Sajian Thai memang cukup popular di benua Asia dan seluruh dunia. Kalau asyik makan juadah yang sama pun ‘boring’ gak.  Jom kita try lauk Thai pula. Tak payah pergi jauh di Restoran Jemari macam-macam menu Thai ada.

Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan kantan yang kaya aroma cukup menyelerakan.

Jom kita cuba rasa  juadah dari reseipi sumbangan Tahirah Kamaruddin dan Mohd Shafik Suhaimi dari Restoran Jemari, Shah Alam. Rugi kalau korang tak cuba.

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

1.Phad Kra Phao Gai (Ayam Prad Kra Phao)

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm isi ayam | dicincang
  • 3 ulas bawang putih | dicincang
  • 20-30 gm daun selasih
  • 7 biji cili padi merah | ditumbuk halus
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis
  • 2 sudu makan kicap sotong atau kicap ikan
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu teh kicap pekat
  • 4 sudu teh gula
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

1.Pijarkan minyak dan tumiskan bawang putih bersama isi ayam dan cili padi yang telah ditumbuk.
2. Masukkan kicap sotong, sos tiram dan perisakan dengan garam dan gula.
3. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kicap pekat
5 .Setelah hampir kering masukkan daun selasih dan sedia dihidang.

Ads

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama Thai
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Cili thai dan daun selasih menghasilkan kombinasi yang pedas dan beraroma sedap
Anggaran kos : RM 9

INFO CHEF : Dalam masakan ini penting untuk mengawal api dan kerap kacau supaya ia tidak terlalu kering dan hangit.

2. Gaeng Kiaw Wan (Daging Masak Kari Hijau)

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

Bahan tumis (pes hijau) :

  • 1 batang serai |dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1.5 sm lengkuas | dikisar halus
  • 6 biji cili hijau besar |  dikisar halus
  • 20 gm belacan | dibakar dan kisar
  • 1/2 sm kulit kayu manis
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 biji kulit limau purut | disagat
  • 4 helai daun limau purut | dihiris halus
  • 200 gm daging /dihiris nipis
  • 20- 30 gm daun selasih
  • 1 biji terung bulat/panjang dibelah dua
  • 10 gm kubis bunga/ dihiris
  • 3 batang kacang panjang/ dipotong pendek
  • 2 sudu teh gula
  • 2 sudu makan kicap sotong @ ikan
  • 62 ml air rebusan daging
  • 100 ml santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam periuk. Setelah pijar masukkan semua bahan untuk menumis yang telah dikisar halus tadi biarkan ia garing dan pecah minyak.
2. Masukkan daging serta air rebusan ayam serta kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Apabila daging mulai lembut masukkan sayur-sayuran, kicap sotong dan santan.
4. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu.
5. Masukkan santan selepas beberapa minit mereneh. Masukkan daun selasih dan padamkan api.
6. Kari hijau sedia dihidang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 20 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan : Daun selasih memberi rasa istimewa pada lauk kari hijau Thai ini.
Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Anda boleh buat pes hijau lebih untuk digunakan lagi. Supaya lebih tahan tumiskan dengan minyak sampai garing dalam 6- 7 minit, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian sejukkan dan
simpan dalam botol. Bila nak guna ambil dan tak perlu tumis.

3. Gaeng Phanaeng (Daging Phanaeng)

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

BAHAN-BAHAN :

Bahan untuk ditumis :

  • 400 gm daging | dihiris nipis
  • 6 sudu makan pes cili kering
  • 2 batang serai | dikisar halus
  • 2 sm lengkuas | dikisar halus
  • 4 helai daun limau purut | dikisar halus
  • 1.5 sm belacan bakar | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 20 gm daun dan tangkai ketumbar | dicincang halus
  • 2 biji kulit limau purut | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 1 batang kayu manis | dikisar halus
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • 40 ml santan segar
  • Gula dan garam secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pijarkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan rempah dan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis hingga garing dan pecah minyak
2. Masukkan daging dan air dan biarkan daging empuk.
3. Kecilkan api dan biarkan ia mereneh seketika dan masukkan santan segar
4. Kacau seketika dan padamkan api. Siap dimasak

Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 10 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Tumis dan sedikit reneh
Keistimewaan : Enak kaya dengan rasa rempah dan lemak santan
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk ayam.

4. Hor Mok Talay (Otak-otak udang)

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Ads

 

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor udang | dicincang
  • 1 ekor sotong | dicincang
  • 4 ekor kupang | dicincang
  • 2 biji telur
  • 2 batang kacang panjang | dipotong kecil
  • 1/4 batang lobak merak | dicincang halus
  • 2 batang cili padi | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dicincang
  • 20 gm daun selasih
  • 1/2 biji bawang holland  | dicincang
  • 2 biji bawang merah | dicincang
  • 10 ml santan
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh sos tiram
  • 1/2 sudu teh kicap sotong@ikan

CARA MEMASAK :

1.Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
2. Panaskan pengukus dengan air.
3.Masukkan adunan ini ke dalam foil dan tutup sepenuhnya dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 10 minit.
4.Sebelum dihidang anda boleh meletakkan sedikit santan di atasnya dan hias dengan sedikit cili merah jika mahu lebih pedas.
5.Hor mok sedia dihidang

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama/kudapan
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan : Rasa pedas dan aroma daun selasih membuka selera
Anggaran kos : RM 18

INFO CHEF : Hor Mok adalah otak-otak versi Thailand. Selain makanan laut boleh juga digantikan ayam atau isi ikan dory.

5.Gar Hor Bai Toey (Ayam pandan)

4 Cara Masakan Thai ‘Gerenti’ Sedap . Resipi Hebat Restoran Jemari.

Ads

BAHAN-BAHAN :

250 gm isi ayam (potong kiub sederhana besar)
4-5 helai daun pandan

Bahan untuk perapan :

  • 40 ml susu cair
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih /dikisar halus
  • 3 ulas bawang merah /dikisar halus
  • 1 sm halia /dikisar halus

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Kisar halus semua bahan perapan, letakkan sedikit air.
3. Gaulkan bahan perapan bersama ayam.
4. Biarkan ayam diperap sekurang-kurangnya 3 jam
5. Lipat daun pandan bersaiz samosa, dan masukkan ayam yang telah diperap tadi.
6. Kukus selama 5-6 minit
7. Panaskan minyak dan goreng. Ayam siap dihidang.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 15 minit
Jenis masakan : Lauk utama
Cara memasak : Kukus dan goreng
Keistimewaan : Lazat dengan perapan daun pandan
Anggaran kos : RM 10

INFO CHEF : Usah dikukus ayam terlalu lama kerana ia akan mengurangkan rasa kemanisan isi ayam

TERIMA KASIH : RESTORAN JEMARI, No. 18A, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, Selangor, 40000 Shah Alam

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI