5 Sajian Cina Lazat dan Popular di Tahun Baru Cina

Share

Setiap kali menjelang Tahun Baru Cina , tentulah macam-macam sajian Cina memikat selera. Resipinya mudah dan ringkas, dan yang min perhatikan mereka amat menjaga kesegaran bahan ramuan dan tidak terlebih masak.

Kalau lauk sayuran masih hijau lagi warnanya dan kalau ikan atau makanan laut rupa dan rasa amat berjus sekali. Jom kita cuba 5 sajian ini seperti yang dikongsikan dari restoran Cina Muslim ,Restoran Haslinda Sim.

1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ikan siakapBahan untuk di kisar:
  • 100 gm bawang putih
  • 100 gm bawang besar
  • 50 gm serai
  • 100 gm lada merah
  • 150 gm cili boh
  • 5 keping asam keping
  • 50 gm asam Jawa
  • 50 gm air limau nipis
  • Garam secukup rasa

Bahan dibawah ikut citarasa(dipotong kasar dan digoreng):

  • Kacang panjang
  • Kacang bendi
  • Tomato
  • Bawang Besar
  • Lada Merah

CARA MEMASAK:

1. Ikan dikukus, tumis bahan-bahan yang dikisar tadi menjadi kuning
2. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
3.Campur sedikit air jika rasa agak kering.
4. Masukkan Ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
5. Siap untuk dihidangkan.

2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)

BAHAN-BAHAN :

  • 100 gm bawang putih
  • 100 gm lada merah
  • 50 gm cili kering
  • 50 gm serai
  • 50 gm belacan
  • 50 gm udang kering
    * Bahan di atas dikisar satu persatu
  • 2 ekor udang galah
  • 50gm cili boh
  • 250ml susu cair
  • Beberapa helai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak

Cara Memasak:

1. Udang Galah yang sudah dicuci bersih dan dibuang usus di belakang, digoreng separuh masak
2. Pijarkan minyak masak. Bahan-bahan yang di kisar satu persatu ditumis hingga kuning
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang digoreng
4. Masak hingga sebati dan naik minyak.
5. Siap untuk dihidangkan.

3. AYAM MASAK PORTUGIS

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm daging ayam | digoreng separuh masak
  • 15gm lada hitam
  • 50 gm majerin
  • 100gm sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu cair

CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan Lada hitam, sos cili, gula hingga wangi
3 .Masukkan ayam gaul hingga sebati
4. Masukkan susu cair, masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan

4. PUMPKIN BEANCURD

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang tauhu jepun
  • ¼ labu kuning
  • ½ paket cendawan putih Shimeji
  • 200gm brokoli
  • 1 ulas bawang putih
  • Minyak untuk mengoreng
  • Sedikit stok ayam secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak goreng sehingga kuning
Cara memasak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinyanya menggunakan sudu dan buang kulitnya
Isi labu dikisar halus.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kuning
6. Masukkan labu yang dikisar tadi kacau mengikut suka pekat atau cair.
7. Sambil dikacau masukkan garam dan stok ayam cukup rasa.
Cara menyediakan brokoli :
8. Rebus brocoli dengan sedikit minyak.
9. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
10. Letakkan tahu ditengah pinggan kemudian
11. Siramkan dengan sos labu tadi.
12. Siap untuk dihidangkan.

5. DUA KOMBINASI KAILAN

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm sayur kailan
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan sos tiram

CARA MEMASAKNYA:

1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dalam minyak penuh dan ditoskan agar nampak garing.
3. Tumiskan bawang putih dan kemudian gorengkan batang kailan. Masukkan garam usah terlalu banyak diikuti sos tiram *sos tiram juga memberi rasa masin
4. Kemudian taburkan daun sayur kalian yang digoreng garing tadi, ke atas batang sayur kailan.
5. Siap untuk dihidangkan

Resipi : Bohari Rahmat, Restoran Haslinda Sim,Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, Bandar Baru Bangi, Selangor

Published by
Faridah Talib