Jadi kebiasaan di kalangan kita bila beli makanan atau ada makanan lebih, mesti simpan dalam peti sejuk dengan  harapan supaya tahan lebih lama. Tapi tahukan anda, fungsi peti sejuk hanya membantu menjadikan makanan tahan lebih lama, bukan tepat menyimpan makanan. Jadinya bukan semua makanan boleh disimpan dalam peti sejuk.

Kalau nak tahu apa makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk?  Berikut lima makanan yang tidak boleh disimpan dalam peti sejuk tapi ramai lakukannya.

5 Makanan Ini, Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk !

KENTANG:

Bila kentang disimpan dalam peti sejuk, pati atau sari dalam kentang akan pecah dan menyebabkan tekstur menjadi seperti berpasir dan rasa tanah bila dimasak. Ia juga boleh menyebabkan kentang mentah mudah berkulat, tumbuh tunas atau busuk kerana sejuk. Cara terbaik simpan kentang adalah diletakkan dalam bekas kering dan di suhu bilik biasa.

IKLAN

5 Makanan Ini, Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk !

 BAWANG:

Tidak kira apa jenis bawang, ia lebih baik disimpan pada suhu bilik dan di dalam bekas yang terbuka seperti bakul. Jika disimpan dalam peti sejuk, suhu sejuk  akan menjadikan bawang mudah busuk, berkulat dan bertunas. Jika ada lebihan bawang yang telah dikupas, bungkus dalam plastik, simpan dalam peti sejuk tetapi segera digunakan. Jangan dibiarkan lama dalam peti sejuk.

IKLAN

5 Makanan Ini, Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk !

TOMATO:
Mungkin ramai orang tidak percaya tomato sebenarnya akan cepat busuk jika disimpan di dalam peti sejuk berbanding meletakkannya dalam bekas terbuka pada suhu bilik. Tetapi tomato tidak boleh disimpan lebih dari seminggu. Cara terbaik beli tomato ikut keperluan.

5 Makanan Ini, Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk !

IKLAN

ROTI:
Roti bukan hanya tidak segar, malah akan lebih mudah berkulat jika disimpan dalam peti sejuk. Malah, tekstur serta rasanya juga akan berubah disebabkan udara dalam peti sejuk.  Lagi pun roti bukan makanan yang perlu disimpan lama. Jadi beli ikut keperluan.

5 Makanan Ini, Tak Boleh Simpan Dalam Peti Sejuk !

 MADU:

Jika anda simpan madu dalam peti sejuk terlalu lama ia menyebabkan madu menjadi seperti biji  kristal. Sebenarnya selagi madu di dalam  botol yang bertutup rapat, madu tetap elok di simpan di atas meja dapur, ia tidak mudah busuk atau sorak.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI