6 Bahan Ini Akan Buat Tepung Sadur Pisang Goreng Anda Rangup Sampai Ke Petang.

Share

Jarang kita nak jumpa pisang goreng yang tepung sadurnya masih rangup dan tidak lembik bila dah sejuk. Yang peliknya, kalau orang-orang tua buat, elok pula hasilnya. Apa rahsia agaknya ya? RASA nak berkongsi beberapa petua yang diperoleh dari emak admin sendiri. Beginilah cara dia buat pisang goreng yang tak pernah tak habis kalau dia buat. Berebut-rebut makan!

foto: shesimmers.com

CARA BUAT BANCUHAN TEPUNG SADUR PISANG GORENG YANG COMFIRM RANGUP!

1. GUNA KAPUR MASAKAN

Ketika anda membancuh tepung sadur tu, campurkan 1 sudu besar kapur masakan dalam bancuhannya. Nisbah tepung:-

2 cawan tepung beras, 1 cawan tepung gandum

*Kemudian masukkan 1 sudu kecil garam dan serbuk kunyit. Masukkan air dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.

2. CAMPURKAN MINYAK

Tambahkan sedikit minyak panas ke dalam bancuhan tepung sadur dan gaul rata. Kemudian bolehlah digunakan untuk sadur pisang dan digoreng.

3. GANTIKAN TEPUNG BERAS DENGAN TEPUNG PULUT

Biasanya kita gunakan tepung beras, tapi cuba gantikan dengan tepung pulut. Nisbah tepung:

3 cawan tepung beras dengan 2 cawan tepung pulut

*Kemudian campurkan dengan sebiji telur, sedikit garam dan serbuk kunyit.

4. TAMBAHKAN KELAPA PARUT

 

Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.

5. LETAK SEDIKIT SODA BIKARBONAT

Letak sedikit soda bikarbonat dalam bancuhan tepung. Dengan cara ini, tepung sadur akan ‘mengembang’ dan menjadi rangup.

6. GUNAKAN MENTEGA

Boleh juga tambahkan lebih kurang 2 sudu besar mentega cair dalam bancuhan tepung sadur anda.

INFO: Campurkan sedikit kelapa parut dalam bancuhan tepung sadur anda. Bukan saja merangupkan, tapi kelapa parut akan menambah rasa lemak pada pisang goreng anda nanti.

Published by
Nur