Jika anda memang penggemar pastri manis, inilah himpunan resipi yang sesuai untuk anda cuba. Memang memikat selera! Nak buat pun tidak renyah mana. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

1. WOOPY PIE

5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm mentega bergaram
  • 200gm gula perang
  • 1 biji telur gred A
  • 260gm tepung serbaguna
  • 60gm serbuk coklat
  • 1 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 250gm yogurt asli
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu air suam

BAHAN INTI:

  • 250gm krim keju
  • 1 cawan krim putar
  • 4 sudu besar gula kastor

CARA MEMBUAT:

  1. Pukul gula perang dengan mentega sehingga sebati dan campurkan dengan mentega dan esen vanila. Masukkan pula yogurt.
  2. Seterusnya masukkan semua bahan kering dan air suam dan pukul perlahan sehingga sebati.
  3. Masukkan adunan ke dalam beg paiping. Paipkan adunan (jangan terlalu kecil, jangan terlalu besar). Bakar selama 10 minit pada suhu 150C.
  4. Untuk membuat inti, pukul krim keju yang dikeluarkan terus dari chillerdengan gula kastor sehingga kembang. Gunakan kelajuan rendah. Masukkan krim putar  dan sebatikan.
  5. Kemudian paipkan inti di atas pai yang sudah disejukkan dan tindan satu lagi pai di atasnya.

INFO CHEF: Sebagai optional, anda boleh membuat inti dengan 1/2 cawan mentega kacang dicampur dengan 1/2 cawan krim keju

2. NUTELLA CHEESE TART

5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 260gm tepung
  • 250gm mentega asli
  • 70gm gula aising
  • 1 sdu teh garam

BAHAN TOPPING:

IKLAN
  • 226gm krim keju
  • 226gm krim putar
  • 2 sudu makan gula
  • 170gm nutella

CARA MEMBUAT:

  1. Sebatikan semua bahan tat dan ratakan atas acuan. Kemudian dibakar selama 25 minit pada suhu 150C.
  2. Untuk membuat toppingpula, pukul krim keju dan gula sehingga lembut. Masukkan pula krim putar dan nutella. Sebatikan.
  3. Tuangkan topping ke atas kulit tat yang sudah disejukkan sebelum dipotong.

INFO CHEF: Sebaiknya, simpan tat yang telah diratakan bahan topping dalam peti ais sebelum dipotong.

3. JAPANESE CREAMPUFF

5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

BAHAN-BAHAN (PASTRI):

  • 125gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100gm mentega
  • 3 biji telur

BAHAN PUFF CRUST:

  • 85gm tepung
  • 50gm gula
  • 65gm mentega
  • 1/2 biji kuning telur

BAHAN INTI:

IKLAN
  • 2 cawan susu penuh krim
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm mentega

CARA MEMBUAT:

  1. Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  2. Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
  3. Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
  4. Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
  5. Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
  6. Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.  

INFO CHEF: Pastikan pastri disejukkan sebelum dipaipkan inti.  

4. ECLAIRS WITH CHOCOLATE GANACHE

5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

BAHAN-BAHAN (PASTRI):

  • 125gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100gm mentega
  • 3 biji telur

BAHAN INTI:

  • 2 cawan susu penuh krim
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm mentega

BAHAN GANACHE:

IKLAN
  • 2/3 cawan cip coklat
  • 1/2 cawan krim putar

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.  
  2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
  3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
  5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
  6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.

INFO CHEF: Selain menggunakan ganache, anda juga boleh membuat fruit compote untuk diletakkan atas eclair.

5. FRAMBOZEN KENARI

5 Resipi Paling Best & Sedap Untuk Penggemar Pastri. Sesuai Sangat Buat Untuk Minum Petang.

BAHAN-BAHAN (SHORTBREAD):

  • 100gm mentega
  • 40gm gula kastor
  • 280gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm jem rasberi
  • 120gm emping badam

BAHAN MERINGUE:

  • 60gm putih telur
  • 30gm gula kastor
  • 60gm gula aising
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila

CARA MEMBUAT:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang kemudian masukkan tepung gandum. Kemudian tuangkan adunan ke atas loyang pembakar dan cucukkan dengan garfu. Bakar selama 40 minit selama 150C.
  2. Setelah adunan masak, ratakan jem rasberi di atasnya dan taburkan emping badam.
  3. Untuk membuat meringue, pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan gula. Kemudian masukkan pula tepung jagung dan esen vanila. Pukul lagi sehingga  ‘bertanduk’.
  4. Ratakan meringuedi atas sapuan jem atas adunan. Kemudian taburkan emping badam sekali lagi.
  5. Bakar sekali lagi selama 30 minit pada suhu 140C.

INFO CHEF: Untuk tekstur yang lebih rapuh, anda boleh mencampurkan sedikit serbuk kacang hazel ke dalam adunan frambozen.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI