Anda suka daging, tapi bila memikirkan kandungan lemak pada daging menjadikan anda terpaksa berfikir dua kali agar tidak kerap mengambil daging. Tapi sekarang usah risau lagi kerana RASA akan kongsikan lima langkah mudah menghilangkan lemak pada daging. Diharapkan dengan tip atau petua ini dapat membantu pengemar daging menikmati masakan daging tanpa risau lagi.
LANGKAH 1:
Keluarkan daging dari freezer, kemudian hiris dengan lebar lebih kurang 10cm dan ketebalan tidak lebih dari 1 cm. Cuci dan tos.
LANGKAH 2:
Sediakan kuali non stick di atas dapur, panaskan tanpa minyak lebih kurang lima minit dengan api sederhana.
LANGKAH 3:
Panggang atau masak daging lebih kurang 10 -12 minit. Setelah daging masak atau berubah dari warna merah kepada keperangan. Tutup api dapur.
LANGKAH 4:
Letakkan daging di dalam pinggan yang dialas dengan beberapa helai tisu dapur, kemudian balik-balikkan daging di atas tisu tersebut supaya air daging mengandungi lemak diserap oleh tisu dapur.
LANGKAH 5 :
Apabila daging bebas dari lemak. Anda bolehlah memasak daging tersebut dengan menu kegemaran dengan hati tanpa rasa was-was akan kandungan lemak yang boleh menambah kolestrol dalam badan.
Mudahkan! Lebih penting lagi anda tidak perlu keluarkan duit dan hasilnya lebih sihat .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI