Sibuk bekerja, balik rumah nak masak, lauk pauk beku!  Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan dimasak. Cara-caranya ialah:

5 Minit Jer Cara Lembutkan Lauk Pauk Sejuk Beku, No. 1 Paling Senang Kalau Ada!

1. GUNA MICROWAVE

Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.

Ads

 

5 Minit Jer Cara Lembutkan Lauk Pauk Sejuk Beku, No. 1 Paling Senang Kalau Ada!

2. GUNA PERIUK

Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.

 

5 Minit Jer Cara Lembutkan Lauk Pauk Sejuk Beku, No. 1 Paling Senang Kalau Ada!

Ads

3. GUNA CUKA MAKAN

Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.

 

Ads

5 Minit Jer Cara Lembutkan Lauk Pauk Sejuk Beku, No. 1 Paling Senang Kalau Ada!

4. GUNA AIR PANAS

Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI