5 Tahun Bisnes Pulut Kuning, Surirumah Ini Kongsi Tip Pulut Kuning Tidak Lembik dan Cantik Berkilat

Share

Buat pulut kuning kukus ni, ada ketikanya jadi lembik. Ada juga yang pernah mengakui pulut jadi keras.

Justeru, majalah RASA kongsikan di sini petua daripada seorang surirumah yang juga peniaga katering kecil-kecilan dari rumah.

Lyn Love, kerap mengambil tempahan makanan daripada penduduk sekitar Shah Alam. Antara menu terlaris yang mendapat tempahan adalah pulut kuning yang dimakan dengan pelbagai menu sampingan. Misalnya rendang ayam, kari telur, kari ayam mahupun gulai daging.

Nah, RASA berikan tip supaya pulut kuning anda tidak lagi lembik mahupun keras. Namun cantik berkilat dan sedap teksturnya.

TIP PULUT KUNING TAK LEMBIK DAN CANTIK BERKILAT

1. Rendam beras pulut selama lima jam.
2. Ketika rendam beras pulut itu, masukkan dua atau tiga keping asam keping.
3. Untuk pulut cantik berkilat, kukus beras pulut selama 45 minit.
4. Sambil kukus beras pulut, masak santan sehingga mendidih dengan api perlahan.
5. Selepas beras pulut siap dikukus, gaul santan yang telah siap dimasak.
6. Selepas digaul, biarkan seketika selama 10 minit.
7. Kukus sekali lagi pulut itu selama 10 minit.
8. Lihatlah hasilnya.

Kata Lyn Love, “Saya tidak pernah masuk apa-apa kelas untuk memasak pulut kuning ataupun kelas membuat bisnes menjual pulut kuning. Semuanya hasil belajar sendiri dan minat memasak. Try and error, sampailah masakan tu benar-benar menjadi. Alhamdulillah, sudah lebih lima tahun saya buat bisnes pulut kuning.”

Lyn Love mengambil tempahan pulut kuning di sekitar Shah Alam. Terdapat pelbagai pakej pulut kuning yang dibuat.

Pulut kuning saiz mini.
Menu yang mendapat sambutan. Pulut kuning dan rendang ayam. Single pack.
Pulut berhias. Untuk meraikan insan istimewa.
Menu pulut kuning versi bajet.
Pulut kuning 1 kg dan rendang ayam seekor. Sesuai untuk majlis.
Pulut kuning enak dimakan bersama rendang ayam dan telur rebus.
Sebarang tempahan boleh hubungi Lyn Love.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Lyn Love 

Published by
Maryam Elyas