5 Resipi Lauk Pauk Rendah Garam & Kebaikannya Terhadap Kesihatan

Share

Berapa ramai di antara kita yang takut untuk menggunakan produk penambah perisa Monosodium Glutamat (MSG) seperti AJI-NO-MOTO®, dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.

Antara mitos yang selalu kita dengar akibat menggunakan produk ini ialah kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan yang paling ditakuti ianya boleh menyebabkan kanser.

Namun tahukah anda, sebenarnya semua itu adalah tidak benar sama sekali! 

MSG sebenarnya ialah asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino). Glutamat ini boleh didapati secara semulajadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan dan susu.

Malah jika anda nak tahu, badan manusia pun ada menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan organ badan yang lain mengandungi lebih kurang empat paun glutamat. 

Paling menarik, susu ibu pun kaya dengan glutamat, iaitu enam kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu!

Jadinya di sini, jangan cepat percaya dengan khabar angin yang belum tentu sahih. Umpama janganlah buang air dalam tempayan jika baru mendengar guruh di langit. 

Sebenarnya, penggunaan AJI-NO-MOTO® di dalam makanan adalah lebih baik daripada garam sahaja. Ini kerana ia dapat mengurangkan pengambilan garam atau sodium dalam diet harian. Jika anda nak tahu, AJI-NO-MOTO® mengandungi hanya 12% sodium manakala garam mengandungi 39%. Menarik kan?

Jadi hentikan salah faham tentang mitos penggunaan AJI-NO-MOTO® kerana ia telah digunakan lebih dari 100 tahun dan ia juga merupakan salah satu bahan makanan yang paling selamat dah telah banyak dibuat kajian. 

Yang penting, AJI-NO-MOTO® membantu mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Hanya sekadar ditambah sedikit sahaja bagi menambahkan kesedapan rasa dalam masakan dan mampu mengurangkan pengambilan sodium sebanyak 30% hingga 40%. 

Masakan akan jadi lebih enak bila dimasak bersama AJI-NO-MOTO®.  Ia memberikan rasa ‘umami’ iaitu rasa asas kelima selain daripada manis, masin, masam dan pahit. 

Inilah faktanya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah tulen dan ia dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu melalui proses penapaian dan disahkan halal dari JAKIM. 

Jom masak dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® kerana ia membantu menjimatkan masa dan memudahkan kerja masakan anda. 

Jadi nak masak menu apa agaknya ya? Jangan risau. 5 resipi di bawah boleh membantu anda tentang idea untuk masakan rendah garam yang mudah, sihat dan sedap hanya dengan menambah AJI-NO-MOTO®.  Selamat mencuba!

 

1. AYAM REBUS KUAH TAUCU

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam
  • 2 helai daun bay
  • 2 hiris halia
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • Air secukupnya

BAHAN KUAH:

  • 2 sudu makan taucu
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji jus limau nipis
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia muda | hiris halus
  • 5 biji cili padi | hiris
  • Sedikit lada benggala | dadu halus
  • 1/2 sudu kecil gula jika perlu
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

CARA MEMASAK:

1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama daun bay, halia, AJI-NO-MOTO® dan garam. Rebus selama 10-15 minit atau hingga isi ayam masak.

2. Angkat dan toskan isi ayam. Simpan 1/2 cawan air rebusan tadi.

3. Untuk menyediakan kuah, masukkan taucu ke dalam kuali.

4. Masukkan juga air rebusan ayam, sos tiram, kicap manis, bawang holland, bawang putih, halia, cili padi dan lada benggala. Masak guna api sederhana hingga kuah sedikit pekat.

5. Perasakan dengan jus limau nipis, AJI-NO-MOTO® serta gula jika perlu. Setelah cukup rasa, padamkan api.

6. Hiris isi ayam yang telah direbus tadi dan tuang kuah taucu. Sedia untuk dinikmati.

INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 46% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.

 

2. BERLADO TEMPE TAUHU

BAHAN-BAHAN:

  • 3 keping tauhu | dipotong dan digoreng
  • 2 paket tempe | dipotong dan digoreng
  • 300gm cili hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 biji buah tomato hijau | ditumbuk
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 100gm minyak masak

CARA MEMASAK:
1. Rebus cili hijau, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Tos dan tumbuk kasar-kasar.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk tadi sehingga pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan tomato, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau sebati
4. Masukkan tempe dan tauhu. Gaul hingga rata.
5. Sedia dinikmati.

INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.

 

3. KERABU SEAFOOD THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang | buang kulit
  • 200gm sotong | buang kulit & hiris bulat
  • 50gm suhun | rendam, celur dan tos
  • 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 3 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan kepingan cili kering
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula perang

BAHAN HIRIS:

  • 3 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • Sedikit daun pudina
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah

CARA MEMASAK:

1. Campurkan sotong dan udang yang dibersihkan, gaulkan dengan jus limau.

2. Bersihkan, dan celur sekejap lebih kurang 1-2 minit dalam air mendidih.

3. Angkat dan tos.

4. Masukkan bahan seafood suhun yang telah dicelur bersama bahan hirisan lain.

5. Tambahkan sos cili Thai, kepingan cili, AJI-NO-MOTO®, gula perang, jus limau nipis dan garam.

6. Gaul rata, Salad sedia dihidangkan. 

INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 13% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.

 

4. SUP BEBOLA IKAN, LEEK & CENDAWAN TIRAM

BAHAN-BAHAN

  • 300gm bebola ikan
  • 1 batang leek | hiris
  • 150gm cendawan tiram | carik
  • Sedikit suhun | rendam
  • 3 ulas bawang putih | tumbuk
  • 5 biji bawang merah | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 4-5 biji cili padi | titik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK: 

1. Masukkan air ke dalam periuk, renehkan guna api sederhana.

2. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih dan cili padi.

3. Setelah air mendidih, masukkan bebola ikan, leek dan cendawan tiram. Biarkan mereneh hingga bebola ikan timbul.

4. Masukkan suhun dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan serbuk lada hitam. 

5. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.

INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.

 

5. DENDENG DAGING BERLADO

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | rebus dan hiris nipis dan lebar
  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 batang serai |ketuk
  • 2cm halia
  • Minyak masak secukupnya
  • 1/2 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil gula
  • Sedikit air rebusan daging

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, tomato dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sedikit garam dan gula jika perlu.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

INFO: Dengan AJI-NO-MOTO®, sebanyak 34% garam dapat dikurangkan dalam sajian ini.

Published by
Team Rasa