5 Mitos Makanan Frozen Korang Perlu Tahu Kebenarannya…

Share

Sekarang ini makanan frozen sangat membantu memudahkan kerja penyediaan makanan, sebab itulah ia sangat popular di kalangan mak-mak bekerja dan sibuk. Malah boleh dikatakan kebanyakan peti sejuk setiap keluarga sekarang  ada menyimpan makanan frozen. Dalam pada memudahkan kerja memasak, ramai juga yang risau dengan mitos-mitos yang tersebar, mengatakan pengambilan secara rutin  makanan frozen tidak baik untuk kesihatan.

Berikut lima mitos yang mungkin korang selalu dengar mengenai makanan frozen, kalau nak tahu sejauh mana  kebenarannya boleh baca info berikut:-

Makanan Frozen Kurang Sihat Berbanding Yang Segar

Ini mitos yang paling kerap didengari, sedangkan ini sebenarnya tidak betul. Yang sebenarnya, proses pembekuan  makanan menjadikan nutrisi dan zat di dalamnya lebih baik  terpelihara berbanding makanan yang  segar. Hakikatnya, makanan tidak difrozenkan pun boleh hilang kandungan nutrisi  melalu  proses memasask juga mudah tercemar.

Makanan Frozen Tinggi Kandungan Garam

Dengan penambahan garam boleh menyebabkan kadar natrium atau sodium tinggi. Namun bukan semua makann sejuk beku mengandungi garam, Oleh boleh je kalau korang makanan makanan frozen.

Makana Frozen Boleh Dicairkan Hanya Dengan Siram Air Panas.

Biasanya yang menggunakan cara ini adalah mereka yang kurang sabar, padahal air panas boleh menyebabkan makanan frozen tidak masak sekata atau sempurna.  Oleh itu, lebih baik cairkankan makanan frozen dengan memindahkannya ke bahagian bawah peti sejuk semalaman sebelum makanan itu dimasak.

Maknan Frozen Perlu Segera Dimasukkan Semula Dalam Freezer.

Makanan frozen yang dibeli dari pasaraya sebaik tak perlu  segera dimasukkan dalam freezer. Kenapa? Ini jawapannya. Plastik pembungkus makanan  frozen yang tersedia  di pasaraya umumnya masih ada udara yang boleh mengurangkan kualiti makanan tersebut bila disimpan. Dari terus menyimpannya dalam freezer, buang saja plastiknya dan masukkan dalam bekas kerdap udara yang lain, kemudian baru masukkan dalam freezer, ia lebih selamat.

Makanan Frozen Ada Tarikh Luput

Selagi tak digunakan dan disimpan dalam freezer, makan frozen masih boleh digunakan walaupun telah melepasi tarikh luputnya. Alasannya, kandungan bakteria tidak membiak jika tidak dikeluarkan dari freezer dan kandungan makanan tetap sama dan masih boleh digunakan tanpa was-was.

 

Published by
Norasida Myasin