Min cukup tertarik dengan resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm coklat masakan
6 biji telur ayam | pukul sedikit
80gm serbuk koko
350gm gula perang
2 sudu teh esen vanila
100gm tepung gandum | diayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
10minit dan dicincang
Ads
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
Ads
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Ads
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Kredit : amierul syafique
FB : Sedapnya Resepi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kambing beriani biasanya kita makan waktu kenduri atau musim perayaan sahaja. Paling tidak pun sebulan sekali kita makan di kedai dan restoran. Tetapi apa kata, buat sendiri dan nikmati bersama keluarga di hujung minggu. Kalau sekali buat kurang menjadi, kita cuba lagi. ‘Kata orang practise makes perfect. ‘
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg kambing | potong dan direbus sekejap di dalam air yang sedang mendidih. Angkat dan toskan.
5 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan madu
1 sudu makan gajus yang sudah ditumbuk
4 sudu makan minyak sapi (untuk menumis)
Setengah cawan tairu (susu cair yang dibancuh dengan air perahan limau nipis)
Sedikit daun pudina
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
BAHAN PERAPAN:
4 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai | dihiris nipis
1/2 inci lengkuas
1inci halia
BAHAN UNTUK DIGORENG (SEPERTI MEMBUAT BAWANG GORENG):
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
Sedikit gajus
CARA MEMASAK:
Perapkan daging dengan bahan perapan yang sudah dikisar. Biarkan dalam sejam.
Panaskan minyak sapi di dalam periuk sederhana besar. Masukkan rempah beriani. Kacau jangan sampai hangus.
Masukkan daging kambing yang sudah diperap tadi.
Masukkan susu cair, tomato puri, madu, tairu dan gajus yang sudah ditumbuk.
Biarkan daging masak dengan api sederhana. Masukkan air sedikit jika rempah terlalu kering.
Apabila daging sudah empuk, masukkan bawang –bawang yang sudah digoreng dan daun pudina, daun bawang dan daun sup. Kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 20 minit Jenis hidangan:Ala Mamak Keistimewaan: Rasa dan aroma pelbagai herba Itali yang sedap Jenis masakan:Lauk pauk Anggaran kos:RM25
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 paket mi segera kari | celur dan toskan
2-3 biji telur | ikut suka
1 biji bawang besar | potong dadu
Sedikit kubis | hiris halus
Sedikit lobak merah | hiris halus
Sedikit isi ayam | rebus dan carik-carik
2 bijicili padi | hiris halus
Sedikit garam | jika kurang masin
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata.
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.
Bau busuk tapi rasanya mak aii sedapnya, itulah petai yang tengah musim sekarang ni. Selain sedap dijadikan ulam, petai juga sesuai dimasukkan dalam masakan terutamanya di dalam sambal atau gulai. Iniada 4 versi resipi petai yang dicmpurkan dalam masakan yang menjadikan rasa masakan tersebut lebih sedap.
.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setalah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
.
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
Angkat dan hidangkan.
.
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.