Bila tiba hari raya, selain ketupat, lemang dan rendang, sajian nasi adalah antara hidangan popular yang wajib ada di rumah. Bagi yang belum ada menu apa nak dimasak di pagi Syawal nanti, koleksi resipi set nasi yang lengkap dengan lauk ni pasti boleh membantu. Selamat mencuba!

 

1. SET NASI LOBAK MERAH & AYAM OPOR

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

 

NASI LOBAK MERAH

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 500gm beras basmati | direndam air suam dan tos
  • 600ml air
  • 5 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 2cm halia | dihiris halus
  • 1 batang lobak merah| disagat halus
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • 3 sudu makan kismis
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 2 sudu makan majerin
  • 4 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng untuk hiasan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan majerin di dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia sehingga keperang-perangan.
  2. Kemudian, masukkan rempah kurma, serbuk pati ayam dan air. kacau dan biarkan mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuangkan beras, lobak merah, daun pandan dan kismis. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
  4. Setelah nasi kering, padamkan api dan terus dihidangkan panas. taburkan bawang goreng sebagai hiasan.

Info Chef: Kawal api sebaiknya supaya nasi tidak hangit dan tidak terlalu banyak kerak.

 

AYAM OPOR 

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil, perap dengan serbuk kunyit dan garam
  • 2 biji bawang besar | dikisar halus menjadi pes
  • 3 ulas bawang putih | dikisar halus menjadi pes
  • 2cm halia | dikisar halus menjadi pes
  • 2cm lengkuas | dikisar halus menjadi pes
  • 7 biji cili padi | dikisar halus menjadi pes
  • 3 biji cili hijau | dikisar halus menjadi pes
  • 1 biji tomato | dikisar halus menjadi pes
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 300ml santan
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar, rempah kurma dan pati ayam. tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan serai, ayam dan santan. Tambahkan air jika perlu. Didih dan reneh sehingga ayam masak sempurna.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika.
  5. Hidangkan opor ayam bersama nasi lobak merah yang telah siap dimasak.

Info Chef: Tambahkan kentang atau tomato yang dipotong kecil untuk menambah kuantiti lauk.

 

Ads

2. SET NASI HALBA & RENDANG AYAM

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

 

NASI HALBA

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 500gm beras basmati| direndam air suam dan tos
  • 600ml air
  • 2 biji bawang besar | dimayang halus
  • 2cm halia | dimayang halus
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan biji halba
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tuangkan air ke dalam periuk elektrik. Nyalakan suis dan biarkan air menggelegak.
  2. Setelah itu, tuang semua bahan ke dalamnya. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup periuk nasi.
  3. Tanak nasi sehingga masak dan kering. Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.

Info Chef: Minyak masih digunakan walaupun tiada kaedah menumis. ia membantu agar nasi cantik dan berderai.

 

RENDANG AYAM OPAH

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam kampung | dipotong kecil dan perap dengan serbuk kunyit dan garam
  • 1/2 biji kelapa parut | disangai sehingga keperang-perangan
  • 2 biji bawang besar | dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering  | dikisar halus
  • 2cm halia | dikisar halus
  • 2 batang serai | dikisar halus
  • 300ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit | dimayang halus
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Tuangkan sedikit air dan masukkan ayam. Biarkan mendidih.
  3. Setelah itu, tuangkan santan, kelapa parut sangai dan daun kunyit, Kacau sebati.
  4. Perlahankan api dan reneh ayam sehingga empuk dan masak sempurna. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masak sehingga kuah pekat dan kering.
  6. Hidangkan rendang ayam bersama nasi halba yang telah siap dimasak.

Info Chef: Ayam kampung atau ayam tua akan menjadikan kuah rendang lebih enak. Isinya pula lebih pejal.

 

3. SET NASI DAGING & DAGING REBUS AIR ASAM

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

 

NASI DAGING

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 500gm beras basmati | direndam air suam bersama sedikit serbuk kunyit dan tos.

BAHAN DAGING ( Rebus hingga empuk. Air rebusan digunakan untuk tanak nasi. Ketepikan daging batang pinang.):

  • 1kg daging batang pinang
  • 200gm hirisan daging
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1cm halia
  • 1 helai daun pandan
  • 2 helai daun salam
  • 1 liter air
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1cm halia | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah kari

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk yang sesuai. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan hiris, rempah kurma dan rempah kari. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Seterusnya, tuangkan air rebusan daging. Biarkan ia mendidih.
  4. Setelah itu, tuangkan beras dan tanak sehingga masak dan kering.
  5. Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.

Info Chef: Daging batang pinang direbus bersama supaya dapat meresap rasa rempah. Gunakan untuk lauknya.

 

DAGING REBUS AIR ASAM

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging batang pinang yang telah direbus | dihiris nipis-nipis
  • 1 biji tomato | dikisar halus tanpa air
  • 1 biji bawang besar  | dikisar halus tanpa air
  • 3 ulas bawang putih | dikisar halus tanpa air
  • 3 biji cili merah  | dikisar halus tanpa air
  • 3 biji cili api  | dikisar halus tanpa air
  • 1 sudu makan perahan limau
  • 1 sudu makan cuka
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam sebuah mangkuk dan perasakan dengan garam, gula, cuka dan perahan limau secukup rasa.
  2. Hidangkan bersama hirisan daging batang pinang.

Info Chef: Simpan daging di dalam bekas beerpenutup atau balut dengan pembalut supaya daging tidak hilang kelembapannya.

Ads

 

4. SET NASI TOMATO & SAMBAL AYAM

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

 

NASI TOMATO

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmati | direndam air suam
  • 600ml air
  • 1 biji bawang besar | dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1cm halia  | dikisar halus tanpa air
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 150ml puri tomato
  • 2 sudu makan pati oren sanquick
  • 100ml susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Bawang goreng sebagai hiasan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk yang sesuai. Tumis rempah empat sekawan  sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan hiris dan tumis lagi. Masukkan juga pati ayam, rempah kurma dan rempah kari. Kacau sebati.
  3. Setelah itu, tuangkan air, susu cair, puri tomato, pati oren dan daun pandan. Biarkan mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuangkan beras dan kacau rata.
  5. Tanak nasi sehingga masak dan kering. Gembur-gemburkan sebelum dihidangkan.

Info Chef: Pati oren ditambah ke dalam masakan untuk memberi rasa masam manis yang seimbang selain rasa asli tomato.

 

SAMBAL AYAM

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil dan goreng separuh masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 biji bawang besar | dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih |dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering  | dikisar halus
  • 100ml puri tomato
  • 100ml sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Kacang hijau untuk hiasan secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panasakan minyak di dalam kuali. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Kemudian, tuang bahan kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.
  3. Seterusnya, masukkan puri tomato dan sos cili. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak dan kacau mesra. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali, taburkan kacang hijau dan hidangkan sambal ayam bersama nasi tomato yang telah disediakan.

Info Chef: Gunakan garam dan gula mengikut kesesuaian rasa kerana puri tomato dan sos cili sudah mendatangkan rasa yang hampir lengkap.

Ads

 

5. SET NASI PELANGI & KURMA TELUR

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

 

NASI PELANGI

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm beras basmati | direndam air suam dan tos
  • 600ml air
  • 1 biji bawang besar | dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 2cm halia | dikisar halus
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Masukkan juga rempah kurma dan pati ayam. Kacau mesra.
  3. Tuangkan air dan masukkan daun pandan. Biarkan mendidih.
  4. Perasakan dengan garam dan tuangkan beras. Tanak sehingga masak dan kering. Titiskan sedikit pewarna merah, hijau dan kunig, lalu gembur-gemburkan.
  5. Tutup semula periuk untuk seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Info Chef: Gemburkan nasi perlahan-lahan supaya tidak hancur. Campurkan pewarna dengan air suam lalu direnjis ke atas nasi supaya warna lebih seragam.

 

KURMA TELUR

5 Resipi Set Nasi Bersama Lauk Yang Sesuai Dijadikan Juadah Pagi Raya

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji telur
  • 2 biji kentang | dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar }
  • 3 ulas bawang putih }
  • 2cm halia }
  • 2sm lengkuas } dikisar halus menjadi pes
  • 7 biji cili padi }
  • 3 biji cili hijau }
  • 1 biji tomato }
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 300ml santan
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah empat sekawan sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bahan kisar, rempah kurma dan pati ayam. tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan serai, kentang dan santan. Tambahkan air jika perlu. Didih dan reneh sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan telur dan reneh dengan api perlahan sehingga masak. Kacau setelah telur membeku.
  5. Hidangkan kurma telur bersama nasi pelangi yang telah siap dimasak.

Info Chef: Jika tidak mahir dengan kaedah ini, rebus telur terlebih dahulu supaya hasil masakan lebih cantik dan menyelerakan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI