Buat peminat sambal, pasti gembira dengan koleksi lima resipi sambal yang dikongsi cikgu Afy AL Habibi ini.
Cukup lengkap dengan rasa, pedas pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur dengan lima menu sambal ini.
Tapi jangan tak tahu, sambal pun kena simpan dengan cara yang betul juga agar dapat bertahan lama. Silap haribulan, boleh rosak pula.
Jom kita tengok resipi sambal yang ada. Ada lima sambal kesemuanya. Kepada peminat sambal, sila buat stok macam cikgu.
SAMBAL BELACAN MENYENGAT
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah + hijau – beli online di sini 3 sudu besar cuka – beli online di sini 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar gula Secubit dua ajinomoto Sedikit air masak *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong) *1/4 bawang Holland – beli online di sini *1 biji tomato saiz kecil *1 ulas bawang putih – beli online di sini *2 inci belacan – beli online di sini (bahan bertanda *dibakar atas pan terlebih dahulu)
Ads
CARA-CARA:
1.Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar. 2. Kemudian, tambahkan cuka, garam, gula, ajinomoto dan sedikit air masak (jangan letak banyak. Nanti cair sangat) * kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri* 3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis. Siap! Betul-betul sedap!
IBU SAMBAL KICAP MABELESS
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi hijau 8 ulas bawang putih 1/2 genggam kismis 3 sudu besar bawang goreng – beli online di sini Kicap (boleh guna apa jenama tapi saya guna Jalen lemak manis)
CARA-CARA:
1. Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama; goreng seketika cili padi dan bawang putih di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. 2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. 3. Tambahkan kicap. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 4. Saya tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, saya tambahkan kismis dan bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa. 6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu. 7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama: *masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.* *kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK
BAHAN-BAHAN:
20 batang cili merah – beli online di sini 1 genggam cili padi merah + hijau 1/2 biji bawang holland 2 biji bawang merah saiz bola pingpong 4 ulas bawang putih 2 biji tomato kecil 2 genggam kecil ikan bilis – beli online di sini 1 sudu kecil udang kering – beli online di sini 1/2 inci belacan
CARA-CARA:
1. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika. Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain. 2. Semua bahan yang sudah siap digoreng, disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan. *simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini* 3. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing. 4. Masukkan pula baki ikan bilis tadi. Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan. 5. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa. Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri. 6. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya. *Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama, letakkan dalam freezer. *Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller. Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan di luar peti. *Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*
AIR ASAM KETAGIH
*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu berbanding yang dulu* Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*. Nak makan baru letak.
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 biji bawang merah saiz bola ping pong 1 biji bawang besar Holland 1 biji tomato 3 ulas bawang putih 1 inci belacan *Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick. – beli online di sini *Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan; 5 biji limau kasturi – beli online di sini 2 biji limau nipis – beli online di sini *Perah jusnya. Asingkan biji 5 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili padi merah 1 1/2 gelas air asam jawa (Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air) * Ikut kepekatan yang diingini* 1 sudu besar garam bukit – beli online di sini 1/2 sudu besar gula perang – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Masukkan semua bahan di atas dalam pengisar. 2. Tambahkan sekali air asam jawa, garam bukit dan gula perang. Kemudian kisar selumatnya. 3. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti. 6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan; ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Atau nak tambah kerisik stail orang utara pun boleh. Sedia dihidangkan.
SAMBAL JANTAN POWER
BAHAN-BAHAN:
2 genggam cili padi merah 2 sudu besar gula 3/4 sudu kecil garam (atau masukkan sikit-sikit) Kuantiti rasa boleh ditambah @ dikurangkan mengikut citarasa sendiri. 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender *boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*
CARA-CARA:
1.Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan. 2. Makan dengan nasi bungkus ni terbaik sangat.
Sedar tak sedar, sudah 13 hari umat Islam menjalankan ibadah Ramadan. Sekejap sahaja dah nak masuk setengah bulan dan yang tentunya sibuk, pastinya kaum-kaum ibu. Setiap hari masak untuk sahur dan berbuka. Malah ada yang dah mula membuat biskut raya untuk Syawal nanti.
Hari ini Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersama Datuk Chef Wan bersiaran lagi bersama tetamu undangan iaitu Mamak Puteh.
Pandai melawak dan berlakon, tapi adakah Mamak Puteh pun handal di dapur? Menu nostalgia yang dikongsi hari ni bukan caang-calang tau. Kari Ikan Yu dan juga Kuih Sagu Kelapa Parut. Memang membuka selera. Malah Kari Ikan Yu itu sendiri merupakan satu hidangan yang unik. Jarang boleh jumpa menu ni dijual di kedai tau.
Nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Berikut dikongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1. KARI IKAN YU
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan yu | dibersihkan & potong kecil
6 sudu besar minyak masak
2-3 sudu makan pes cili
2-3 biji bawnag merah besar | hiris
1 sudu besar biji sawi
1/2 sudu teh biji halba
2 tangkai daun kari
6 sudu besar serbuk kari dicampurkan dengan 8 sudu besar air
500ml santan
2 sudu besar air asam jawa
2 biji terung | dipotong serong
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
5 batang bendi
Garam
Tomato
Lemon
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan daun kari, halba, biji sawi dan bawang hiris sehingga garing.
2. Masukkan bahan kisar dan pes cili. Tumis hingga pecah garing.
3. Kemudian masukkan pes kari. Masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa sedikit demi sedikit. Masukkan juga terung bendi dan tomato.
5. Masukkan santan, garam, air dan garam secukup rasa. Biarkan ianya mendidih dahulu.
6. Seterusnya ikan yu dan perahkan sedikit jus lemon.
7. Masukkan cili merah dan cili hijau. Biarkan hingga mendidih.
8. Sedia untuk dihidangkan.
2. KUIH SAGU KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan air
1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
Beberapa titik sirap perisa ros/pewarna merah
Kelapa putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, sagu dan sedikit pewarna ros/merah ke dalam periuk.
2. Masak dan sentiasa kacau sehingga warna putih sagu hilang.
3. Kemudian toskan sagu tersebut. Letak sagu dalam bekas bersesuaian dan biarkan sagu sejuk sebentar.
4. Dalam bekas berasingan, gaulkan kelapa putih bersama dengan sedikit garam.
5. Akhir sekali, ambil kepingan sagu dan salutkan dengan kelapa putih tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Jangan lupa saksikan rancangan terbaru Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini. Menampilkan chef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan sebagai hos, beliau akan bergandingan bersama selebriti jemputan popular tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia mereka..
Nak tahu siapa tetamunya? Kenalah tunggu dan tonton Rasa Nostalgia Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 5 petang di saluran Astro Prima & Prima HD (105 & 125).
Kuah rojak buah homemade by Cik Pooja ini simple je nak buat tapi sedap tak terkata. Bahkan, nak buat jualan pun boleh sangat.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Cik Pooja ni ye. Ramai yang dah cuba mengakui kesedapan kuah rojak buah buatannya ini. Selain dimakan dengan pelbagai jenis buah-buahan, boleh juga dimakan dengan cekodok pun boleh.
Kuah Rojak Homemade By Cik Pooja
Bahan-bahan: 3-5 tangkai cili kering (dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap dengan air panas, dalam 5 minit.Toskan) – boleh beli online di sini Sedikit belacan (cik Pooja guna belacan Melaka. Ini optinal) – boleh beli online di sini
Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar kasar –boleh beli online di sini 2 sudu besar bijan
Cara Memasaknya:
Cili, belacan dan secawan air disatukan dan dikisar sampai halus. Kemudian masukkan dalam kuali.
Gula merah dibancuh dengan secawan air dan ditapis (masukkan dalam kuali) Masukkan gula pasir dan tambah kicap dan sos cili.Masak dulu semua bahan tadi smpai mendidih. Jaga-jaga sebab dia cepat meruap Kena sentiasa kacau ye.
Bila kuah dah mendidih, masukkan garam secukupnya supaya seimbang rasanya.
Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung tadi dan kacau sebati. Waktu ini kena sentiasa kacau dan kena guna api perlahan ye.
Masak sampai kuahnya agak pekat barulah masukkan bijan dan kacang tanah yang dikisar. Tinggalkan sedikit kacang kisar dan tabur di atas rojak bila nak makan nanti. Masak lagi sampai pekat hitam memikat. Siap!
Pernah cuba rasa IkanRebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa.
3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.
4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng.
5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.