Bunga kantan ini harganya boleh dikatakan agak mahal, antara RM1.50-RM3 sekuntum, dan bila hari perayaan makin tinggi harganya.
Jadi kalau beli jangan membazir, jika beli banyak ada lebihan simpan sebaiknya. Bagi memastikan ia tahan lama cara menyimpan bunga kantan ini kena betul.
Dikongsi oleh Dunia Hanya Sementara Fy berikut adalah cara menyimpan bunga kantan yang hasilnya masih elok selepas 6 bulan.
Sekadar share cara untuk simpan bunga kantan. Cara ini bunga kantan tetap dalam keadaan baik, bantik dan tiada birat hitam.
Ini hasilnya selepas 6 bulan lebih disimpan dalam frezer. Bila masak, aromanya tetap sama.
Caranya
1. Basuh terlebih dahulu bunga kantan.
2. Potong ikut suka kita.
3. Letak dalam plastik / bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut.
4. Letak air masak dalam bunga kantan tersebut.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam frezer.
Saya letak untuk sekali masak, mudahkan kerja. Boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu.
Selamat mencuba.
Sumber: Dunia Hanya Sementara Fy