Buat penkek bahannya ringkas sahaja. Tepung, serbuk penaik, gula,garam adalah bahan keringnya manakala susu cair, telur dan mentega adalah bahan basahnya. Esen vanilla menambah lagi perisa. Penkek yang sedap tentulah yang gebu dan lembut, dan apabila dimakan terasa macam mencair di mulut. Tetapi mengapa bahan dan resipi yang sama, tetapi apabila dibuat kadang-kadang menjadi kenyal dan nampak macam bantat aje. Mesti ada silap di mana-mana masa membuatnya. Jom ikuti 5 tip agar penkek anda gebu dan lembut hinggakan berebut anak-anak nak makan dek keenakannya.
1. JANGAN TERLEBIH ADUN (GAUL) BATTER
Terlebih mengadun atau terlebih menggaul campuran batter akan menyebabkan ia menjadi liat. Berhenti mengadun atau menggaul batter apabila ketulan tepung sudah mengecil atau hanya ketulan kecil sahaja kelihatan. Bunyinya macam pelik sedikit ya sebab biasanya hingga segala gumpalan dan ketulan tiada lagi.
2. BIARKAN BATTER REHAT SEKETIKA.
Ads
Ketepikan batter untuk sekurangnya 15- 30 minit. Ini akan membenarkan bahan ramuan basah meresap sebati ke dalam tepung untuk teksur batter yang lebih baik.
3. ASINGKAN DAN PUKUL PUTIH TELUR
Langkah ini akan membuat penkek anda menjadi lebih gebu. Asingkan putih telur dan pukul hingga ia menjadi bertanduk dan ketepikan, biarkan seketika. Kemudian masukkan kuning telur kepada bahan basah dan setelah disatukan dengan bahan kering biarkan ia seketika tanpa putih telur. Sejurus sebelum masak, masukkan putih telur ke dalam batter. Hanya dibalik-balikkan dengan ringan dan jangan biarkan ia terlalu sebati dengan meninggalkan sedikit gumpalan putih telur di atasnya (lihat dalam gambar).
Ads
4. TUNGGU SEHINGGA GELEMBUNG KECIL KELIHATAN
Jangan dibalikkan penkek selagi tidak terbentuk gelembung kecil di tengah.
Ads
5. DIBALIKKAN HANYA SEKALI.
Penkek hanya dibalikkan sekali sahaja,ya. Ingat sekali sahaja. Bila sudah kuning keemasan baru lah diangkat untuk hidangan. – FARIDAH TALIB
Nak buat kuih seri muka sebenarnya senang. Tapi nak dapatkan kuih seri muka yang cantik dan sedap tu agak mencabar. Kali ini rasa kongsikan resipi kuih seri muka daripada seorang guru di Batu Pahat yang membuat seri muka dengan cara mudah tapi tetap sedap. Melalui facebook, Izwahani Zainal berkongsi resipi yang dia amalkan.
KUIH SERI MUKA
.
BAHAN PULUT
2 cawan beras pulut (direndam 2 jam)
200 ml santan
1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
CARA MEMBUAT PULUT
1. Gaul semua bahan.
2. Kukus sehingga masak.
3. Setelaps masak, masukkan ke dalam bekas loyang. Tekan pulut dalam loyang sehingga mampat.
4. Jangan lupa alas loyang dengan plastik supaya senang nak potong. Nak basuh loyang pun senang.
BAHAN LAPISAN ATAS
2 biji telur ayam kacau je sebati
3/4 cawan gula pasir
400 ml santan
5 helai daun pandan (kisar dengan 1/2 cawan air, tapis amik jus sahaja)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Esen hijau
CARA MEMBUAT LAPISAN ATAS
1. Pecahkan telur ayam. Masukkan dalam bekas gula. Kacau sebati.
2. Masukkan santan, jus daun pandan, tepung gandum, garam dan esen hijau.
3. Kacau semua sehingga sebati.
4. Selepas masak, tapiskan. Kemudian tuang atas lapisan pulut tadi.
4. Kukus dengan api sederhana sehingga masak.
Korang! Ada tak rasa nak shoping online? Cubalah tengok link kat sini. Macam banyak je barang-barang yang best. Manalah tahu nak beli periuk atau kuali baru. Kan? Jom, shoping kat link di bawah ni.
Selama ni ada jer dikalangan kita yang tak ambil tahu pasal jenis-jenis tepung untuk buat kuih, ada yang pakai hentam jer janji tepungnya ada nama. Kalau yang profesional tak payah cakap la kan gerenti tau tepung ape nak guna untuk buat setiap jenis-jenis kuih-muih. Tapi kebanyakkannya ada sesetengah orang buat kuih ke tempeyek ke kadang tak jadi, nah kami bagi tips memilih tepung beras yg sesuai.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek…keladi..cempedak…adunan gorengan ikan…seperti goreng mamak..goreng berempah…tepung ini sangat ranggup sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall
2.TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci…kuih apam beras eno…dan pelbagai lagi jenis kuih
ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat.
3.TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH:
sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee sebab ia lebih kental
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Kong resipi: fb Cik Amy via (MAHN)
3 Resipi Berasaskan Tepung Beras Yang Wajib Buat.
PULUT PAGI
BAHAN-BAHAN:
600gm beras pulut
1 keping gula melaka
1 cawan air
100gm gula
1 sudu makan air kapur
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut putih | digaul dengan 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Bersihkan beras pulut dan rendam selama 1 jam.
Masukkan gula melaka, gula, air dan daun pandan ke dalam periuk. MAsak hingga semua bahan larut dan sedikit pekat. Angkat dan tapis.
Kemudian masukkan air kapur ke dalam bancuhan gula tadi. Kacau rata.
Kukus beras pulut sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas besar.
Siram air gula melaka yang dimasak tadi. Gaul hingga semua bahagian pulut rata dan berwarna coklat.
Kukus pulut tadi sekali lagi sehingga naik wap. Anggaran masa lebih kurang 15 minit.
Keluarkan pulut dan gaul menggunakan sudip kayu hingga nampak berkilat dan sebati.
Sendukkan pulut dan letakkan sedikit kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Hidangan ini popular di negeri Kelantan dan biasanya dinikmati pada waktu pagi.
Waktu memasak: 30 minit / Cara memasak : Kukus
SAGU GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN SAGU:
200gm biji sagu halus
3 liter air
Sedikit pewarna merah, dan hijau
BAHAN SANTAN :
100ml santan kotak
100ml air
1 sudu teh tepung beras
¼ sudu teh garam
BAHAN SIRAP GULA MELAKA :
150 gm gula melaka
50 ml air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Siram sagu dengan air kemudian toskan dan bahagi dua bahagian.
Bahagikan air kepada dua bahagian, didihkan air dalam periuk berasingan.
Satu warna hijau dan satu bahagian lagi warna merah.
Setelah mendidih, masukkan satu, kacau hingga pekat.
Tutup api, tuang dalam bekas dan sejukkan.
Lakukan cara yang sama untuk satu warna lagi.
Satukan semua bahan santan, masak hingga agak pekat. Ketepikan.
Satukan semua bahan sirap. Masak hingga mendidih. Angkat dan sejukkan.
Keluarkan sagu dari bekas, masukkan dalam kotak daun yang telah disediakan.
Hidangkan bersama santan dan sirap gula Melaka.
INFO CHEF: Hidangan ini lebih sedap dihidangkan sejuk. Oleh itu simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Masa Memasak: 30 minit. / Cara Memasak: Rebus & reneh.
THAI COCONUT PUDDING
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN BAWAH :
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan kelapa kering
1/2sudu teh garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
1 cawan santan kotak
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
BAHAN HIASAN :
Daun bawang | hiris halus
Bawang goreng
CARA MEMASAK :
Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Ketepikan.
Satukan semua lapisan atas, ketepikan.
Gris acuan kuih cara dengan minyak masak. Panaskan sebentar.
Kacau lapisan bawah dan tuang satu senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.
Biarkan seketika hingga bahagian bawah berlekuk.
Masukkan satu sudu kecil adunan atas. Tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.
Kecilkan api dan masak sehingga bahagian tepi keperangan. Angkat menggunakan chopstick atau sudu.
INFO CHEF: Selain menggunakan acuan kuih cara atau tako, puding ini diisi dalam loyang dan dibakar macam kuih bakar biasa.
Masa Memasak: 40 minit. / Cara Memasak: Bakar
Nah step by step cara nak buat laksa. Lepas ni guna tepung beras yang sesuai pasti menjadi! Terbaik…
Saiznya yang comel dan berwarna warni memang menarik perhatian. Apam comel ini lebih sedap kerana mempunyai filling dan bentuknya pun kecil sebesar ibu jari buat ketagih nak makan.Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 50 biji.Jangan biarkan adunan ini terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras. Ramai juga menjana pendapatan dengan berniaga apam ni, bolehlah cuba nanti.
Apam comel ( polkadot) Bahan-bahan: 4 biji telur gred A (dari peti sejuk) 280 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair (dari peti sejuk) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla pewarna filling blueberry/ strawberry Paper cup
Cara membuat: 1.Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat kalau dicedok seperti bertanduk. 2. Ayak tepung bersama baking powder. 3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu, (tepung + susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati. 4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna. 5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 6. Masukkan paper cup ke dalam acuan lompang. 7.Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 8.Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yang disukai pakai warna yang berbeza. 9. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul-betul mendidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.( Jika api besar apam akan merekah)