5 Masakan Peha Ayam & Drummet Yang Sedap DiRatah. Gerenti Licin.

Share

Drummet ayam dan peha  memang jadi kegemaran tiap kali bila dihidangkan sajian ayam . Ni dia resipi yang sangat mudah dan sedap untuk tetamu anda, boleh diratah begitu sahaja.

1. DRUMMET GORENG MENTEGA MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul drummet ayam | dibersihkan dan tos
  • 10gm serbuk lada sulah
  • 10gm garam
  • 10gm sos tiram
  • 250gm mentega
  • 1 biji bawang besar | dimayang
  • 2 biji  cili besar | dihiris nipis
  • 1 tangkai daun kari
  • 3  sudu makan madu

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, garam dan sos tiram.
  2. Panaskan kuali dan goreng ayam sehingga keperangan.
  3. Panaskan mentega, goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga garing.
  4. Taburkan di atas ayam goreng.
  5. Akhir sekali tuangkan madu di atas  gorengan ayam.

INFO CHEF: Enak dihidangkan panas-panas.

 

2. DRUMMET GORENG PEDAS ALA KOREA

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul drummet | bersihkan dan toskan
  • 10gm bawang putih | dikisar
  • Sedikit garam dan serbuk kunyit

Bahan Sos Pedas

  • 50gm cili padi | dikisar
  • 50gm cili merah | dikisar
  • 30gm bawang merah | dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 1 ulas bawang merah | dikisar halus
  • Sedikit gula
  • Sedikit gula dan madu
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan drummet dengan  bawang putih, garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng drummet hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
  4. Masukkan cili, tumis hingga pecah minyak.
  5. Sebelum diangkat, masukkan garam, gula dan madu secukup.
  6. Tuangkan sos di atas ayam tadi.

INFO CHEF: Jika tidak ada drummet boleh gunakan ayam bahagian lain.

 

3. AYAM KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 10ketul drumstick | dibersihkan dan tos
  • 2sudu makan serbuk kari
  • Rempah penumis | kulit kayu manis dan bunga lawang
  • 2 biji cili hijau |dibelah dua
  • 1 biji bawang besar | dihiris bulat
  • 3 ulas bawang merah | dimayang halus
  • 3 ulas bawang putih |dimayang halus
  • 3cm halia muda | mayang halus
  • 1 batang serai titik
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap  manis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan kuali yang sama tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang bersama rempah penumis sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan rempah, gaul rata dan masukkan sedikit air.
  5. Kacau hingga pecah minyak, masukkan air asam jawa, serai dan daun kari.
  6. Masukkan pula kicap pekat dan kicap manis, garam dan gula secukupnya.
  7. Setelah secukup rasa, masukkan ayam goreng bersama cili hijau. Gaul rata.
  8. Angkat dan hidangkan.

 INFO CHEF: Ayam kicap perempah enak dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

4. AYAM GORENG NESTUM

BAHAN-BAHAN-BAHAN:

  • 5 ketul drumstick – bersihkan dan tos
  • Sebiji telur
  • Garam secukupnya
  • Lada sulah
  • 300gm serbuk nestum
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Pecahkan telur  ke dalam bekas berisi drumstick.
  2. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada sulah. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

INFO CHEF: Selain nestum boleh juga gunakan cornflakes. Tetapi cornflakes perlu dikisar kasar sebelum digaul dengan ayam.

5. AYAM LEMON

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ketul peha ayam
  • 2 biji lemon
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu teh Rosemary kering
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk
  • 3 sudu makan minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.

 

Info Chef: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

Published by
Faridah Talib