Anda suka minum air rebusan buah kering? Dr. As Zulqa kali ini mendedahkan lima manfaat daripada air rebusan buah kering. Buah tersebut adalah kurma merah, logan dan goji beri. Menurut Dr. As Zulqa, manfaat tersebut adalah seperti berikut.
1) BANTU KULIT LEBIH CANTIK
Dr. As Zulqa mengatakan minuman daripada air rebusan kurma merah, logan dan goji beri dapat bantu kulit lebih cantik. Ini kerana minuman ini kaya dengan kesan antioksidan dan vitamin C. Justeru boleh bantu menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit sehingga menyebabkan kulit nampak tua daripada usia sebenar.
2) BANTU STABILKAN EMOSI WANITA
Minuman herba ini kaya dengan mineral. Justeru dapat bantu melancarkan pengaliran darah dan menstabilkan hormon wanita. Menurut Dr. As Zulqa, apabila hormon stabil maka emosi wanita juga akan stabil dan tenang. Bagus juga untuk diminum ketika wanita berpantang selepas bersalin.
“Minuman herba ini sangat sesuai sebagai minuman dalam pantang untuk bantu pulihkan bahagian dalaman wanita. Rugilah siapa tak cuba air rebusan ini yang sedap dan tidak pahit ni,” ujar Dr. As Zulqa.
3) MILK BOOSTER DAN ENERGY BOOSTER
Menurut Dr. As Zulqa, minuman ini juga tinggi kandungan mineral dan vitamin C. Bagus dijadikan sebagai milk booster untuk merangsang penghasilan susu ibu. Ibu-ibu yang menyusukan bayi, mesti sangat faham dengan keadaan untuk memastikan susu sentiasa mencukupi bagi keperluan anak sehingga mencapai usia 2 tahun.
4) BANTU KEKALKAN KESIHATAN BADAN
Air rebusan herba ini juga dikatakan sangat bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Amalkan minum air rebusan ini sebagai ikhtiar untuk melawan penyakit mudah berjangkit misalnya batuk dan selesema.
5) SEBAGAI MINUMAN DETOKS
Jom kita lihat resipi membuat minuman yang banyak manfaatnya ini.
BAHAN-BAHAN
2 jag air
200 gram longan kering
50 gram kurma merah
Gula batu secukupnya
100 gram goji beri
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, masukkan air. Kemudian masukkan longan kering dulu kerana longan kering paling lambat empuk.
2. Selepas longan kering tadi kembang, masukkan kurma merah dan gula batu.
3. Akhir sekali, masukkan goji beri.
4. Selepas semuanya kembang, tutup api.
Siap!
Selamat mencuba!
Untuk lebih faham cara masak kari ayam yang betul, boleh tonton video kat bawah ini.
https://www.youtube.com/watch?v=sYMtA0-gqOs&t=1s
Sumber: www.aszulqa.com
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan majalah RASA.