Lipas yang berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan racun.
1.Sabun Mandi
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2.Lemon
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3.Buah Pelaga
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4.Daun Pandan
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5.Daun Bay
elain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6.Baking Soda & Gula
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Celur Bihun Supaya Tak Hancur, Tahan Lama Tak Berlendir
Hajat jamu tetamu dengan bihun sup, supaya mudah kerja ramai yang mencelur bihun awal. Ada juga terjadi selepas dicelur, bihun hancur dan tak tahan lama. Malah jadi berlendir.
Salah satu sebabnya adalah kerana bihun dicelur dengan kaedah yang tidak betul. Untuk celur bihun jangan terus rendam dengan air panas. Ada tekniknya, caranya dikongsi oleh Pak Man yang juga merupakan pengusaha restoren melalui akaun TikTok beliau.
Cara betul celur bihun supaya tak hancur dan berlendir
1. Terlebih dahulu rendam bihun dengan air paip dulu selama 20 minit. Kemudian tos.
2. Kemudian sediakan besen dan masukkan kunyit jika buat bihun sup utara.
3. Selepas itu tuang air panas yang baru mendidih, dan masukkan bihun yang direndam tadi.
4. Kemudian kacau-kacau hingga bihun nampak kembang.
5. Buang air panas tadi dan tos hingga bihun betul-betul kering. Jangan ada air yang bertakung dalam bihun tadi.
Cara ini barulah bihun tahan lama, tak berlendir dan tak hancur.
@pakman3590 Membalas kepada @queen cara celur bihun#bihunsuputara #resepipakman #tip #foodtrick ♬ Comical, fun, cute, video background music(1124511) – Lill Lilly
Kebun Kluster Kayangan, Duduk Apartment Tak Semestinya Tak Boleh Bercucuk Tanam
Ramai yang menganggap, duduk di kawasan kampung atau rumah landed sangat beruntung kerana boleh bercucuk tanam. Bolehlah tanam cili, kunyit dan sayuran lain dan tak perlu beli di pasar. Namun hal ini disangkal oleh ahli facebook group Rasa Share Resipi yang menganggap di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mereka berkongsi gambar pokok yang ditanam oleh mereka di bahagian balkoni. Ada yang menanam di dalam pasu. Tak kurang juga yang menanam secara hidroponik. Asalkan tahu menjaga kebersihan kawasan setempat dan keselamatan, tiada masalah untuk mereka bercucuk tanam.
Elok hidup subur dalam pasu – Bunga Angkasa
Menggunakan teknik menanam dalam pasu, pengguna facebook dengan nama Bunga Angkasa menanam pokok cili, bendi, bayam brasil, bayam korea, kesum, pokok kari dan kunyit.
Pasu disusun elok di bahagian tepi balkoni dan dijaga rapi.
Subur sungguh pokok bayam ni.
Manfaatkan ruang sekangkang kera – Becca Jholl
Menanam secara hidroponik, pengguna facebook dengan nama Becca Jholl menyatakan dia ingin memanfaatkan ruang balkoni yang bersaiz kecil. Daripada terbiar kosong, dia menanam pokok menggunakan teknik hidroponik.
Subur pokoknya.
Beginilah cara tanaman hidroponik.
Gemuk sayur atas tu kan?
Jadi, apa lagi alasan kita untuk tidak memanfaatkan masa lapang dengan menanam pokok? Hal ini membawa banyak manfaat untuk isi rumah. Cubalah.
SUMBER: Facebook Group Rasa Share Resipi
ANDA MUNGKIN SUKA RESIPI INI JUGA
https://rasa.my/cara-buat-bancuhan-tepung-pisang-goreng-yang-rangup-dan-sedap/
https://rasa.my/nasi-serai-halia-bantu-buang-angin-dalam-badan/
VIDEO YOUTUBE
https://www.youtube.com/watch?v=0XB6t7I7-ZM
Delima, Buah Hebat Kaya Khasiat. Mari Cuba Resipi Super Sedap Ini.
Siapa sangka di sebalik kecantikan bentuk yang membulat dan warna merah bak kristal, buah delima memiliki khasiat yang sangat luar biasa. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan buah delima bagus untuk diamalkan.
Buah delima merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah SAW. Buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dan menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit. Malah, kebaikan buah delima ini juga terlalu banyak untuk kesihatan dan kecantikan.
Firman Allah di dalam al Quran, yang bermaksud:
“Di dalam kedua-duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebat penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Buah delima diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik. Sumber asid folat dan antioksidan pada buah delima dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima pula mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati. Kekayaan antioksidan dalam buah delima adalah tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksidan ini berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.
Justeru, ia layak digelar ’superfruit’ kerana kandungan antioksidan yang diterajui oleh asid ellagik berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Berikut antara khasiat tersembunyi buah delima:
- Melambatkan proses penuaan
Pemakanan buah delima boleh mengelakkan anda daripada hyper pigmentation, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, kedutan dan wrinkles yang biasanya disebabkan oleh pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari.
- Merawat masalah pada wajah
Sapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas boleh mengurangkan perbentukan serum dan mengawal perbentukan jerawat. Tambahan lagi, buah ini juga boleh mengurangkan kesan parut disebabkan jerawat.
- Menyembuhkan Anemia
Buah delima terbukti mampu merawat penyakit sel darah merah rendah atau anemia. Nutrisinya mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang mampu meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah serta meransang pembiakan sel darah merah.
- Baik untuk sistem penghadaman
Buah delima membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang boleb membantu sistem penghadaman dan melawan pelbagai penyakit makanan yang dimakan. Buah delima juga boleh merawat sembelit.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: “Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)”
Amalan makan buah delima atau minum jus delima asli setiap hari akan mengurangkan risiko penyakit yang berbahaya. Pabila mengambil jus delima, pastikan tiada tambahan gula, pengawet, penstabil, pewarna dan perasa tiruan. Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
RESIPI
LAICI PANNA COTTA DENGAN DELIMA
BAHAN A
- 200ml minuman laici
- 1000ml susu segar penuh krim
- 200ml whipping cream/heavy cream
- 250gm gula
- 1 tin buah laici
- 1 paket serbuk agar-agar
BAHAN B
- 1 kotak besar minuman laici
- 2 biji buah delima
- 1 paket serbuk agar-agar
- 2 sudu makan gula
CARA MEMASAK
- Kemudian kisar buah laici dengan minuman laici dan tapis.
- Campurkan air tapisan laici tadi dengan susu segar penuh krim, whipping cream, gula dan serbuk agar-agar ke dalam kuali.
- Kacau dan masak sehingga mendidih.
- Biarkan suam sedikit dan tuangkan ke dalam bekas sehingga penuh. Ketepikan.
- Campurkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
- Biarkan suam sedikit dan tapis untuk asingkan biji delima.
- Tuang sehingga separuh bekas yang anda gunakan. Biarkan sejuk.
- Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
- Hias dengan buah delima.
Info chef: Jika tidak ada air kotak laici, anda boleh kisar laici dalam tin bersama airnya dan tapis.
Saiz hidangan: 4-6 cawan
Tempoh memasak: 20 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : kaya rasa delima dan laici
Cara memasak : Didih
Anggaran kos: RM25
MUFFIN DELIMA OATMEAL
BAHAN-BAHAN
- 1 3/4 cawan tepung serbaguna
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh kayu manis
- 3 biji telur gred A | dipukul perlahan
- 1/2 cawan minyak sayur-sayuran
- 1/3 cawan jus delima (seratus peratus)
- 1 cawan delima | asingkan isi
- 1/2 cawan oat
BAHAN TOPPING
- 2 sudu besar mentega | dicairkan
- 1/2 cawan light brown sugar
- 1/3 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu teh kayu manis
- 1/4 cawan oat
- 1/4 cawan delima | asingkan isi
CARA MEMASAK
- Panaskan ketuhar pada 350C.
- Dalam mangkuk besar ayakkan tepung, gula, serbuk penaik, baking soda, garam dan kayu manis.
- Masukkan telur, minyak sayuran dan jus buah delima. Kacau sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan buah delima dan oat. Kacau sebati.
- Tuangkan 1/3 adunan ke dalam setiap bekas muffin.
CARA MEMBUAT TOPPING
- Dalam mangkuk sederhana kacau mentega, gula perang, tepung, kayu manis, oat dan buah delima hingga rata.
- Taburkan sedikit buah delima di atas permukaan muffin.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 22 hingga 27 minit atau masak.
- Sejuk di atas redai dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika anda mahu muffin yang lebih manis, boleh tambah sukatan gula dalam bahan.
Saiz hidangan:14 biji
Tempoh memasak: 60 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Muffin sihat dengan oat dan delima
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM30