariknya kek ini hanya dikukus dan tidak dibakar. Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF: Jangan menyapu minyak atau mentega/marjerin di bawah dan di sekeliling loyang, ia akan menyebabkan kek mengecut.
CARA MEMASAK : Kek : 1. Sediakan periuk kukus. Sediakan 2 loyang bersaiz 20 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu disapu mentega. 2. Pukul Bahan A hingga kembang 3. Masukkan Bahan B dan di selang selikan dengan coklat dan susu segar Gaul hingga sebati. 4. Akhir sekali masukkan minyak jagung, di kacau hingga rata. 5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 6. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 15 minit atau sehingga masak. 7. Setelah masak sejukkan kek. Setelah sejuk setiap kek di potong kepada 2 keping. Topping : 1. Pukul whipping cream dan gula aising hingga kental. 2. Sapukan krim di setiap potongan. Lakukan sehingga bahagian atas. 3. Akhir sekali sapukan semua bahagian kek dan antara kepingan kek dengan krim dan hias mengikut citarasa masing-masing.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 20-25 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek coklat kukus dengan badam dan topping fresh cream dan Nutella, pasti menambat hati si kecil. Anggaran kos: RM 20
INFO CHEF :Kek kukus yang di buat dengan menggunakan minyak ke dalam ramuan akan menghasilkan tekstur yang lebih lembut.
4.KEK KUKUS BUAH
BAHAN-BAHAN : Bahan A :
310 gm gula kastor
60 gm air panas
250 gm mentega
500 gm buah-buahan campur
1 sudu teh krim tartar
2 sudu teh baking soda
Bahan B:
350 gm tepung gandum | diayak
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh oren emulco
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukusan. Sediakan loyang bersize 20 sm dan dialas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2 .Masak gula halus sehingga perang dan larut, kemudian masukkan air panas secara perlahan-lahan. Gaul rata. 3. Masukkan mentega dan gaul rata. 4. Kemudian masukkan buah-buahan campur dan renehkan sebentar sahaja bersama dengan krim tartar dan baking soda. Sejukkan. 5. Setelah sejuk masukkan Bahan B dan gaul rata. 6.Kemudian masukkan telur dan pukul sedikit telur sebelum di campurkan ke dalam adunan. 7. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan coklat emulco, di kacau hingga rata. 8. Panaskan periuk kukus dan kukuskan kek selama 4 jam. 9. Setelah masak sejukkan kek. Sedia untuk di makan.
Ads
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 20 sm Waktu memasak: 4 jam Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Kek kukus ini tidak terlalu manis dan boleh di sejuk bekukan. Anggaran kos: RM20
INFO CHEF : Seperti juga kek kukus yang lain, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil agar air tidak menitis ke dalam adunan kek buah.
5.BROWNIES KUKUS KEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A :
115 gm putih telur
110 gm gula kastor
1 sudu teh ovalet
Bahan B :
80gm tepung gandum | diayak
20gm serbuk koko | diayak
½ sudu teh serbuk penaik
50 gm coklat gelap compound/coklat masakan | di cairkan
70 ml minyak jagung/masak
½ sudu teh esen vanilla
4 keping keju cheddar
50 gm cip coklat
Sedikit parutan keju | untuk hiasan
CARA MEMASAK : 1. Sediakan periuk kukus 18 sm dan di alas dengan kertas. Tidak perlu di sapu mentega. 2. Pukul bahan A hingga kembang 3. Masukkan bahan B. Gaul hingga sebati 4. Kemudian masukkan coklat gelap dan gaul rata. 5. Akhir sekali masukkan bahan minyak jagung,keju cheddar dan coklat cip, kacau hingga rata. 6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 7. Panaskan periuk kukus dan kukuskan1 bahagian brownies selama 10 minit. Setelah masak keluarkan kek serta susunkan keju cheddar di atas permukaan brownies dan di taburkan cip coklat. Kemudian tuangkan baki 1 bahagian lagi di atas lapisan cheese, dikukus lagi selama 15 minit atau sehingga masak. 8. Setelah masak sejukkan brownies dan hiaskan dengan parutan keju. Sedia untuk di makan.
Saiz hidangan: 1loyang pembakar bulat 18 sm Waktu memasak: 30 minit Cara Memasak : Kukus Jenis masakan : Kek Keistimewaan : Brownies kukus rasanya lebih lembut dan enak dilapisi keju cheddar. Anggaran kos: RM 15
INFO CHEF : Segera keluarkan brownies dari loyang setelah 10 minit dikeluarkan dari pengukus supaya brownies tidak basah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Hanya tinggal beberapa hari je lagi Syawal, jika korang nakkan kelainan tapi bosan asyik lauk rendang, kari mahupun kuzi, apa kata korang sediakan menu lebih ringkas namun rasanya tetap sedap. Ni dia enam pilihan sambal.
RASA kongsikan enam resipi sambal yang ringkas dan sesuai sangat mengantikan rendang ye…
SAMBAL DAGING MERAH
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makanpes cili kering
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR: 5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Hiris daging kecil-kecil, ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak.
Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.
Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Jika terlalu kering tambahkan sedikit air.
Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging sedia dihidangkan.
SAMBAL DENDENG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | rebus
4 sudu makan pes cili kering
2 biji bawang besar | potong dadu
5 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula jika perlu
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai | hiris
BAHAN REMPAH PENUMIS
1 batang serai
1 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
Daging yang telah direbus empuk dihiris kecil, kemudian tumbuk.
Gaulkan daging bersama kicap manis, kicap pekat dan bahan kisar. Perapkan daging 30 minit.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar.
Setelah wangi masukkan pes cili kering tadi, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan pula perapan daging bersama air asam jawa.
Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api terus kacau hingga timbul minyak.
Tutup api sambal dendeng sedia dihidangkan .
SAMBAL GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN:
1 keping tempe | hiris nipis, cuci dan tos
1 biji kentang | hiris nipis
1 keping tauhu | potong dadu
150gm hati dan pedal ayam | cuci bersih
1 keping fucuk | rendam
Sedikit suhun | rendam
2 biji cili merah | hris
2 biji cili hijau | hiris
3 batang kacang panjang | hiris serong
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN HIRISAN:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda | hriis memanjang
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Hati dan pedas digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng tempe, kemudian diikuti kentang, tauhu dan akhir sekali hati dan pedal.
Keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan hirisan hingga wangi, masukkan pedal dan hati ayam. Gaul rata.
Seterusnya masukkan fucuk dan suhun, kacang panjang, tempe dan hirisan cili merah dan hijau.
Gaul rata, dan masukkan air asam jawa, kicap pekat dan kicap manis.
Terus kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup garing, tutup api. Sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL DAGING BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
250gm daging | hiris nipis dan kecil
150gm kacang tanah | goreng sangai & kisar kasar
1 sudu makan air asam jawa
4 sudu makan pes cili kering
250ml air
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 ulas buah pelaga.
CARA MEMASAK:
Bancuh kacang yang telah dikisar dengan air. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis.
Setelah wangi masukkan pes cili, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan pula daging, terus kacau hingga daging layu.
Tambahkan ke dalamnya bancuhan kacang tanah tadi.
Selepas beberapa minit masukkan pula santan.
Setelah mereneh perasakan dengan garam dan gula secukup rasaaa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api, Sambal Daging Berkacang sedia dihidangkan bersama nasi impit atau ketupat nasi.
SAMBAL PERUT CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm perut lembu | cuci bersih dan rebus hingga empuk
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan air asam jawa
1 biji bawang besar | hiris
Sedikit cili benggala merah | hiris
Sedikit cili benggala hijau | hiris
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 batang serai
20 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Perut lembu dihiris memanjang . Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
Kemudian masukkan perut,
Gaul rata dan masukkan kicap pekat dan kicap manis sert air asam jawa.
Kacau rata hinggs pes sambal sebati dengan perut.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan dan terus kacau hingga pecah minyak.
Setelah cukup rasa tambahkan hirisan cili benggala, gaul rata.
Tutup api sambal sedia dihidangkan.
SAMBAL LODEH PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gm perut lembu | rebus dan hiris memanjang
2 keping fuchuk | remdam dan potong kecil
Sedikit suhun | rendam
2 biji cili merah | hiris
2 biji cili hijau | hiris
1 biji bawang besar | hiris
5-6 biji tomato ceri | jika suka
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
500ml pati santan
4 sudu makan minyak masak
BAHAN SAYUR:
3 batang kacang panjang | potong 3cm
3-4 batang putih jagung | hiris memanjang
3 kelopak kubis | hiris kecil
1/2 batang lobak merah
BAHAN HIRIS DAN GORENG:
1 keping tauhu | hiris
1 keping tampe | hiris
1 biji kentang | hiris
BAHAN KISAR:
25 biji cili padi
6-7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan hirisan bawang besar.
Masukkan perut kacau rata hingga perut sebati dengn bahan tumisan.
Selepas beberapa minit, masukkan pula bahan fucuk, gaul rata.
Seterusnya masukkan bahan sayur.
Setelah sayur layu, masukkan bahan hirisan yang telah digoreng.
Kacau lagi dan masukkan santan, air asam jawa.
Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan suhun dan tomato ceri.
Kacau rata dan tutup api. Sambal Lodeh sedia dihidangkan.
Salah satu menu yang paling laris jualannya bagi peniaga katering kecil-kecilan, Lyn Love ialah set nasi dengan lauk ayam goreng madu berempah. Justeru, ramai yang meminta resipi daripadanya.
“Saya tak kisah berkongsi resipi. Malah saya masukkan resipi tu di facebook saya. Semua boleh tengok dan cuba sendiri. Saya percaya pada rezeki Allah. Kadang resipi sama, tapi air tangan tak sama. Kalau ada yang yang nak guna resipi tu untuk berniaga pun, saya tak kisah,” katanya.
Lyn ialah surirumah yang membuat bisnes katering di sekitar Shah Alam, Selangor. Ramai pelanggannya terdiri daripada surirumah juga dan juga syarikat korporat sekitar Shah Alam.
“Saya ambil katering paling banyak untuk 200 orang. Saya tak boleh ambil banyak kerana kediaman saya apartment dan ruangnya terhad. Kalau terima banyak, saya berkongsi rezeki dengan kawan-kawan yang juga buat katering,” katanya yang suka berkongsi rezeki.
Jom kita lihat resipi ayam goreng madu berempah yang dikongsikan oleh Lyn.
AYAM GORENG MADU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
8 ketul ayam
Tepung goreng ayam secukupnya
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
Daun kari
Madu secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam bersama tepung goreng ayam jenama Bestari.
2. Masukkan serbuk rempah kari daging dan daun kari. Gaul rata. Kemudian perap selama 7 minit.
3. Masukkan madu. Gaul lagi.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Jika ayam ini hendak diratah, tidak perlu dimasukkan garam.
6. Panaskan minyak masak.
7. Goreng ayam sehingga masak. Angkat. Boleh dihidangkan.
Ayam goreng berempah sedap dimakan dengan kuah kari kentang, sambal belacan dan ulam timun.
Selamat mencuba!
Selain ayam goreng berempah, Lyn turut mengambil katering menu pulut kuning dan rendang ayam yang menjadi kesukaan ramai orang. Sesuai untuk sarapan, minum petang dan juga sambutan majlis istimewa.
Pulut kuning dan rendang ayam.Pulut kuning berhias.Lyn turut menyediakan bouquet coklat harga bajet.
Dada ayam kalau dimasak lauk kari atau masak lemak, selalunya kurang diminati. Kiranya dada ayam selalu paling akhir diambil jika dihidangkan atas meja. Nak cara dada ayam cepat habis? Jom ikuti cara ibu ini masak dada ayam.
Melalui facebook, seorang ibu bernama Intan Dahlianna telah berkongsi resipi chicken popcorn yang dimakan dengan kuah buttermilk. Menurutnya, hidangan ini selalu dimasak kerana sedap yang sangat menyelerakan. Jadi, jom kita try buat hidangan ni.
CHICKEN POPCORN
BAHAN CHICKEN POPCORN
2 keping dada ayam
1 biji telur ayam (pecahkan dan kacau)
Sedikit tepung Bestari (pedas)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT CHICKEN POPCORN
1. Bersihkan dada ayam dan potong kecil-kecil.
2. Celup dada ayam dalam telur ayam. Kemudian gaulkan dengan tepung.
3. Ulangi lagi sekali. Celup dada ayam tadi ke dalam dalam telur ayam dan gaulkan dengan tepung.
4. Sementara celup ayam dalam telur ayam dan tepung ini tadi, panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Goreng dada ayam sampai warna keemasan. Angkat dan ketepikan.
BAHAN SOS BUTTERMILK
3 sudu marjerin atau mentega
6 ulas bawang putih (dicencang)
1 tin cendawan
1/2 tin susu cair atau susu segar
1/2 tin air (ikut kesesuaian)
1/2 kiub ayam
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam dan gula
1 biji capsicum (tak nak letak pun tak pe)
CARA MEMBUAT SOS BUTTERMILK
1. Cairkan marjerin atau mentega. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis menggunakan api sederhana.
2. Masukkan cendawan dan biarkan sehingga cendawan agak garing.
3. Masukkan susu cair atau susu segar. Masukkan juga air.
4. Biarkan mendidih dan kacau selalu.
5. Masukkan kiub ayam, lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan capsicum. Kacau dan biarkan sekejap, tutup dengan penutup periuk dan tutup api.
EKSTRA:
Kalau suka masam, boleh perahkan lemon pada ayam.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)