5 Menu Kukus Yang Super Senang & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka.

Share

Ramai beranggapan menu kukus atau stim  leceh nak buatnya sebab malas nak keluarkan pengukuskan hehe sebab min pun ada pengalaman ini. Tapi tau tak menu kukus ni paling senang  ringkas dan cepat masak. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal.   Berikut dikongsikan lima  resipi kukus  ekspres dan sihat  yang boleh dicuba.

 

AYAM KUKUS TAUCHU

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paha ayam  | bersih, kelar dan toskan
  • 3 sudu makan tauchu  | kisar 
  • 4  ulas bawang merah | cincang halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit daun bawang  | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Sedikit  hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh  jus limau nipis
  • 1 sudu teh  minyak bijan
  • Sedikit garam | jika perlu
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 3cm halia muda
  • 2 ulas bawang putih

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
  3. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos.
  5. Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  6. Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
  7. Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
  8. Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
  9. Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.

IKAN BAWAL KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan bawal hitam | siang,  bersih dan tos

  • 1 sudu makan  sos tiram
  • 1 sudu makan  sos ikan
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu the lada sulah
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 1/2 biji bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji cili padi | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2  sudu makan minyak

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan cili merah
  • Sedikit hirisan limau nipis

BAHAN KISAR:

  • 2cm halia muda
  • 1 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
  3. Kukus lebih kurang 10-15 minit.
  4. Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
  5. Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
  6. Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
  7. Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
  8. Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
  9. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
  10. Ikan kukus sedia dihidangkan.

SOTONG SUMBAT  MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos plum
  • 1/2  sudu makan  minyak masak
  • 1 biji  bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 2 biji cili merah | cincang halus
  • Garam secukup rasa

BAHAN SUMBAT:

  • 1 biji tauhu putih | kisar kasar
  • 1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
  • 1 biji telur
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh  serbuk lada sulah

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
  4. Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
  5. Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
  6. Sementara itu sediakan sos.
  7. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
  8. Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
  9. Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
  10. Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
  11. Sotong sedia dihidangkan.

TELUR KUKUS SOS MUSTARD MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur
  • 2 sudu makan susu cair
  • 1/2 cawan  sudu makan isi ayam | cincang  halus
  • Sedikit hirisan cili benggala merah
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam secukup rasa

BAHAN SOS:

  • 3 sudu makan mustard
  • 1 sudu makan mayomes
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 2 sudu makan madu
  • 1 biji cili merah | dadu halus
  • Secubit haram

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
  2. Panaskan pengukuks.
  3. Sementara menunggu kukus panas, isikan bancuhan telur tadi dalam acuan.
  4. Lakukan hingga habis adunan telur, kemudian kukuks lebih kurang 10-15 minit.
  5. Bancuh semua bahan sos dalam mangkuk, jika terlalu pekat tambahkan sedikit air panas.
  6. Tuangkan di atas tahu yang telah kukus tadi.
  7. Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU  JEPUN  SAMBAL ISI AYAM CINCANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2  pek tauhu Jepun | buangkan plastiknya
  • 100gm  isi dada ayam | cincang
  • 1/2 biji cili besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji cili merah | cincang
  • 1/2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh  sos ikan
  • Garam dan  perasa secukupnya
  • 1/2 sudu makan,  minyak masak
  • Hirisan daun bawang | untuk hiasan
  • Hirisan  lobak merah | untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu lebih kurang 10 minit
  2. Sementara itu sediakan sambal .
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan cili merah hingga wangi.
  4. Masukkan pes cili cili kering, kacau rata dan masukkan sos tiram, sos ikan .
  5. Seterusnya masukkan isi ayam dan kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam, lada sulah dan perasa secukupnya.
  7. Setelah masak, tutup api dan tuangkan sambal di atas tauhu yang telah di kukus tadi.
  8. Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang dan lobak merah sebelum dihidangkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin