Sesekali makan mewah di hujung minggu dengan menyediakan sendiri menu casserole untuk keluarga memang berbaloi berbanding makan di luar. Menu yang disediakan oleh Chef Khairi mungkin boleh memberikan idea untuk ada menyediakan sajian casserole sendiri di rumah ikut citarasa keluarga. Memang sedap! Pasti tak menyesal jika cuba.

1. CHICKEN CHEESE POTATO CASSEROLE

5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm hash brown  sejuk beku
  • 60gm whipping cream
  • 20gm tepung
  • 30gm mentega
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 50gm  Shredded Cheddar Cheese
  • 70gm daging ayam kisar
  • 20gm lobak merah | dihiris halus
  • 20 gm bawang merah | dicincang halus
  • 30gm Japanese Breaadcrumbs
  • 1biji telur
  • Garam ikut keperluan
  • Serbuk lada hitam ikut keperluan

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada 180 C.
  2. Campurkan  ayam kisar, lobak merah, serbuk roti, garam, lada sulah. Gaul hingga sebati.
  3. Ambil aduan dan bentukkan bulat-bulat. Lakukan sampai habis adunan dan masukkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
  4. Sementara itu,  sediakan  sos.
  5. Panaskan mentega dan campurkan tepung di dalam nya, kemudian tambah  serbuk paprika, cream cheese dan whipping cream. Kacau sebati dengan api sederhana sehingga pekat.
  6. Kemudian panaskan air dalam periuk, apabila mendidih masukkan bebola ayam lebih kurang lapan minit.
  7. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, kemudian masukkan bebola ayam.  Goreng seketika untuk mendapatkan warna keperangan.
  8. Masukkan hash brown dalam casserole, kemudian masukkan bebola ayam di atasnya.
  9. Tuangkan pula sos di atasnya sehingga meliputi bebola ayam.
  10. Akhir sekali, taburkan cheddar cheese sebelum dibakar lebih kurang 20-25 minit.

INFO CHEF:  Untuk menjimatkan masa membuat bebola daging, anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.

 

2. SEAFOOD CASSEROLE

5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.

IKLAN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping fillet ikan
  • 30gm  udang |buang kulit
  • 50gm bawang besar | cincang
  • 30gm mentega
  • 30gm tepung
  • 70gm whipping cream
  • 10gm  cuka epal
  • 50gm  Sherdded Cheddar Cheese
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Panaskan sedikit mentega dalam  kuali menggunakan  api sederhana panggang fillet ikan sehingga warna keperangan.
  3. Kemudian panggang pula udang. Angkat dan ketepikan.
  4. Gunakan kuali yang sama. Tumiskan bawang merah, masukkan tepung dan whipping cream dan kacau sebati hingga kuah pekat.
  5. Lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan cuka epal.
  6. Masukkan fillet ikan, udang di dalam casserole. Tuangkan sos di atasnya.
  7. Akhir sekali taburkan cheese di atasnya , titikkan mentega di atas dan bakar selama 15-25 minit.
  8. Hidangkan panas-panas.

INFO CHEF:  Untuk isian seafood anda boleh pelbagai jenis isiannya.

3. POTATO  &  LEEK CASSEROLE

5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kentang | dipotong dadu
  • 60gm whipping cream
  • 30gm krim masam
  • 50gm bawang holland |dihiris
  • 40gm leek | dihiris
  • 30gm mentega
  • 50gm Shredded Cheddar Cheese
  • Garam jika perlu
  • Lada hitam jika perlu

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dalam kuali atas api sederhana, tumis bawang hingga layu dan masukkan leek sehingga wangi.
  3. Masukkan pula kentang, kacau hingga kentang keperangan, lengkapkan rasa dengan lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Panaskan whipping cream di dalam periuk, masukkan  krim masam biarkan sehingga pekat.
  5. Masukkan tumisan kentang dan leek dalam mangkuk casserole, tuangkan sos dan taburkan ceddar cheese di atasnya.
  6. Bakar selama 15-2 minit atau hingga bahagian atasnya kelihatan perang keemasan.

INFO CHEF:  Untuk menjimatkan masa anda boleh menggunakan bebola daging yang ada dijual di pasaran.

4. CHEESY CHICKEN & HERB RICE CASSEROLE

5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm beras
  • 100gm bawang holland | dicincang
  • 10gm bawang putih |dicincang
  • 40gm sayur campur
  • 40gm cendawan  |dihiris
  • 150 whipping cream
  • 20gm mentega
  • 50gm fillet ayam
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 2 sudu teh kicap
  • 1/2 rosemary
  • 10gm parsly |dicincang
  • 100gm Shredded Cheddar Cheese
  • Garam jika perlu
  • Lada hitam jika perlu

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara sediakan bahan lain.
  2. Gaulkan garam, serbuk lada hitam daun rosemary, serbuk paprika dan bawang putih bersama fillet ayam. Perap lebih selama 30 minit.
  3. Basuh beras, kemudian ketepikan.
  4. Panaskan mentega dalam periuk dengan api sederhana, tumiskan bawang Holland hingga wangi, masukkan beras diikuti beras. Masak seperti masak nasi biasa.
  5. Di dalam periuk lain, tumiskan bawang dengan sedikit mentega sehingga wangi dan masukkan sayur campur.
  6. Masukkan whipping cream, kacau sehingga kuah pekat.
  7. Sapukan casserole dengan mentega, masukkan nasi di lapisan bawah diikuti dengan campuran sayur campur dan akhir sekali fillet ayam di atasnya.
  8. Akhir sekali liputi bahagian atas dengan cheddar cheese. Kemudian bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atas bertukar warna perang keemasan.

INFO CHEF: Untuk lebih rasa cendawan anda boleh gunakan cendawan segar.

5. POTATO & SAUSAGE CASSEROLE

5 Resipi Casserole Terlajak Sedap Yang Wajib Anda Cuba Di Hujung Minggu Ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm kentang | dipotong dadu
  • 100gm sosej |dihiris
  • 50gm bawang Holland |dihiris
  • 30gm tepung
  • 60gm whipping cream
  • 30gm mentega
  • 50gm Shredded Cheddar Cheese
  • Secubit serbuk paprika
  • Garam ikut keperluan
  • Serbuk lada hitam ikut keperluan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C sementara itu sediakan bahan lain.
  2. Panaskan kuali, tumiskan bawang bersama sedikit mentega, kemudian masukkan hirisan sosej, kentang, Masak sehingga wangi.
  3. Campurkan  tepung bersama whipping cream dengan api perlahan. Kacau sehingga sos menjadi pekat. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan sos ke dalam mangkuk casserole, kemudian masukkan campuran isian kentang dan sosej di atasnya, diikuti  hirisan keju dan taburkan paprika di atasnya.
  5. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga permukaan atasnya bertukar warna perang keemasan.

INFO CHEF: Untuk hidangan lebih cantik boleh juga gunakan mangkuk casserole yang kecil.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI