Geramnya tengok ketam segar di pasar. Gemuk dan besar saiznya. Memang sedap kalau masak kari, masak lemak, bercili, kam heong dan sebagainya. Kalau ketam yang baru naik dari laut, rebus bersama serai pun dah cukup buat anda berselera untuk makan.
Bila dah minat sangat makan ketam ni, tahukah anda beza antara ketam jantan dan betina? Ha…Kalau perasan, ketam bunga yang selalu kita beli di pasar tu ada dua warna. Satu yang bersepit biru, dan satu lagi berwarna ala coklat kehijauan.
Kalau nak tahu, ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Lepas dah kenal jantan betinanya, kena la pula tahu macam mana nak kenal dan tahu ketam yang hendak dibeli tu berisi ke tidak. Rugilah kan beli ketam tapi bila dimasak, isinya tak ada. Dahlah harganya boleh tahan mahal. Jadi, panduan di bawah ini boleh anda jadikan pedoman dikala membeli si sepit biru ni di pasar.
Ads
PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR:
1. Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
3. Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
Ads
4. Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tanga. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memilih ketam yang segar, padat dan penuh isi. Selamat mencuba!
Ulam pegaga antara yang disukai ramai, selain sedap ia juga banyak khasiat untuk kesihatan termasuklah awet muda.
Disebabkan itu berbaloi sangat jika tanam pegaga ini di rumah. Boleh tanam dalam pasu atau dalam botol minyak macam yang dilakukan oleh Nalini Zee. Ulam ini ditanam di tepi rumah saja tapi punyalah subur.
Kalau nak dapat hasil pegaga yang begini boleh ikut tip yang dikongsi beliau.
Pokok pegaga ini ditanam dalam botol minyak masak saja, gunting bahagian atas supaya terbuka. Bahagian bawah ditebuk untuk pengaliran air.
2. Pokok pegaga ini ditanam daripada akar. Kalau beli pegaga di pasar, ada lebih boleh cucuk pada tanah. Tanah yang digunakan tak perlu banyak.
3. Tanah yang digunakan ini adalah tanah sawit. Paling elok hasil pegaga.
4. Tak perlu baja & racun. Boleh gunakan lebihan cecair daripada kulit telur yang dicampur air untuk siram. Boleh juga siram dengan air basuhan beras.
5. Pokok pegaga ini seeloknya letak di bawah pokok atau kawasan terlindung supaya daun hijau cantik.
6. Bila dan besar, boleh petik daunnya saja akar tinggalkan.
Batang keladi buat masak asam pedas, masak lemak cili api dan sebagainya memang sedap. Cuma sebelum masak penting untuk kita gunakan cara yang betul bagi membersihkan sayur ini.
Kalau salah cara tekak boleh jadi gatal-gatal bila dimasak nanti. Petua membersihkan batang keladi ini ada dikongsi oleh Safiyyah Osman. Ujarnya petua ini diturunkan sendiri oleh peniaga yang menjual keladi di pasar. Caranya;
1. Tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi walaupun peniaga keladi dah tarik siap-siap sebelum dijual. Selalunya ada yang terlepas pandang jadi tarik kulit ini semasa membasuh batang keladi. Sila pakai sarung tangan supaya tangan tak jadi gatal.
2. Basuh bersih dan toskan. Sental sikit keladi sewaktu basuh.
3. Bila hendak masak batang keladi tadi, letak asam keping 3-4 keping dan bubuh garam kasar sikit. Masak air sampai mendidih.
4. Masuk batang keladi dan masak sampai empuk atau lembut. Semasa merebus balik-balik kan supaya semua bahagian keladi kena air rebusan. Bila dah empuk angkat dan toskan. Buang air rebusan, dah boleh guna batang keladi untuk masak. Confirm tak gatal.
Jika nak masak asam pedas rebus bahan kisar sampai mendidih dan masukkan batang keladi yang siap tos tadi.
Dah siap pilih yang segar waktu di pasar tapi bila dah simpan makanan laut dalam freezer dan keluarkan untuk masak udang sotong semuanya dah lembik dan tak segar. Rasa manis pun dah hilang.
Ini memang selalu terjadi, tapi ada cara untuk kita mengekalkan kesegaran makanan laut yang dibeli dan dalam masa yang sama mengekalkan kemanisan makanan ini.
Caranya ada dikongsi oleh Shazura Bahari. Menurut beliau petua ini dikongsi oleh nelayan tempat beliau selalu membeli makanan laut.
Caranya
Selepas membeli makanan laut seperti ikan, udang, sotong sebelum menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku gaulkan taburkan dengan gula.
Sebaiknya pek lauk ini mengikut kuantiti sekali makan.
Untuk jimat boleh juga letak semua makanan laut ini dalam satu bekas dan gaul dengan gula terlebih dahulu. Kemudian barulah diasingkan.
Bagi udang, boleh juga letak sedikit perahan limau. Jika mahu memastikan kekal segar selama 1-2 bulan boleh letak air dalam bekas simpan udang ini.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.