Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.

Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan tiga lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.

1. BINGKA UBI KELAPA CERI

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan ubi kayu | parut
  • 2 cawan santan
  • 1 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
  • 1/2 cawan buah ceri
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dgn sedikit mentega
2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.

Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar.
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kuih muih
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan ubi yang sedap
Cara memasak : Bakar

2. KUIH BAKAR KACANG HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Beberapa titik pewarna hijau

CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
6. Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.

Info chef: Boleh gunakan santan kotak.

IKLAN

Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Kuih muih
Keistimewaan : Rasa kacang hijau yang sedap
Cara memasak : Bakar

3. APOM BETAWI

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur
  • 1 ¼ cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh ovalette
  • Sedikit esen vanila
  • Pewarna kuning dan pink secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang
2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan.
4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.

Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci.
Saiz hidangan : 6-8 orang
Waktu memasak: 2 jam 30 minit
Jenis hidangan : Manisan tradisional
Keistimewaan : Rasa lemak santan, manis dan gebu
Cara memasak : Kukus

4. LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji pisang masak ranum
  • Tepung gandum secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Secubit garam
  • Jem strawberi secukupnya
  • Hirisan pisang secukupnya
  • Sedikit minyak sayur

CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya.
2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya.
3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
4. Sedia dinikmati.

Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh

5. PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 300gm gula
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 sudu teh baking powder
  • 250ml santan
  • Pewarna pink secukupnya
  • 2 sudu teh kordial air sirap
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
  • Kacang merah secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.

Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak: 35 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa lemak santan dan agak pedas
Cara memasak : Tumis dan reneh

 

INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM SEMAK DI SINI.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :

ATAU JUGA RESIPI RESIPI DI LINK BERIKUT :

Teknik Asas Sukat Tepung Guna Cawan Supaya Adunan Kek, Biskut Tak Lembik & Tak Keras

Kek Tornado Chocolate Cheese Cake ‘Viral’ Yang Bikin Ketagih

Ni Koleksi Kek Dari Buah-buahan Bukan Main Sedapnya .