5 Menu Masakan Kegemaran Keluarga

Share

Tiada yang sukar kini, rasa nak makan boleh pergi saja ke lokasi tempat makan yang disukai. Ada pula yang lebih puas dapat masak menu yang disukai keluarga. Bagi Shahanum Sabari pula suka berkongsi masakan yang dimasak dalam instagram miliknya @shahanum_ dengan pengikutnya sekitar 55.2K. Memang terliur tengok limpahan menu yang sungguh mengujakan di instanya. Akui Shahanum hanya menggunakan telefon mudah alih, masakan ini diambil dan dikongsi di instagram.

“ Asalnya anak yang bukakan akaun instagram untuk saya lihat perkembangan dunia masakan dan kucing-kucing persian sebagai hobi. Hanya sekadar suka-suka. Mulanya saya post gambar kucing yang memang menjadi minat. Kemudian suami beri cadangan untuk post gambar masakan memandangkan minat utama saya suka memasak sejak muda. Suami, anak-anak,saudara mara dan kawan-kawan memang beri galakan dan sokongan, “ cerita Shahanum.

Seingatnya sedari umur lapan tahun sudah mempunyai minat dalam masakan. Emak yang ketika itu mempunyai perniagaan makanan maka dialah yang banyak mengajarnya cara-cara memasak. Masakan pertama selain masak air dan nasi ialah sambal tumis ikan bilis yang mana menu kegemarannya.
“Saya lebih cenderung memasak lauk kampung, tradisional yang saya suka olah ikut cara saya.Terutama masakan tradisi Johor dan Melaka. Kebetulan emak dan arwah mak mertua dari Johor dan Melaka. Mereka memang hebat memasak masakan tradisi masing-masing.Sesekali saya suka fusion masakan barat+cina+siam.

Menu kesukaan

Akui ibu kepada empat orang cahaya mata ini, memasak menjadi rutin harian buatnya kecuali di hujung minggu. Idea perlu difikir awal, kadang datang sendiri dan kadang kala anak-anak dan suami beri cadangan nak masak apa hari ni…ikut selera dan kegemaran mereka.

Hidangan wajib anak-anak semestinya ayam goreng yang saya buat cara sendiri dan sambal tumis,tidak kisah sambal tumis apa pun, anak-anak dan suami menyukainya. Selain itu, anak-anak juga menyukai butter chicken n salted egg chicken yang sering mereka minta untuk dimasak.
Lain pula suami lebih menyukai masakan berkuah seperti masak lemak cili api.Daging,ayam dan makanan laut yang paling disukainya contohnya kari daging, sambal belacan serta ulam-ulaman.

“Pada saya air tangan ibu dan isteri memang mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Sewaktu di IPT/kolej anak-anak kadang kala makanannya tidak menepati selera mereka dan kurang berkhasiat, suami pula jarang makan di tempat kerja kerana kesibukan. Alasan mereka, masakan mamalah yang paling sedap dan tak sabar nak balik rumah untuk makan bersama-sama. Kadang kala kami bawa bekal untuk anak-anak bila mereka tidak dapat balik ke rumah.

Memang penting,kerana ianya tambah mengeratkan hubungan kami sekeluarga walau di mana mereka berada, mereka selalu ingat masakkan saya buatkan saya rasa sangat disayangi dan dihargai walaupun bila saya tiada nanti. Sudah semestinya saya turunkan ilmu masakan pada anak-anak untuk mereka belajar memasak dari saya dan untuk cucu-cucu saya nanti, seperti mana emak dan arwah emak mertua saya menurunkan ilmu memasak mereka kepada saya,” akuinya menutup bicara.


1560926907653.

SPAGETI CILI API TUNA
Bahan-bahan:
1/2 bungkus spageti (direbus dulu dgn sedikit minyk n garam)
15 atau lebih cili api hijau(mayang sedikit kasar sama dengan lada hijau)
5,6 biji lada hijau
3 ulas bawang putih | dimayang sedikit kasar
1/2 biji bawang Holland | dimayang sedikit kasar
1 tin kecil tuna cili api | apa-apa jenama pun boleh
3 biji telur
garam n perasa secukup rasa.
sedikit minyak sunflower untuk menumis.
sedikit daun sup.
Cara memasak:
1.Rebus spagheti dengan sedikit minyak dan garam. Lembut boleh angkat.Sejukkan.
2.Tumis bawang Holland,bawang putih hingga naik bau,boleh masukkan cili api dan lada hijau yang dipotong kasar atau dikisar.Kacau sebati.
3.Boleh masukkan tuna dan gaul lagi agak sebati masukkan pula telur kacau lagi.
4.Masukkan spageti yang sudah direbus tadi.
5.Kacau sebati masukkan garam dan perasa. Gaul lagi .
6.Akhir sekali taburkkan daun sup. Siap untuk dihidang.


1560926956347.

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API PEGAGA
Bahan-bahan:
10 ekor udang galah.(anggaran ikut suka)
Seikat ulam pegaga
Nenas jika suka.
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak atau 1/2 kotak | ikut suka
2-3 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segengam kecil cili api
2-3 inci kunyit hidup
1 batang serai

Cara memasak:
1.Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak.
2.Masukkan serai diketuk hingga naik bau.
3.Masukkan air dan santan secukupnya.
4.Bila mendidih masukkan udang, nenas yang dipotong.
5.Kacau sebati masukkan asam keping ,garam dan didihkan lagi.
6.Masukkan ulam pegaga yang disimpul. Tutup api dan siap untuk dihidang.


1552727102144.

PUDING CENDOL
1peket agar-agar bertali | bagi dua satu tuk lapisan bawah n atas.
Lapisan bawah
1/2 peket agar-agar bertali
2 1/2 cawan air
1sudu kecil tepung jagung
1 cawan santan kotak kara
2 titis treasure sebagai pengganti gula.| tak perlu gula biasa,kalau tak ada boleh guna gula biasa..anggaran 4 sudu besar.
1 mangkuk biasa cendol
1 mangkuk biasa sagu merah.(tak nak pun tak apa)
Sedikit garam
1 helai daun pandan.

Lapisan ke 2
1/2 peket agar-agar bertali
2 1/2 cawan air
1/2 batang gula melaka
1 cawan susu sejat atau santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam.

Cara memasak:

Lapisan pertama bawah
1.Masakkan air mendidih,boleh masukkan agar-agar bertali,daun pandan.
2.Bila larut masukkan 2 titis treasure pengganti gula atau gula, santan atau susu cair .
3.Kacau sebati masukkan tepung jagung,kacau , boleh masukkan cendol dan sagu tutup api.
4.Tuang adunan ke dalam acuan.
5.Biar sejuk,jangan lupa keluarkan daun pandan dahulu.

Lapisan atas
1.Masakkan air, agar-agar,gula melaka,daun pandan hingga mendidih.
2.Kacau sebati, masukkan santan atau susu cair,kacau sebati hingga agar-agar larut dan boleh tuangkan ke dalam adunan yang pertama tadi.
3.Biar sejuk boleh masukkan ke dalam peti sejuk.
4.Bila mengeras bolehlah potong dan hidang.


1558374792413.

SOTONG TELUR MASIN PEDAS
Bahan-bahan:
5 ekor sotong sederhana besar | cuci dan potong ikut suka
1 mangkuk sederhana tepung sri mewah pedas atau bistari | kalau tak ada boleh guna tepung gandum +tepung jagung, lebihkan tepung gandum
Tepung bahagikan 2 ,satu dibancuh dengan air| agak-agak
1 bahagian tepung kering | agak-agak
Segenggam daun kari
2 sudu serbuk telur masin
2 sudu chili flakes @dapur_spices .
-tak perlu garam & perasa. Semua dah ada dalam serbuk telur masin dan tepung gorengan.

Cara memasak:
1.Sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong ikut suka. Keringkan dgn tisu dapur.
2.Bancuh satu adunan tepung bistari spicy dengan air,agak-agak tidak pekat dan tak cair sangat,masukkan sotong ke dalam adunan dibancuh tadi.
3.Gaul sebati dan keluarkan. Masukkan ke dalam adunan tepung kering pula.Siap menyalut bolehlah digoreng ke dalam minyak sederhana panas.
4.Siap menggoreng, angkat dan toskan dengan kertas serap minyak,Goreng pula segengam daun kari agak garing angkat.
5.Masukkan sotong ke dalam dulang atau pinggan besar dan taburkkan serbuk cili dan serbuk telor masin serta daun kari yang digoreng tadi.
6.Gaul sebati. Siap boleh dihidang.


1547256946862.

SAMBAL TUMIS SOTONG & TERUNG PIPIT
Bahan-bahan:
6-7 ekor sotong sederhana | potong ikut suka
1 mangkuk cili kisar yang sudah dicampur dengan bawang besar dan bawang putih
2 batang serai | diketuk
1 mangkuk kecil terung pipit
1/2 biji hirisan bawang besar
Air asam jawa
Air ikut keperluan
Garam,gula & perasa ( saya guna stevia ganti gula..1, 2 titik cukup)

Cara memasak:
1.Tumiskan cili kisar,masukkan serai yang sudah diketuk.
2.Tambahkan sedikit air,tumis hingga naik minyak.
3.Masukkan air asam jawa,garam,perasa,stevia ganti gula. Gaul sebati .
4.Masukkan sotong,masa ni api besarkan sedikit bagi air sotong kering gaul-gaul lagi dan masukkan terung pipit. Kecilkan sedikit api.agak sebati dan naik minyak boleh tutup api.
5.Siap untuk dihidang.

Foto & resipi : SHAHANUM SABARI

Published by
Putri Adila Saari