Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah MAGGI®️ kembali lagi buat ulang tahun ke 25. Bertemakan ANDA & MAGGI®️ Sajikan Kelainan untuk Inspirasi Harian. Cabaran program tahun ini akan diadakan secara maya seiring dengan norma baharu kehidupan.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bermatlamat untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Seramai lima pemenang dipilih bagi pertandingan ini. Kelima mereka sangat kreatif dalam mencipta makanan. Tahniah diucapkan buat semua pemenang.
Rafidah Fitri Hamidzol
15 tahun, SMK Syed Alwi, Perlis (Pemenang Hadiah Utama)
Rafidah suka mencipta resipi baharu dan meneroka bahan-bahan unik di dalam masakannya. Kemahiran memasak saya bertambah baik berkat bimbingan ibu saya. Resipi Nasi Ulam dan Sate Lilit Ikan Tilapia ini hasil inspirasi masakan nenek saya dan bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya diperoleh dari tanaman yang saya usahakan di sekitar rumah. Saya berharap resipi yang kreatif ini dapat memperkenalkan kembali masakan tradisional yang senang disediakan serta membawa khasiat terutamanya kepada golongan muda di Malaysia.
Ads
Muhammad Faaris Salihin Mohd Firdaus
13 tahun, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
Selepas ketiadaan ibu, sayalah yang bertanggungjawab untuk menyediakan masakan untuk ayah dan adik-adik di rumah. Hasrat saya adalah untuk mengukir lebih banyak senyuman dengan air tangan saya sendiri. Kemahiran memasak Faaris dipelajari sendiri dan dia suka mencipta resipinya sendiri. Resipi Udang Sos Padang ini diinspirasikan oleh masakan Padang yang lazat dan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi untuk pemakanan keluarga yang seimbang.Antara bahan yang digunakan ialah Lada Benggala, Tomato serta udang. Sos Tiram MAGGI®️ dan MAGGI®️ CukupRasa adalah dua produk wajib yang digunakan di dalam hidangan ini. Cita-cita saya ialah menjadi seorang jurutera IT dan ingin membangunkan aplikasi yang memfokuskan kepada resipi sihat dan seimbang yang mampu memberi inspirasi kepada gaya hidup lebih sihat dalam kalangan generasi muda.
Nursyafiqah Mohd Azmi
14 tahun, SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan
Ads
Nursyafiqah berkongsi bahawa ibunya adalah suri teladan (role model) yang memberi inspirasi dalam masakannya. Malah, ibunyalah yang mencetuskan idea untuk resipi telur gulung Korea (Korean Egg Roll) yang kemudiannya menjadi hidangan kemenangannya dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI®️ 2021. Di dalamnya mengandungi ayam, nasi, sayur-sayuran, keju dan telur yang diperisakan dengan MAGGI®️ CukupRasa. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan sebuah hidangan seimbang yang lengkap, dibungkus dalam gulungan yang ringkas dan mudah dimakan.
Sejak kecil lagi, saya memang minat memasak terutamanya menyediakan pencuci mulut atau roti. Saya harap saya akan dapat mencapai cita-cita saya untuk membuka sebuah bakeri. Sepanjang tempoh pertandingan ini, saya menghadapi pelbagai cabaran dan hampir berputus asa. Namun begitu, sokongan dan semangat dari keluarga saya telah memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan!
Yap Mei Wei
13 tahun, SMJK Katholik, Selangor
Yap Mei Wei pada mulanya sangat bimbang untuk belajar memasak. Ketakutannya bermula selepas beberapa kali mengalami kemalangan ketika memasak di rumah seperti kecederaan akibat minyak panas dan air panas. Sejak itu, dia telah berhenti memasak selama beberapa tahun.
Ads
Apabila pandemik COVID-19 melanda Malaysia tahun lepas, ketika penutupan dan sekatan (lockdown) Mei Wei mula meneroka resipi-resipi baharu di Internet dan itu memberinya dorongan untuk memasak semula,
Saya memilih Nasi Goreng Rainbow kerana saya ingin menghidangkan kepada keluarga saya masakan yang boleh memberi kita harapan, terutamanya dalam menghadapi pandemik ini. Kepada saya, pelangi melambangkan harapan, kegembiraan dan kejayaan! Masakan saya mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berwarna-warni untuk pemakanan yang seimbang. Saya menggunakan MAGGI®️ CukupRasa dalam hidangan kerana ia meningkatkan rasa hidangan.
Jaymee Ong Miin Li
15 tahun, SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
Masakan ibu menjadi inspirasi utama dan pencetus minat saya dalam bidang masakan. Melalui pertandingan ini, saya banyak mempelajari tentang pemakanan sihat yang boleh saya amalkan di dalam masakan saya.
Resipi Sarang Burung melambangkan sebuah ikatan antara keluarga dan saya percaya melalui pemakanan yang seimbang, kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Dalam kebanyakan hidangan saya menggunakan produk MAGGI®️ seperti Kiub Stok Ayam dan Sos Tiram MAGGI®️ kerana ia menyedapkan rasa masakan.
Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah di samping meningkatkan kesedaran tentang pentingnya makanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
Kalau nak seribu daya, itulah yang dilakukan oleh selebriti cantik manis Kilafairy ni. Demi mama tercinta penyanyi Rohana Jalil, dia sanggup minta resipi Mi Kari Udang Galah dari tauke restoran mi kari kegemaran mamanya.
.
Berpandukan resipi itulah Kilafairy meluangkan masa seharian bersama mama tercinta untuk menyediakan mi kari kesukkan mamanya itu dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran pada selasa lepas, jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
.
Kelakarnya, siapa yang masak sebenarnya, Kilafairy atau Mamanya, kerana kecoh dari membeli barang-barang nak masak mi kari sampailah masa memasak. Tapi semua itu bukan persoalankan, yang penting dua beranak ni sangat enjoy di dapur bersama.
.
Dalam pada kecoh, dan walaupun tak dapat udang galah yang besar dua beranak ini tetap berjaya menyiapkan mi kari dengan jayanya. Rasa boleh tahan kerana Rohana sentiasa membantu Kilafairy anak kesayangannya itu di dapur. Kalau korang semua nak rasa keenakan Mi Kari Udang Galah Kilafairy nib oleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
.
MI KARI UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg mi kuning | celur dan tos
500gm udang Galah
1 liter santan
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan halba campur
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan rempah kari
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 pokok daun ketumbar
12 biji bebola ikan | belah dua
2 keping kek ikan | hiris
8 biji Tauhu Pok | belah dua
2 keping asam gelugor
1 sudu teh perasa Cukup Rasa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawag merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu makan udang kering
BAHAN HIASAN:
4-5 pokok sawi | potong dan celur
3-4 biji cili merah hiris
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan halba campur dan daun kari.
Kemudian tambahkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dicampur bersama.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan santan, biarkan mereneh.
Setelah mereneh masukkan udang, bebola ikan, kek ikan dan asam gelugor.
Perasakan dengan serbuk cukup rasa, garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan tauhu pok tadi.
Setelah siap tuangkan kuah dalam mangkuk berisi mi yang telah dicelur, kemudian hias di atasnya dengan bahan hiasan.
Mi Kari Udang Galah sedia dihidangkan.
Kepada korang yang ingin menonton artis-artis lain bersama ibu atau bapa mereka memasak di dapur, tunggukan Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran setiap hari Selasa jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Semangat dan tekad untuk menimba ilmu baru dan mencabar diri demi sebuah pengalaman yang tidak pernah dirasai, menjadi pendorong kepada Nurazimah Binti Ahmad Afandi untuk menyertai Pertandingan JagOH Rasa BABA’Sini.
Berbekalkan sebuah resipi kegemaran keluarga, Nurazimah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Long memberanikan diri menghantar penyertaan di laman web RASA.
Nah, betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia bukanlah siapa-siapa. Bukan seorang chef terkenal, bukan juga tukang masak handalan restoran ternama, tapi keenakan hidangan yang disajikan air tangan seorang ibu yang mengusahakan perniagaan Sambal Hitam Bentong secara kecil-kecilan ini berjaya memikat hati para juri.
Teruja dan berasa sangat bertuah. Itulah rasa yang dapat Kak Long luahkan bila dapat masuk pertandingan ini kerana semua peserta yang hadir hebat-hebat belaka. Malah hidangan mereka semua sangat menarik.
Semasa sesi penjurian dijalankan, perasaan gementar tu memang Kak Long tak boleh nak sorok. Maklumlah ini kali pertama Kak Long mengikuti pertandingan memasak yang diadilli juri profesional dan kelilingi jurugambar. Terima kasih kepada para krew yang ada pada hari acara tersebut kerana semuanya sangat membantu dan sentiasa memberikan kata-kata positif.
Guna dua jenis rempah iaitu Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S dan Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’Sadalah rahsia keenakan hidangan Shell Out Kasih BABA’S. Ditambah dengan penggunaan gula melaka menjadikan lebih rasa yang lebih unik dan sedap.
“Menu ini adalah rekaan Kak Long sendiri yang asalnya dimasak untuk keluarga tersayang. Ia merupakan juadah kegemaran suami serta anak-anak dan sebab itu Kak Long ingin berkongsi hidangan kegemaran keluarga ini kepada semua.
Sekiranya ada rezeki menjadi Top 4, Kak Long akan buat yang terbaik untuk berjaya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk tunjukkan kepada anak-anak bahawasanya ibu mereka ini seorang yang kuat semangat dalam usaha untuk beroleh sesuatu kejayaan. Malah Kak Long juga berimpian untuk memajukan lagi perniagaan Sambal Hitam Kak Long Bentong supaya lebih dikenali”, ujarnya dengan penuh bermakna.
SHELL OUT KASIH BABA’S
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam
1/2kg udang
5 ekor sotong
1/2 lala
2 ekor udang lobster
BAHAN-BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (*)
5 biji bawang putih (*)
1 inci halia (*)
3 sudu lada kering kisar (*)
20gm udang kering (*)
1 paket kecil Serbuk Cili BABA’S
1 paket kecil Serbuk Kari Ikan BABA’S
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 1/2 cawan air rebusan makanan laut
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
1 biji brokoli yang telah dicelur
CARA MEMASAK:
Bersihkan semua makanan laut dan rebus hingga masak. Ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda (*) dan tumis sehingga garing.
Setelah garing, masukkan Serbuk Cili BABA’S dan Serbuk Kari Ikan BABA’S bersama air rebusan makanan laut tadi.
Kacau bahan tumis sehingga pecah minyak dan barulah masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam, gula dan sedikit penambah perasa. Sebatikan.
Setelah sos masak, masukkan makanan laut yang telah direbus tadi bersama-sama dengan brokoli yang telah dicelur.
Gaul rata hingga bersalut semuanya.
Shell Out Kasih BABA’S sedia untuk dihidangkan.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Buat Fazalina Ismaildapat memasuki hingga ke peringkat Top 12 memanjatkan rasa syukurnya kerana apa yang diusahakan membuahkan hasil. “Perasaan saya ada rasa kecewa sikit sebab terpilih kategori wildcard namun sekurang-kurangnya dapat bertanding lagi.
Buat wanita kental ini biarpun gagal penjurian di wilayah selatan namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba di wilayah sentral pula.
Saya masuk pertandingan ini saja suka-suka, lagi pun memang hobi, suka join pertandingan memasak sejak tahun 2004 lagi. Saya suka mencabar diri, tiada cabaran macam tak sempurna,
Sesi penjurian debarannya sukar untuk diceritakan. Bukan mudah hendak tackle hati juri yang bermacam ragam, paling takut tak dapat jawab soalan para juri yang tidak dijangkakan.
Cerita Fazalina pada mulanya agak was-was hendak masuk pertandingan ini sebab dah lama tak aktif atau masuk mana-mana pertandingan. Lagi-lagi faktor usia. Tapi cabaran dalam jiwa tinggi, itu buat diri ingin sertai juga.
Masa hendak menyiapkan menu 3 jenis itu bukan lah senang, sebab semua kena buat sendirian, tiada pembantu.
Hari penjurian pada 11/6, nasib jugalah akak kena waktu petang, akak seperti biasa memang bangun awal pagi dan akak juga kena kira masa dan waktu itu penting untuk sediakan menu masakan supaya tidak basi. Jadi sotong sumbat tu selepas solat subuh pukul 6 am, masak nasi pukul 6.30am dan last buat Salad Mangga. Memang kepenatan yang amat.
Jam 10.15am kami sekeluarga bertolak ke KL, pergi awal takut jam! Buat video masakan, memang sedih sangat sebab akak ni rabun it, kena minta tolong anak gadis, dia pulak sibuk dengan kerja sekolah dan sukan sekolah. Nak siapkan video pun ambil masa yang lama,
Resipi yang dipilih mengikut citarasa kontemporari, seperti SOTONG SUMBAT BERUDANG DENGAN SOS KRIM KEJU BEREMPAH manakala SALAD MANGGA itu ditambahkan perisanya dengan mengadakan SOTONG KEPING yang dalam kotak. Resipi itu memang sesuai dengan hidangan utama iaitu NASI UDANG BEREMPAH. Plating ala hidangan pengantin menggunakan REMPAH KARI BABA’S.
Kalau nak kira petua memang banyak, cuma salah satu kena selawat ketika mencuci bahan dan ucap Astafirullah ketika penyediaan dan memasak juga kena merasa masakan yang dimasak untuk mengetahui rasanya. Resipi yang dihasilkan ialah resipi warisan dan dikontemporari.
Sudah adat setiap pertandingan memang semua orang berharapan untuk beroleh kemenangan. Tapi kita tawakal sahaja, kerana kesemua peserta yang terpilih itu hebat belaka. Kalau menang,semoga dapat pergi jauh lagi dan terus berjaya.
Duit itu akan disedekah sedikit untuk pembinaan masjid dan simpan untuk hari tua
Panaskan minyak canola bersama minyak sapi. Kemudian tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan dan bahan kisar.
Masukkan rempah kari BABA’S bersama serbuk kunyit BABA’S. Kacau rata. Biar rempah masak.
Masukkan air, tairu,jus tomato dan garam. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan beras dan lobak merah. Kacau rata. Tutup tudung dan biar nasi masak separuh masak.
Kemudian masukkan udang dan kacang peas. Tutup tudung dan biarkan nasi masak sempurna.
SOTONG SUMBAT BERSOS CREAM CHEESE BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong (kalau boleh saiz besar) bersihkan
Udang secukupnya- buang kulit
2 ulas bawang putih – patut
1/2 biji bawang besar – cincang halus
2/3 biji lada padi – cincang halus
1 tangkai daun sup – hiris halus
2 tangkai daun bawang – hiris
2 biji putih telur
1 sudu makan Rempah Kari BABA’S
1 sudu teh Serbuk Kunyit BABA’S
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Udang dicincang halus.Masukkan ke dalam mangkuk bersama bahan lain. Kacau sebati.
Sumbatkan inti udang ke dalam sotong sehingga ke hujung ekornya. Tinggalkan sedikit ruang untuk kepala sotong dan kemaskan dengan lidi.Buat sampai habis.
SOS KRIM KEJU BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji bawang besar -hiris
2 ulas bawang putih – hiris
4 sudu makan Rempah Kari BABA’S
11/2 sudu teh Serbuk Cili BABA’S
1 sudu teh Serbuk Kunyit BABA’S
1 cawan air
Garam secukup rasa
1/2 cawan susu full cream
3 sudu makan cream cheese (krim keju)
1/2 biji jus lemon
2 sudu makan minyak canola
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili BABA’S. Kacau rata.
Masukkan air dan garam. Masukkan sotong sumbat tadi.
Jiruskan kuah atas sotong dan balik- balikkan. Anggaran sotong sudah masak. Angkat sotong dan ketepikan.
Masukkan krim keju dengan susu full cream. Kacau rata sehingga kuah sos pekat. Tutup api. Kemudian Kisar sos tersebut. Perah lemon dan kacau sebati
Jirus sos krim keju berempah atas sotong sumbat yang sudah masak tadi.
SALAD MANGGA SOTONG ALA BABAS
BAHAN-BAHAN:
2 biji mangga – kupas kulit dan parut
Beberapa biji tomato ceri – hiris
4 biji bawang merah – hiris
1 peket sotong kering
Sedikit kacang tanah sangai
3 biji lada padi – hiris
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis
3 sudu makan Rempah Kari BABA’S
1 sudu teh Serbuk Cili BABA’S
3 ulas bawang putih -tumbuk
3 biji bawang merah -tumbuk
2 sudu makan minyak canola
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk dan kacau rata.
Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili BABA’S. Kacau rata dan Masukkan sedikit air, garam dan gula.
Bila rempah hampir kering tutup api dan sejukkan
Dalam mangkuk satukan mangga,tomato ceri, bawang merah hiris, kacang tanah, sotong peket dan pes rempah. Gaul biar rata.
Perah limau dan gaul rata.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.