5 Lauk Pauk Raya Dari Bahagian Lain Daging Lembu. Gerenti Sedap.

Share

Daging lembu bila dilapah, bukan dagingnya sahaja sedap dimasak. Malahan bahagian lain termasuk organ dalamannya turut jadi kesukaan memeriahkan menu di Hari Raya nanti.

Limpa, babat atau perut, daging tetel dan daging tulang rusuk memang terlajak sedap bila dihidangkan. Cubalah resipi ini nanti

1. DAGING TETEL DENGAN REBUNG MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN :

600 gm daging tetel lembu
4 batang serai | dititik
1 liter santan
200 gm rebung buluh | dibasuh bersih dan rebus separa empuk
3 asam keping
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :
300 gm bawang merah
100 gm kunyit hidup
200 gm cili padi

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam periuk/kuali dan tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan air sehinga mendidih.
3. Setelah itu masukkan kunyit hidup, cili padi, serai, bersama daging tetel dan juga rebung.
4. Selepas itu masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut dan santan.
5. Biarkan ia betul-betul masak dan empuk hingga mendidih.
6. Setelah kuah menjadi pekat, kecilkan api dan biarkan mereneh dengan api yang kecil seketika, kacau kuah dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Lauk sedia untuk dihidangkan.

Saiz hidangan : 8 orang makan
Waktu memasak : 20 minit


Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Rebung atau tunas buluh ini tinggi kandungan fiber dan enak
Anggaran kos :RM 23

INFO CHEF : Masak lemak cili padi biasa juga dimasak tanpa menumis bahan kisar. Masukkan terus dalam santan.

2. DALCA TULANG RUSUK

BAHAN-BAHAN :

1 kg tulang rusuk lembu | direbus dahulu
300 gm kacang dhall | direndam dahulu
30 gm halba campur
5 gm daun kari
500 ml santan
200 gm serbuk kari ikan | tambah sedikit air jadikan pes
200 gm serbuk kari daging | jadikan pes
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan dikisar :
200 gm bawang merah
100 gm bawang putih
200 gm halia

Bahan sayur-sayuran :

300 gm lobak merah | dipotong kecil
200 gm kacang panjang | dipotong
5 biji ubi kentang | dibelah baji
300 gm kubis bunga

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali/periuk. Tumiskan bahan -bahan dikisar bersama daun kari, halba campur hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari ayam dan ikan dan tumis sekali hingga pecah minyak.
3. Masukkan kacang dhall yang telah direndam, tulang rusuk dan juga sedikit air.
4. Biarkan seketika dengan api sederhana dan kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, kacang panjang. Kemudian masukkan kubis bunga. Biar mereneh dengan api kecil.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan pula santan. Kacau sekali sekala
7. Sajian sedia dihidangkan

Saiz hidangan : 10 orang makan
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama
Keistimewaan : Tulang rusuk memberikan rasa kuah yang lebih sedap
Anggaran kos : RM 40

INFO CHEF : Sedap dimakan bersama nasi impit, ketupat dan juga nasi.

3. ASAM PEDAS EKOR

BAHAN-BAHAN:

300 gm Ekor Lembu|rebus dahulu
100 gm bawang merah |kisar
100 m kunyit Hidup |kisar
100 gm cili kering |kisar
50 gm bawang putih |kisar


50 gm lengkuas |kisar
2 batang serai |kisar
1 batang Bunga Kantan
4 tangkai Daun kesum
5 biji tomato
200 ml Asam Jawa
50 gm Belacan |Dibakar
30 gm Serbuk Jintan Putih
30 gm Serbuk Jintan Manis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Tumiskan bahan ikisar sehingga naik bau wangi
2. Kemudian masukkan cili kering dan serai
3. Masukkan ekor dan masak sampai lembut
4. Masukkan asam jawa,serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,belacan
5. Akhir sekali masukkan garam,tomato,bunga kantan dan tomato

Jumlah hidangan : 5-6 orang.
Masa memasak : 20 minit.
Cara memasak :Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk Pauk
Keistimewaan : Sedap dimakan dengan nasi


Anggaran Kos : RM20

4. GULAI BABAT DAN REBUNG

BAHAN-BAHAN :

500gm babat lembu atau perut | cuci dan toskan, rebus hingga empuk
5 batang serai, | dititik
2 keping asam gelugor
1 cawan rebung jeruk | cuci dan toskan
500ml pati santan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :
20 biji cili padi kampung
1.5 sm inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :

  1. Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut . Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
  3. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu.
  4. Masak hingga babat lembut.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 15 hingga 20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Babat yang kenyal memang sedap berganda dimakan dengan rebung
Anggaran kos : RM 12

INFO CHEF : Basuh babat dengan air kapur untuk hilangkan lagi bau hanyir.

Kredit resipi : Chef Asmar, UNITAR

5. KERUTUK LIMPA

BAHAN-BAHAN :

500gm limpa
Santan pekat dari 1 biji kelapa
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar :

2.5sm halia
2.5sm lengkuas
10-15 biji bawang merh
3 ulas bawang putih
1 peket kecil rempah kerutuk

Bahan ditumis :

5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1.5sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar | dihiris halus
1.5sm halia | dihiris halus

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak tumiskan bahan tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan limpa dan biarkan limpa itu separuh masak.
  4. Kemudian masukkan santan, kacau sebati dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Perlahankan api dan biarkan mereneh hingga pekat.

Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 20 – 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa limpa seakan hati lembu tetapi teksurnya lebih lembut
Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Memandangkan rasanya sedikit kenyal. Ia sesuai dimasak rendang, kerutuk atau masak hitam yang mengambil masa panjang dan api perlahan.

Kredit resipi : Chef Asma, UNITAR

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI SEDAP INI :

Published by
Faridah Talib