Sibuk bukan alasan wanita VIP ini masuk dapur menyediakan juadah bagi meraikan tetamu di majlis Rumah Terbuka yang diadakan setiap tahun. Menurut beliau sepanjang bulan Syawal adalah bulan meraikan para tetamu.

Biarpun beliau dan suami menetapkan satu tarikh tetap untuk Rumah Terbuka secara rasmi. Namun hakikatnya wanita  kelihatan jelita dan awet muda ini mengakui sepanjang Syawal pintu rumah beliau sentiasa terbuka.

“Nama pun bulan raya, bulan ziarah-menziarahi sambil bermaaf-maafan.  Tidak kiralah ahli keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dan para pekerja saya, jika ingin datang saya sekeluarga tetap berbesar hati menerima kehadiran  mereka. Kalau sempat masak, saya akan masak walaupun satu dua jenis masakan. Bila tidak sempat, sebahagian masakan akan saya tempah,” ujar Dato’Normashayu Puteh,  Ketua Pegawai  Ekskekutif Opiel Secrets (M) Sdn. Bhd.

Cerita Dato’Ayu bukan hanya mengadakan rumah terbuka tetapi sepanjang Ramadan beliau juga sering mengadakan majlis berbuka puasa untuk kakitangan. Kerana itu istilah rumah terbuka bagi beliau bukan hanya di bulan Syawal semata, bila-bila sahaja boleh.

“Saya sendiri suka memasak dan menjamu kawan-kawan atau sanak saudara. Disebabkan saya orang Negeri Sembilan, masak lemak cili padi  dan rendang daging  atau ayam kampung cili padi. Selalu rendang ini saya hidangkan dengan  nasi impit adalah menu wajib. Masakan ini juga yang menjadi permintaan ramai tetamu saya.

 

UDANG SAMBAL PETAI

5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang saiz XL | bersihkan dan toskan
  • 200gm petai
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan Kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3cm halia

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang besar, diikuti bahan kisar.
  4. Kacau hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan petai, kacau lagi.
  6. Masukkan udang, air asam, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, biarkan mereneh lebih kurang tiga minit atau timbul minyak.
  8. Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk mengurangkan bau petai, goreng petai dan masukkan bersama petai.

Ads

…..

 

 

GULAI LEMAK CILI PADI AYAM  KAMPUNG

5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam kampung | potong sederhana
  • 3 biji kentang | belah dua
  • 2 helai daun kunyit | disiat-siat
  • 4 batang serai | dititik
  • 500 ml santan cair
  • 500ml santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 10 biji cili padi
  • 4cm  kunyit hidup
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam yang telah dibersihkan di dalam periuk bersama, asam gelugor santan cair dan seperuh dari bahan kisar.
  2. Masak sehingga isi ayam empuk dan kuah kering.
  3. Kemudian masukkan santan pekat,serai, daun kunyit dan separuh lagi bahan kisar.
  4. Sentiasa kacau sehingga kuah mendidih.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, biarka gulai mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  7. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF:

Jika ingin lebih pedas anda boleh tambah cili padi.

….

 

 

 

 

KARI KEPALA IKAN

5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping kepala ikan tenggiri
  • 1liter santan
  • 5 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan  serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkainya
  • 4 biji kacang bendi
  • 1 biji terung bulah | belah empat
  • 2 biji cili hijau | potong 3cm
  • 1 biji cili merah | potong 3cm
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 4cm halia muda

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan, minyak, tumiskan halba campur dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika.
  3. Kemudian masukkan pula rempah kari dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan air asam jawa dan santan, terus memasak hingga mendidih.
  5. Baru masukkan kepala ikan dan biarkan sehingga masak.
  6. Masukkan terung, kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali sebelum angkat,  masukkan cili dan tomato.

 

INFO CHEF:

Selaian kepala ikan tenggiri, kepala ikan merah dan jenahak juga boleh digunakan untuk kari kepala ikan.

….

 

 

Ads

PUTERI AYU

5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur gred A
  • 240gm gula halus
  • 240ml santan
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu makan ovallete
  • 270gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu makan tepung ubi

Bahan Lapisan Kelapa:

  • 3 cawan kelapa parut
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit garam halus

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung gandum dan tepung jangung. Ketepikan.
  2. Campurkan juga semua bahan kelapa, kemudian gaul rata, ketepikan.
  3. Sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.
  4. Kemudian masukkan satu sudu teh parutan kelapa. Kemudian padatkan.
  5. Putar gula dan ovallate hingga rata.
  6. Seterusnya masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang.
  7. Masukkan pula pes pandan. Putar lagi hingga sekata warna hijaunya.
  8. Perlahankan putar pengisar, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis dan sebati.
  9. Sudukan adunan ke dalam acuan yang berisi  kelapa tadi.
  10. Panaskan pengukus, kemudian kukus selama 15 minit. Angkat.
  11. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

 

INFO CHEF:

Lebih sedap menggunakan kelapa yang tidak terlalu tua dan ambil putihnya sahaja.

….

 

 

 

Ads

RENDANG DAGING

5 Resipi Negeri Sembilan Jadi Pilihan Dato’ Ayu Untuk Menu Rumah Terbuka!

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging batang pingang | hiris nipis dan lebar
  • 1 kg santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 4 batang serai | dititik
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan Perap Daging:

  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • Bahan Rempah Penumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga.

Bahan Kisar:

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging dan toskan airnya.
  2. Masukkan daging dalam bekas bersama kicap pekat, serbuk ketumbar,jintan manis dan jintan putih.
  3. Gaul rata, ketepikan dan perap 30 minit.
  4. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama serai hingga wangi.
  5. Masukkan pula bahan kisar, kacau seketika.
  6. Seterusnya masukkan pes cili, terus kacau lagi.
  7. Setelah pecah minyak, masukkan daging, dan terus didihkan hingga kering air daging.
  8. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa.
  9. Bila kuah pekat lengkapkan rasa dengan kerisik.
  10. Kecilkan api, kacau rata sehingga rendang garing.
  11. Setelah timbul minyak dan rendang bertukar warna merah kehitaman, angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF:

Untuk rasa rendang yang lebih sedap, 30 minit sebelum angkat,kecilkan api dan sentiasa kacau sehingga timbul minyak.

…..

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI