6 Cara Halau Lipas Tanpa Guna Racun. Lebih Selamat Dicuba Bagi Anda Yang Ada Anak Kecil.

Share

Lipas yang berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan racun.

1. Sabun mandi

 

Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.

2. Lemon

 

Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.

3. Buah Pelaga

 

Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.

4. Daun Pandan

 

Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.

5. Daun Bay

 

Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.

6. Baking Soda & Gula

 

Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.

Selamat mencuba!

Published by
Nur