5 Resipi Homemade Paling Mudah & Sedap Boleh Masak Guna Cendawan

Share

Cendawan adalah sajian popular yang menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Andai berkunjung ke pasaraya, pelbagai jenis cendawan berlainan bentuk dan rupa boleh didapati dengan mudah.

Cendawan Tiram, Cendawan Butang, Cendawan Shiitake, Cendawan Inoki, Cendawan Shimeiji, Portobello dan beberapa lagi adalah antara jenis-jenis cendawan enak yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Dijual secara segar dan juga dalam bentuk yang telah dikeringkan, bermacam masakan boleh dihasilkan menggunakan cendawan-cendawan ini.

Masukkan sahaja cendawan dalam setiap masakan kegemaran seperti sup, tumis, kacau goreng atau panggang. Semuanya pasti jadi enak dan lebih menyelerakan. Ditambah pula dengan kandungan khasiatnya yang tinggi, menjadikan cendawan sebagai salah satu bahan masakan penting yang sesuai dinikmati seisi keluarga.

Masakan berasaskan cendawan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Berperisa. Rasa lada, rasa masin dan aroma yang wangi menaikkan rasa cendawan dan menjadikan masakan anda jadi lebih enak serta berperisa. Malah anda juga boleh menambahnya dalam apa jua masakan kegemaran, dijadikan perapan dan juga topping. Sangat senang malah kerja memasak juga jadi lebih mudah.

Kini anda boleh menikmati keenakan cendawan bersama AJI-SHIO® dan rebut peluang untuk memenangi hadiah hanya dengan memasak menu kegemaran dari dapur anda!

Jom sertai peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win” dan bawa pulang pelbagai hadiah-hadiah menarik. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu masak masakan berasaskan cendawan menggunakan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa atau AJI-SHIO® Lada Berperisa. Senang kan?

Nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 menu di bawah ini boleh bagi anda idea. Semua sedap dan mudah-mudah belaka. Selamat mencuba!

1. CENDAWAN BERINTI KENTANG BERKEJU

Video masakan: https://www.facebook.com/watch/?v=162375592552087

Cadangan hidangan: 4 orang

 

BAHAN-BAHAN:
100gm kentang Russet – rebus
5gm kucai – cincang
2 sudu makan mentega yang dicairkan
1 ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
200gm cendawan Cremini (batang dicampur dalam kentang lenyek)
50gm parutan keju mozzarella

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.
2. Lenyekkan ubi kentang. Tambahkan hirisan kucai, batang cendawan, 1 sudu makan mentega cair dan perasakan dengan 1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Perap cendawan dengan 1 sudu makan mentega cair dan juga and ½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.4. Sudukan kentang lenyek ke dalam topi cendawan dan susun dalam dulang pembakar.5. Taburkan keju mozzarella dengan secukupnya di atas cendawan tadi.6. Bakar cendawan di dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit.
7. Sedia untuk dinikmati..

Tip: Untuk membersihkan cendawan Cremini, buang kekotoran yang melekat pada cendawan menggunakan tisu dapur hingga bersih.

 

2. CENDAWAN TUMIS MENTEGA BAWANG PUTIH

Video masakan: https://www.facebook.com/watch/?v=162375592552087

Cadangan hidangan: 3 orang

 

BAHAN-BAHAN:
30gm mentega bergaram
½ biji bawang Holland – dadu kecil
3 ulas bawang putih – cincang
200gm Cendawan Butang Putih – dibersihkan
½ sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
1 sudu the parsli – dicincang

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang dan bawang putih hingga wangi.2. Tambahkan cendawan dan masak lagi hingga cendawan masak dan bertukar keperangan.3. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.
4. Akhir sekali, tambahkan daun parsli dan gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.

Tip: Semasa membersihkan cendawan, buang kekotoran yang melekat dengan hanya menggunakan tisu dapur hingga bersih.

 

3. CENDAWAN GORENG RANGUP

Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/483114576007700

Cadangan hidangan: 4-5 orang

 

BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
2 sudu makan tepung beras
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
300gm cendawan tiram


1 cawan tepung kentang
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan tepung beras, kacau sehingga sebati.2. Bahagikan cendawan kepada kepingan kecil.
3. Masukkan ke dalam bancuhan telur dan gaul rata.4. Taburkan tepung kentang dan gaul rata.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.6. Taburkan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan sedia untuk dihidang.

 

4. SUP CENDAWAN

Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/288601851726490

Cadangan hidangan: 4-6 orang

 

BAHAN-BAHAN:
6 sudu makan mentega
1 biji bawang kuning – dihiris
5 ulas bawang putih – dihiris
15 biji cendawan butang segar – dihiris
3 sudu makan tepung gandum
5 cawan air
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 ½ sudu makan TUMIX® Perencah Pati Ayam
½ cawan krim masakan

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega. Tumiskan bawang kuning, bawang putih dan cendawan butang sehingga lembut.2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan 1 cawan air dan kacau sehingga sebati. 4. Kisarkan sup sehingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk. Tambahkan lebihan air.5. Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
6. Renehkan sehingga sup sedikit pekat.
7. Masukkan krim masakan. Kacau rata.8. Sedia untuk dihidang.

 

5. CENDAWAN GORENG BIJAN

Video masakan: https://www.facebook.com/1069092856546512/videos/1085410088248122

Cadangan Hidangan: 4 – 5 orang

 

BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan Shimeji
¼ biji bawang holland – dihiris
1 sudu teh halia – dicincang
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 tangkai daun bawang – dipotong 2cm
2 sudu teh bijan – digoreng tanpa minyak
½ sudu teh gula
1 sudu teh AJI-SHIO® Lada Berperisa
2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan halia dan bawang putih.3. Masukkan bawang Holland dan goreng seketika.4. Masukkan cendawan Shimeji dan masak sehingga naik bau wangi dan lembut.
5. Tuangkan sos tiram bersama minyak bijan.6. Masukkan sedikit gula dan AJI-SHIO® Lada Berperisa.7. Tutup api dan hiaskan bersama hirisan daun bawang dan bijan.

Tip: Elakan memasak cendawan Shimeji terlalu lama kerana ia akan kehilangan kemanisan dan menjadi lembik.

 

Untuk lebih banyak resipi menarik & info mengenai Peraduan “AJI-SHIO® Pasti Shiok Mushroom Fiesta Cook and Win”, layari: https://www.facebook.com/AJISHIO.Cooking

Published by
Team Rasa