Roti, kalau makan panas-panas, memang sedap. Ada pulak air kopi memang layan. Masalahnya susah nak dapat roti panas, kecuali buat sendiri. Kalau nak buat sendiri takda masalah sebab Puan Sharifah bermurah hati share lima resipi roti yang jadi pilihan ramai pelanggannya dengan anda semua.
Apa tunggu lagi cuti hujung minggu ni, kita buat roti sebagai hidangan minum petang keluarga atau sebagai bekal keluar berkelah dengan bersama.
BAN OREO CRUMBLE
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 25gm mentega
- 100gm tepung gandum
- 20gm gula kasar
- 30gm Oreo
- *Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti. Tabur di atas doh sebelum bakar.
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
- Tabur campuran crumble oreo tadi di bahagian atas doh roti.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
BUN CHICKEN FLOSS
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- Chicken floss (serunding ayam) secukupnya
- Sos cili secukupnya
- Mayones secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
- Bahagikan doh kepada 60gram setiap satu. Bentukkan doh bujur memanjang dan letak di dalam acuan kertas. Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda.
- Bakar doh terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan paip sos cili dan mayones pada permukaan atas roti. Akhir sekali tabur ‘chicken floss’.
- Sedia untuk dinikmati.
BUN TUNA
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 1 tin tuna
- Cili merah dan daun bawang secukupnya | racik halus
- Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat topping; hancurkan tuna dan masukkan cili merah dan daun bawang yang telah diracik. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk membuat doh; satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Timbang doh kepada 55gm setiap satu dan bulatkan doh. Bentukkan doh menjadi segi tiga.
- Sapukan topping di bahagian atasnya. Biarkan doh naik dua kali ganda. Satukan susu cair pada bahagian atas topping tuna tadi.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
BUN VANILLA CRUMBLE
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- Secubit garam
BAHAN B (TOPPING):
- 50gm mentega
- 100gm tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
- 30gm gula pasir
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 55gm setiap satu dan letakkan di dalam acuan kertas. Biar doh naik dua kali ganda.
- Tabur campuran crumble vanilla tadi di bahagian atas doh roti.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
BUN PANDAN
BAHAN A:
- 500gm tepung high protein
- 80gm gula
- 30gm susu tepung
- 1 sudu teh bread improver
- 1 sudu teh bread softener
- 11gm yis
- 1 biji kuning telur
- 150gm air
- 100gm ais
- 60gm marjerin
- 2 sudu makan pes pandan
- Secubit garam
- Sedikit susu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam penguli dan uli selama 30 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan dan bentukkan doh kepada 60gram setiap satu dan bulatkan doh. Rehatkan doh yang dibulatkan sehingga kembang dua kali ganda.
- Sapukan permukaan doh dengan susu cair.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.