Bila aroma masakan mula  menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan.  Di sebalik semua ini,  rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma  yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakan  lebih sedap menyelerakan.

 6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

Titik – Serai, Halia  Dan Lengkuas

Bahan  penumis segar  seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.

 6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

Sangai (goreng tanpa minyak)

Ads

Rempah ratus  berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan.  Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap.  Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.

6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

Dibakar –Belacan

Belacan sangat kuat baunya.  Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakar  menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.

6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

KoyakAtau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.

Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan.  Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.

6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi

Ads

Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.

6 Cara Bangkitkan Aroma Dalam Masakan, Huhhh… Tak Sabar Makan.

Dilarutkan – Asam Jawa

Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.

Ads

Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.

 

Selamat mencuba!.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI