Bagi yang berdiet dan penggemar sayur-sayuran.,Samada dicelur atau dimakan mentah dengan ‘dressing’ bersesuaian, kombinasi sayur yang lazat dan rangup pasti mengenyangkan anda.
Ni min kongsikan idea menu diet sihat buat mereka si pengamal diet. Cubalah nanti, kejap aje buatnya..
1. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
- 170 gm soo hoon (dicelur)
- 6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
- 12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
- 1/2 kubis china (dihiris halus)
- 200 gm lobak merah (dihiris halus)
- 200 gm timun (dihiris halus)
- 200 gm saderi (dihiris halus)
- 200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
- 50 gm parsli Cina (dihiris halus)
- 50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
- 50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
- 50 gm taugeh
BAHAN SOS :
- 1/2 sudu teh sos ikan
- 1/4 sudu teh gula
- 1 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF :
Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 3 jam
Cara Memasak : Celur
Jenis masakan : Vietnam
Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
2. KERABU DIY THE PEARL
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji mangga muda /dihiris
- 1 batang lobak merah /dihiris
- 1 batang timun /dihiris
- 10 tangkai cili padi/ hiris halus
- 1 biji bawang merah /dimayang nipis
- 1 biji jus limau nipis
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan sos ikan
- 1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
- 10 gm suhu /direndam lembut
- Sedikit udang kering
- Sedikit kelapa parut
CARA MEMASAK :
1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus.
2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata.
4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Gaul dan di saji mentah
Jenis masakan : Kerabu
Keistimewaan : Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
3. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 biji avocado | dihiris panjang
- ½ sudu kecil lada hitam | hancur
- 500 gm salad campur | dihiris panjang
- 1 biji lada benggala | dihiris panjang
- 1 biji bawang Holland | dihiris panjang
- 2 keping ham ayam belanda| disiat
- ½ sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK :
1. Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja.
2. Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata.
3. Gaulkan pula dengan minyak zaitun
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 8 minit
Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja
Jenis masakan :Salad
Keistimewaan : Pembuka selera yang juga sesuai untuk mereka yang berdiet
Info Chef : Sajian yang mengandungi potassium yang tinggi dan kaya berserat dengan sayur-sayuran yang segar dan rangup.
4. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH
BAHAN-BAHAN:
- 1kg taugeh
- 1kg daun pegaga | dihiris kasar
- 1kg daun selom | dihiris kasar
- 40 sudu makan udang kering | dikisar halus
- 50sm cekur | dikisar halus
- 100 biji bawang besar | dikisar halus
- 40 biji bawang putih | dikisar halus
- 100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar
- 1kg kelapa parut
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
2. Sejukkan bahan tumis seketika.
3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi.
5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 20min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera
Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
5. ROJAK BETIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN ROJAK :
- ½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
- ½ biji nenas /dihiris nipis
- 1 biji timun /dihiris nipis
- Taugeh (opsional)
BAHAN KUAH:
- 6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
- 750 ml air
- 3 sudu makan cuka
- 2 ketul gula melaka
- 5 ½ sudu makan cili boh
- 5 sudu makan gula
- 2.5 sm belacan
- 6 biji cili padi
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cara sediakan bahan rojak:
1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air.
2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik.
3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan.
4. Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka.
Cara masak kuah:
1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk.
2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Saiz hidangan : 12 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak : Rebus dan reneh
Jenis masakan : Laksa
Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dengan keropok dan kuah rojak yang sejuk.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI