Pencinta kopi pasti merasakan harinya belum lengkap tanpa meneguk secawan kopi. Malah ada yang mengatakan dengan secawan kopi ia boleh memberikan tenaga dan mood bekerja seseorang. Untuk memenuhi keperluan kopi, penggemar kopi pastinya mempunyai simpanan kopi di dapur. Malangnya kerap kali timbul kopi yang disimpan menjadi keras dan tidak sedap lagi bila dibancuh.
Tahukan anda sebenarnya kopi boleh tahan lama, jika disimpan dengan cara yang betul. Nak tahu bagaimana cara? Ini dia tipnya:
Simpan Dalam Bekas Kedap Udara
Ini wajib anda lakukan kerana kepantangan kopi adalah terdedah pada udara. Selepas membeli serbuk atau biji kopi, segera simpan di dalam bekas kedap udara seperti dalam botol yang bertutup rapat. Selepas guna juga hendaklah tutup rapat penutupnya.
Beli Ikut Keperluan
Cuba beli kopi ikut keperluan, sebaiknya simpan stok kopi tidak lebih dari dua minggu, jika terlalu lama disimpan dibimbangi kualiti rasa dan aromanya semakin berkurangan.
Simpan Kopi Pada Suhu Bilik
Kopi sangat sensitif pada sinar matahari dan tempat yang panas. Paling selamat simpan kopi di dapur dengan suhu bilik yang normal dan kurangkan pendedahan cahaya matahari.
Elak Simpan Bersama Makanan Yang Kuat Bau.
Sifat kopi adalah menyerap bau, oleh itu elakkan menyimpan kopi bersama dengan rak rempah ratus atau dalam peti sejuk kerana ia akan menyerap bau.
Pilih Biji Kopi Bukan Serbuk Kopi
Untuk simpanan lebih lama, lebih baik anda membeli kopi dalam bentuk biji bukan serbuk. Biji kopi tahan lebih kurang dua bulan jika dibandingkan dengan serbuk. Malah aroma dan kualitinya juga lebih terjamin. Oleh itu kisar biji kopi bila ingin meminumnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI