Daging masak apa pun memang sedap, namun keenakan lebih terasa bila ia disediakan dengan menu tradisional. Agak renyah melihatkan bahan-bahan yang banyak tetapi hasilnya bila dimasak tidak pernah mengecewakan. Tak salah sesekali di hujung minggu anda sediakan menu daging autentik yang Rasa kongsikan ini untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung.
KERABU DAGING MENTAH BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang
6 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
2 batang serai
1cm lengkuas
1cm halia
3 biji cili merah
1 sudu teh lada hitam
4 ulas bawang merah
BAHAN MAYANG HALUS:
4 helai daun limau purut
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Bersihkkan daging dari sebarang lemak dan urat.
2. Hiris nipis kemudian cincang halus.
3. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
4. Kemudian masukkan daging dalam mangkuk besar bersama bahan kisar halus.
5. Gaul rata, kemudian perahan jus limau nipis.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi.
7. Perapkan lebih kurang lima minit supaya semua bahan sebati dengan daging.
8. Akhir sekali masukkan bahan hirisan, gaul sekali lagi.
9. Setelah siap dan cukup rasa boleh hidangkan kerabu ini.
Ads
DAGING BAKAR GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA TERUNG TELUNJUK BAHAN-BAHAN:
1kg daging yang siap dibakar | hiris nipis
6 biji terung telunjuk | belah dua
500ml santan pekat
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 batang serai | titik
2 hirisan lengkuas | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
15 biji cili padi
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging dalam periuk bersama separuh dari santan pekat.
2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus, serai, lengkus dan asam gelugor.
3. Renehkan di atas dapur dengan api sederhana sehingga mendidih.
4. Masukkan terung dan lebihan santan tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Setelah daging empuk, tutup api dan gulai daging sedia dihidangkan.
DAGING KANDAR BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris kecil dan nipis
15 ulas bawang merah | hiris
3/4 cawan puri tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu makan kerisik
2 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis BAHAN KISAR:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Rendam bahan rempah ratus hingga kembang, kemudian kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bawang merah yang telah dihiris bersama daun kari hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah ratus yang dikisar tadi. Sentiasa kacau.
4. Setelah pecah minyak dan agak garing masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan airnya keluar.
5. Renehkan hingga air daging kering.
6. Masukkan kicap, sos tomato , air asam Jawa dan kerisik. Kacau lagi.
7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Setelah daging kering dan cukup rasa, tutup api.
9. Daging sedia dihidangkan.
DAGING KICAP KERISIK BAHAN-BAHAN:
Ads
1 kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
3 sudu makan kerisik
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
2 batang serai | titik
2 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
3cm halia
3cm lengkuas
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging dalam mangkuk besar, kemudian campurkan ke dalamnya, kicap pekat, jintam manis,jintan putih dan lada hitam.
2. Kemudian ambil tiga sudu bahan kisar masukkan dalam bahan campuran daging.
3. Gaul rata dan perapkan sekurang-kurangnya 30 minit.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangai.
5. Masukkan pula bahan-bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
6. Masukkan daging, bila air daging sudah kering dan daging masih liat tambah sedikit air. Masak hingga daging empuk.
7. Kemudian tambahkan kerisik, kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
8. Daging sedia dihidangkan.
.
Ads
RENDANG DAGING DAUN PEGAGA:
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | hiris nipis dan lebar, cuci dan tos
1kg santan pekat
5 sudu makan kerisik
2 sudu makan pes cili kering
3 batang serai | titik
1 ikat daun pegaga | buang tangkai
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
4cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar, hingga wangi, kemudian masukkan pes cili kering.
2. Setelah pecah minyak, masukkan daging, kacau hingga daging kecut dan air daging kering.
3. Masukkan santan pekat, kacau rata, setelah mendidih masukkan daun pegaga dan asam gelugor.
4. Biarkan mereneh, hingga kuah pekat baru masukkan kerisik.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api dan terus kacau hingga kuah kering dan timbul minyak.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan.
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Minum petang ni terasa nak nak buat puding.Sedap menelan laju je di tekak. Macam macam jenis puding terasa nak buat contohnya puding mangga tapi mungkin anak-anak tak gemar. Jadi kita buatlah yang seisi keluarga suka dan paling penting anak-anak suka.
PUDING OREO MILO Bahan-bahan: 1 bungkus agar-agar atau 20g 6 cawan air 1 1/2 cawan gula pasir 1 tin susu cair-BOLEH BELI DI SINI 1 cawan serbuk milo 1 bungkus Oreo atau 137gram
Cara buat: 1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut.
2.Masukkan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. 3.Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
4.Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. 5.Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. 6.Ketepikan.
7.Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan milo, kacau sehingga milo hancur dan sebati. 8.Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. 9.Sejukkan 2-3jam, siap untuk dihidang.
Kredit : Azie Zul
INGIN MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.
Nasi goreng lada kering. Mudah dimasak tapi sedap dan gerenti buat akan makan bertambah. Nasi goreng antara masakan yang mudah dan cepat disediakan.
Bahkan, ia jadi alternatif tepat sekiranya dah kebuntuan nak masak lauk apa.Kadangkala, bagi ibu bekerja, balik kerja dah penat. Tengok bekalan barang basah pun dah habis. Nak senang, masak nasi goreng. Sedap dan cepat. Tak perlu masak lauk lain dah.
Kali ini, dikongsikan resipi nasi goreng lada kering. Bolehlah masak untuk makan malam atau untuk sarapan pun boleh. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Har Ryeaini ye.