5 Tip Pilih Ayam Segar, Tarik Kepak Ayam Pun Dah Boleh Tahu Ayam Baru Atau Lama

Share

Kita rasa dah pilih betul-betul waktu nak beli ayam di pasar, tapi bila balik dan potong nampak sangat ayam mentah tak segar. Supaya tak terkena lagi situasi ini memang wajib untuk kita tahu cara memilih ayam segar.

Dikongsi oleh seorang dietitian di sebuah hospital beliau menyenaraikan lima ciri yang perlu diperhati ketika membeli ayam yang segar. Tip ini katanya diturunkan daripada seorang chef yang mengendali dapur di hospital tempat beliau bekerja.

5 tip pilih ayam segar

1. Warna ayam

Ayam yang kulitnya berwarna putih kemerah-merahan adalah ayam yang segar. Jika ayam itu pucat, kebiru-biruan, ayam itu biasanya telah diletakkan formalin dan di sejuk bekukan.

2. Tekstur ayam

Ayam yang segar, apabila ditarik kepaknya ke belakang akan kembali ke posisi asal. Tetapi jika ia tidak segar, kepaknya akan terkulai layu di tasik madu pastinya.

Isi yang segar apabila ditekan terasa empuk akan kembali ke bentuk asal tetapi sekiranya ditekan ia tenggelam, ayam itu ayam lama.

Ayam yang kenyal biasanya diletakkan formalin. Manakala ayam yang kelihatan bengkak biasanya telah disuntik.

3. Darah ayam

Apabila ayam yang dibeli kelihatan mempunyai banyak darahnya atau cecair berdarah. Biasanya ia adalah ayam yang telah dibekukan dan dicairkan semula. Ayam segar tidak mempunyai air berdarah yang banyak.

4. Bau ayam

Ayam yang segar tidak akan mempunyai bau yang busuk atau hanyir. Elakkan membeli ayam yang berbau hanyir.

5. Lalat

Sekiranya ada lalat yang mengurung atau hinggap pada ayam, biasanya ayam ini tidak lagi segar. Berpindah ke penjual yang lain dan elakkan membeli pada penjual yang dihurung lalat.

Selamat membeli ayam segar.

Sumber: Rahsia Rumah Tangga

 

Published by
Rose