Kuih muih Melayu memang enak dimakan bila-bila masa. Sebagai pencuci mulut, kudapan petang mahu pun sarapan pagi memang terbaiklah.
Ni min kongsikan resipi kuih bingka ubi kelapa ceri, kuih bakar kacang hijau, apom betawi dan dua lagi sajian kuih istimewa dengan sedikit olahan baru. Lapang-lapang nanti bolehlah buat.
1. Campurkan kesemua bahan. Kacau sehingga gula larut dan sebati. Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega. 2. Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas. 3. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
Info chef: Buah ceri boleh dibeli di kedai bakeri dan bukan yang segar. Saiz hidangan: 6-8 orang Waktu memasak: 2 jam 30 minit Keistimewaan: Rasa lemak santan dan ubi yang sedap Cara memasak: Bakar
KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 2 cawan kacang hijau yang telah direbus (simpan sedikit untuk hiasan) – beli online di sini 1 cawan gula pasir – beli online di sini 1 cawan santan pekat 2 cawan air 2 sudu makan minyak sapi – beli online di sini 3 biji telur Secubit garam Beberapa titik pewarna hijau
1. Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja. 2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
3. Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata. 4. Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata. 5. Panaskan loyang dalam ketuhar sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi. 6. Taburkan sedikit kacang hijau yang telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah.
Info chef: Boleh gunakan santan kotak Saiz hidangan: 6-8 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Keistimewaan: Rasa kacang hijau yang sedap Cara memasak: Bakar
APOM BETAWI
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur 1 ¼ cawan gula 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh ovalette Sedikit esen vanila Pewarna kuning dan pink secukupnya
1. Pukul telur bersama gula, esen vanila dan ovelatte sehingga kembang 2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata. 3. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian dengan warna pink, satu bahagian warna kuning dan satu bahagian tidak diwarnakan. 4. Oles loyang dengan minyak dan masukkan adunan secara berselang seli hingga selesai. Kukus selama 45 minit hingga 1 jam.
Info chef: Gunakan loyang bersaiz 7 x 7 inci. Saiz hidangan: 6-8 orang Cara memasak: Kukus
LEMPENG PISANG JEM STRAWBERI & PISANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji pisang masak ranum Tepung gandum secukupnya Gula secukup rasa Secubit garam Jem strawberi secukupnya Hirisan pisang secukupnya Sedikit minyak sayur
1. Dalam mangkuk, lenyekkan pisang, masukkkan gula dan garam, sebatikan. Masukkan tepung gandum, jangan banyak sangat kerana nanti keras. Biar lembik sedikit bancuhannya. 2. Panaskan kuali ‘non stick’, sapukan sedikit minyak sayur dan sendukkan adunan ke dalam kuali kemudian leperkan biar jadi bulat nipis. Sendukkan sesudu jem strawberi dan susun hirisan pisang di atasnya. 3. Masak selama 3-4 minit dengan api perlahan sehingga perang. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
Info chef: Gunakan kuali ‘non stick’ bersaiz kecil untuk lebih memudahkan.
PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur 250gm tepung gandum 300gm gula 2 sudu teh ovallate 1 sudu teh baking powder 250ml santan Pewarna pink secukupnya 2 sudu teh kordial air sirap Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi) Kacang merah secukupnya
1. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati. 3. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan. 4. Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit. 5. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. Sedia dinikmati.
Info chef: Letakkan sedikit kelapa dan kacang merah untuk lebih menarik.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Menikmati hidangan tengahari atau malam bersama ahli keluarga dengan menu istimewa pasti menggalakkan ahli keluarga tidak sabar duduk di meja makan bagi menikmati hidangan yang enak. Sambil itu, kehadiran bersama mengeratkan kasih sayang sekeluarga, kalua taktahu apa menu istimewa nak dimasak, ini 10 resipi sedap, ringkas dan istimewa boleh korang cuba pikat selera suami dan anak-anak.
TULANG RUSUK PANGGANG SOS KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk lembu | cuci bersih dan tos
1/2 cawan kicap pekat manis
2 sudu makan sos tiram
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji limau nipis
5 biji bawang merah | hiris dan jadikan bawang goreng
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KiSAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia muda
15 biji cili padi
4 batang serai
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan kicap pekat manis, sos tiram, gula dan garam. Gaul rata.
Ambil separuh dari bancuhan, lumurkan pada tulang dan perapkan seketika.
Balutkannya dengan aluminium foil.
Kemudian panggang menggunakan ketuhar atau pemanggang ajab.
Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih cincang hingga kekuningan.
Masukkan lebihan sos tadi, tumis hingga pekat. Kemudian masukkan jus limau nipis tadi.
Lengkapkan rasa dengan sedikit gula perang dan garam jika perlu.
Kecilkan api dan masukkan tulang yang telah dipanggang, gaul rata dengan tumisan sos kicap.
Setelah sos sebati dengan tulang . Tutup api.
Semasa dihidangkan, taburkan bawang goreng dan taburkan serbuk lada hitam di atasnya.
AYAM TERIYAKI MADU BIJAN
BAHAN-BAHAN:
250gm dada ayam | hiris nipis
1 buah bawang besar | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia | cincang halus
Sedikit garam
Air secukupnya
1 sudu makan bijan | goreng sangai
Sedikit minyak masak
1 sudu makan madu
BAHAN SOS:
2 sudu makan sos teriyaki
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sos. Ambil sedikit, gaulkan dengan isi dada ayam yang telah dihiris tadi.
Gaul rata, dan perapkan sekurang-kurangnya 15 minit.
Panaskan pan dan isikan sedikit minyak, masukkan ayam dan panggang lebih kurang 10 minit.
Jangan terlalu garing, angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar, putih dan halia.
Setelah layu dan wangi, masukkan lebihan bahan sos, kacau hingga sos pekat atas api sederhana.
Apabila sos pekat dan coklat kehitaman, masukkan ayam tadi.
Tutup api, masukkan madu dan gaul rata supaya sebati dengan ayam.
Masukkan dalam pinggan dan taburkan bijan sebelum dihidangkan.
BAWAL GORENG SERAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal | bersihkan dan toskan
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu makan sos ikan
Minyak masak scukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 hirisan halia
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
2 biji cili merah
12 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit serta satu sudu tepung gandum. Gaul rata.
Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing . Angkat dan ketepikan.
Seterus sediakan tumisan cili. Keluarkan minyak goreng ikan, tinggal secukupnya untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar tadi hingga wangi.
Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan , garam dan gula perang secukuprasa.
Jika perlu boleh tambah sedikit air.
Setelah cukup rasa dan tumisan betul-betul masak, tuangkan atas ikan.
Ratakan cili dan ikan sedia dihidangkan.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN N BEBOLA DAGING:
300gm daging kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk pati daging
Sedikit hirisan daun parsli
2 sudu makan tepung ubi kayu
BAHAN SOS:
200ml susu segar
3 sudu makan mentega
1 sudu makan keju parmesan
1/2 biji bawang Holland | cincang halus
4 ulas bawang putih | cincang halus
8 biji cili padi hiris halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
Masukkan daging kisar dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan lain.
Gaul rata hingga sebati, kemudian bentukkan seperti bola pingpong, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, tumis daging hingga bertukar warna keperangan.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, panaskan mentega dalam kali, tumiskan bawang putih, Holland, cili padi.
Tumis hingga wangi, baru masukkan daun kari.
Kacau seketika, masukkan susu cair, kecilkan api dan terus kacau.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Setelah cukup rasa taburkan serbuk keju parmesan dan tuangka sos dalam pinggan berisi bebola daging tadi dan hidangkan panas-panas.
DAGING GORENG HALIA ALA HONG KONG
BAHAN-BAHAN:
250gm dagiing batang pinang | hiris nipis
BAHAN PERAPAN:
1 sudu sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh sos ikan
2 ulas bawang putih | cincang
2 hirisan halia | cincang
1 sudu teh cuka makan
BAHAN TUMISAN:
1 biji bawang besar | hirisan bulat
3 ulas bawang putih | titik
5 hirisan halia muda
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 /2 sudu makan sos tiram
Sedikit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging dengan semua bahan perapan, perap 15 minit dan masukkan dalam peti sejuk.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis daging perapan hingga bertukar warna .
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan tumisan, panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Tumis bahan hirisan, hingga layu kemudian perasakan dengan sos tiram, cuka, lada sulah , garam dan gula secukup rasa,
Kecilkan api, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
Tutup api, daging sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM GULAI LEMAK CILI PADI BERSAMA CEKUR
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong sederhana | cuci bersih dan tos
500 ml santan
2 batang kacang panjang | potong 3cm
1 biji cili merah | potong 3
1 biji cili hijau | potong 3
3 helai daun cekur | hiris kasar
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
2cm cekur
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar bersama ayam dalam periuk, kacau rata dan biarkan atas dapur dengan api sederhana.
Setelah ayam layu masukkan santan, asam gelugor dan serai. Biarkan kuah mereneg.
Setelah mereneh lebih kurang tiga minit, masukkan kacang panjang, cili potong dan hirisan daun cekur.
Apabila ayam empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Renehkan 2-3 minit, tutup api.
Gulai ayam sedia dihidangkan.
KARI HIJAU IKAN PARI
BAHAN-BAHAN:
500gm ikan pari | potong sederhana dan bersihkan
1 biji terung hijau Thai | belah dua
1 biji tomato, | belah 4
2 batang serai, | titik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, | ketuk
500ml santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Garam dan gula perang secukupnya
Daun selasih secukupnya
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus
2 biji bawang merah, hiris halus
4 – 5 biji bawang putih, cincang
2cm lengkuas
1/2 cawan daun ketumbar
1/2 cawan daun selasih
½ sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskanminyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan serai dan juga ikan .
Gaul rata dan masak sekejap hingga ikan kecut..
Tuang santan kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging empuk.
Masukkan terung dan juga cili padi .
Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau rata dan matikan api.
Kari hijau sedia dihidangkan.
TOMYAM SEAFOOD BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ketam | potong dua
5 ekor udang | bersihkan
3 ekor sotong | buang kulit ari dan potong
2 sudu makan pes tomyam
1 cawan santan
2 biji limau nipis | ambil jusnya
1 biji bawang holland |potong bulat
1 ulas bawang putih |titik
8 biji cili padi |titik
2 hirisan lengkuas
3 batang serai
3 helai daun limau purut
1 batang seleri |hiris serong
1 pokok daun ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub stok ayam
Air secukupnya
CARA MEMASAK;
Masukkan air dalam periuk , bersama pes tomyam dan semua bahan hirisan dan ketuk.
Renehkan atas api hingga mendidih.
Kemudian masukkan semua bahan seafood, santan, biarkan mereneh lebih kurang 2-3minit.
Perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan stok ayam,
Kacau rata, apabila cukup rasa. Tutup api.
Sebelum dihidangkan taburkan hirisan daun ketumbar.
TUMIS SOS TIRAM CHOY THAM BERSAMA CENDAWAN SHITAKE
BAHAN-BAHAN:
250gm sayur Choy Tham | belah empat dan cuci bersih
250gm cendawan Shitake | belah dua dan cuci bersih
5-6 biji tomato ceri
4-5 biji bebola ikan | hiris bulat
1/2 biji bawang Holland | hiris bulat
2 ulas bawang putih | ketuk
4 biji cili padi | hiris
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam dan gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang Holland, bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, fish ball, kacau seketika kemudian masukkan cendawan.
Kacau rata lebih kurang dua minit baru masukkan sayur.
Kacau balik dan perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
Hidangkan sayur panas-panas.
UDANG BAKAR MENTEGA SOS MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN UDANG:
250gm udang saiz XL | bersihkan dan tos
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang putih |cincang halus
2 sudu makan mentega
BAHAN SOS:
3 sudu makan mustard
1 sudu makan mayones
2 biji cili merah | hiris
Sedikit hirisan daun parsli
Secubit garam dan gula
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama bahan perapan, perap lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakarmenggunakan pemanggang ajaib lebih kurang 10 minit.
Sambil memanggang sediakan sos.
Campurkan sos mustard bersama mayones, gaul rata.
Campurkan pula hirisan cili, daun parsli, jus lemon, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata dan sedia dihidangkan sebagai pencicah bersama udang bakar.
Selain dikenali sebagai Pau Goreng Inti Sambal, ada juga yang kata kuih ini sebagai Burger Malaysia. Apapun nama dipanggil yang pasti kuih ini sangat sedap dan digemari ramai, kalau buat untuk hidangan minum petang memang terbaik, mesti anak-anak yang masih bercuti di rumah berebut, silap-silap tak cukup ye.
PAU GORENG INTI SAMBAL BAHAN-BAHAN: BAHAN SAMBAL: 100gram cili kering yang telah digunting,direbus | kisar 3 ulas bawang merah | kisar 2 ulas bawang putih 1 sudu teh garam 5 sudu makan gula pasir 1 sudu asam pes asam jawa 1 sudu udang kering/ ssegenggam ikan bilis Minyak masak untuk menumis 1 ulas bawang besar potong dadu BAHAN DOH: 4 cawan tepung gandum 1/2 peket yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam 2 sudu makan gula pasir 1 sudu makan majerin 2 sudu makan susu tepung Sedikit garam Sedikit air untuk mencanai doh Minyak secukupnya untuk menggoreng BAHAN LAIN: Hirisan timun Hirisan telur
CARA MEMBUAT:
Sediakan bahan sambal dahulu, panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa. Kacau lagi dan masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Kecilkan api, biarkan sambal hingga garing. Tutup api dan ketepikan.
Sediakan doh pula, campur setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir. Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih. Ketepikan.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
Biarkan doh sampai mengembang sehingga sekali ganda.
Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
Ada ketikanya rasa teringin nak buat rendang tok tetapi kita selalu rasa payah dan remeh. Ni resipi asli yang boleh dicuba. Kalau buat bukan musim perayaan pun boleh. Jom buat hujung minggu atau untuk kenduri dan majlis bersama keluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!