Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya.
Kesan hangus ni agak susah nak tanggal tapi ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkannya. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.
CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK
1. GARAM
Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.
2. CUKA
Ads
Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.
3. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.
Ads
4. LEMON
Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.
5. KULIT UBI KENTANG
kredit foto: realsimple.com
Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.
Ads
6. ASAM JAWA
kredit foto: spiceography.com
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal.
SELAMAT MENCUBA!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Santan segar memang membuatkan masakan lebih enak cuma jadi masalahnya untuk menyimpannya. Santan segar ini perlu diletak dalam peti sejuk supaya tahan lama. Kalau bekalan elektrik terputus lama, memang menyebabkan santan rosak.
Supaya santan yang disimpan tak basi bila bekalan elektrik terputus boleh gunakan cara ini untuk memastikan ia kekal elok. Tip ini dikongsi oleh pakman3390 dalam akaun TikTok beliau.
Menurut beliau cara ini membolehkan santan tetap segar selama 2-3 hari walaupun disimpan di luar peti sejuk.
Cara simpan santan luar peti ais supaya tak basi
1. Masukkan santan dalam satu bekas kemudian letak ais sampai menutupi semua santan.
2. Kemudian tuang sedikit air dan tambah lagi ais.
3. Selepas itu terus tabur garam halus di atas ais tadi.
Fungsi garam halus ini untuk ais tahan lama. Boleh biarkan saja santan dalam ais ini dan ia akan kekal elok di luar peti ais selama 2-3 hari.
Anda jenis membeli barang dapur dalam jumlah yang banyak, termasuk kentang. Namun ada ketikanya anda tidak banyak menggunakan kentang dalam masakan sehingga stok kentang terbiar lama dan busuk tanpa disedari. Hal ini merugikan, untuk mengelakkan dari membazir anda boleh amalkan petua yang RASA kongsikan ini supaya kentang tahan lebih lama dan tidak busuk.
Pilih Yang Segar
Semasa membeli kentang pilih yang masih segar agar aia tahan lebih lama. Pastikan kentang juga tidak bertunas, teksturnya keras dan tidak ada tanda-tanda busuk. Elakkan kentang berwarna hijau, itu menunjukkan ia masih belum matang dan kurang sedap. Sebaiknya beli kentang berwarna kekuningan dengan permukaan yang licin.
Jika terbeli banyak dan kentang dalam simpanan kelihatan kurang segar, asingkan atau buang yang busuk. Kentang yang tinggal perlu segera digunakan dan jangan simpan lebih dari dua hari. Cara kedua, potong bahagian busuk, sementara bahagian yang elok dikupus dan rendam dalam air sejuk, cara ini kentang masih boleh tahan satu hari.
Simpan Di Tempat Kering
Umumnya kentang boleh tahan satu hingga dua minggu jika disimpan pada suhu bilik. Namun agar tahan lebih lama, simpan kentang di tempat kering dan tidak terdedah pada sinaran matahari. Suhu paling sesuai untuk simpan kentang adalah 6-7C, pada suhu ini kentang boleh tahan dua hingga tiga bulan.
Simpan kentang dengan cara memasukkannya dalam bakul plastik yang berlubang-lubang untuk kemudahan kitaran udara dan simpan dalam kabinet kering dan bebas dari cahaya matahari. Elakkan dari menyimpan kentang dalam peti sejuk kerana suhu terlalu sejuk untuk kentang, ia menyebabkan ketang akan berwarna kehitaman semasa di masak
Jangan Cuci
Ada orang yang suka mencuci kentang sebelum disimpan. Cara ini akan menyebabkan kentang menjadi lembab dan cepat busuk. Jangan risau tentang kotoran atau kuman pada kulit kentang, sebab anda boleh mencuci kentang semasa ingin menggunakannnya. Ingat kentang mesti sentiasa kering dan tidak berkulat semasa dalam simpanan
Sentiasa Pantau Kesegaran
Selain suhu dan kelembapan, banyak faktor lain yang pengaruhi kesegaran kentang. Misalnya serangga dan penyakit. Oleh itu sentiasa pantau kesegaran kentang secara rutin dan pilih kentang yang hampir busuk dan gunakannya terlebih dahulu untuk dimasak.
Jangan Simpan Kentang Dengan Buah
Elakkan dari meletakkan kentang bersama buah dalam satu bekas, kerana ada sesetengah buah yang mengeluarkan gas yang boleh menyebabkan kentang lebih cepat busuk.
Freezer Jadi Penyelesaian
Freezer memang alternatif jangka panjang menyimpan kentang. Dengan cara ini kentang boleh disimpan 10-12 bulan dalam keadaan beku. Tetapi jika ingin dibekukan ia hanyalah kentang yang telah dimasak, bukan mentah. Oleh itu rebus atau bakar kentang sebelum dibekukan.
Sambal nasi lemak kena sedap baru makan berulang. Cara nak buat sambal nasi lemak pun tak boleh ambil senang, sambalnya perlu dimasak dengan sabar, tak boleh api besar besar nanti meletup-letup pecah minyak habis satu dapur. Selamat mencuba.
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK ENAK
BAHAN-BAHAN:
500 grm cili kering(yang pedas campur yang kurang pedas)
Bawang merah 1 1/2 kg
Bawang putih 1 labu
Ikan bilis 200g..lagi banyak lagi sedap
Belacan
Gula
Garam
Ajinomoto (jika perlu)
Asam keping
CARA MEMASAK:
Potong dan buang biji cili basuh bersih pastu rebus hingga lembut. Masukkan sikit minyak masak masa rebus….kemudian blend bagi halus letak juagk minyak masak masa blend
Bawang merah separuh di blend kasar dan sparuh lagi di potong bulat
Bawang putih dihiris halus
Ikan bilis di blend kasar jgk #dah siap semua tu boleh mula menumis..smbal ni amik masa yg lama utk masak..masak dengan api yang perlahan baru sambal maask elok dan tahan lama..itupun klau tak habis
Guna minyak lebihan goreng ikan bilis untuk masak sambal..mula masukkan belacan dan hancur dalam minyak baru masuk bawang putih tumis sampai wangi
Masukkan pula ikan bilis biar garing sikit baru masuk bawang yang diblend biar sampai bawang betul2 masak dan naik minyak
Baru masukkan bawang yang potong dan kacau sampai bawang tu layu baru masukkan cili yg dikisar
Perlahan api dan biar cili tu masak…bila nampak cili tu dah cantik elok masukkan garam, ajinomoto dan asam keping
Tmbah air masak laig sampai rasa cili dah betul2 masak baru la boleh tambah gula.. gula dan garam ikut citarasa sendiri..
Dah naik minyak cantik tu makna sambal kita dah masak. Boleh cari balik asam keping dan buang.Tak mau sambal tu rasa masam #nak lg sedap boleh letak gula merah/ gula melaka/nisan
Nota: Masa nak makan boleh lah buangkan minyak lebihan tu ya.
Kongsi resipi: Mazira Hassan
Tip Utama Nak Dapatkan Sambal Yang Sedap:
1. Pemilihan cili kering
Rata-rata orang kita semberono je beli cili kering yang dah siap terjual di pasaraya.
Padahal, cili kering yang dijual itu ada jenis dan kualiti tersendiri. Saya dan puan suri memang peminat sambal tumis ikan bilis nasi lemak.
Cili kering yang dijual biasanya ada 2 kategori, kategori pedas dan kurang pedas. Kita sebagai pembeli boleh kenal mana satu cili kering yang pedas atau tidak.
Petua nak kenal cili keras kurang pedas, cili kering tu nampak macam berkerinting-kerinting seakan-akan kecut semacam.
Berbeza dengan cili kering pedas. Saya guna bahasa kampung dalam entri ini.
2. Air asam jawa dan belacan
Air asam jawa memang memberi kadar kesedapan juga dalam memasak sambal tumis.
Saya biasa campur air asam jawa setelah cili pecah minyak dan sudah benar-benar masak.
Boleh juga tambah sedikit belacan. Nak dibuat sambal ikan bilis kering pun boleh juga. Ikut tekak tukang masak la.
3. Masak sambal tumis mengikut aturan.
Ada sesetengah orang.
Perkara pertama yang dibuat dulu untuk memasak sambal tumis ikan bilis nasi lemak adalah masak dulu cili kering yang sudah dikisar.
Kemudian, baru dimasukkan bawang putih dan bawang merah. Pendapat saya, bawang putih dan bawang merah memainkan peranan juga.
Bagi naik bau aroma bawang. Kemudian baru masukkan cili kisar. Cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam.
Jika dah secukup rasa, masukkan bawang besar diakhir masakan.
4. Jenis dan kualiti ikan bilis.
Nak campurkan ikan bilis pun boleh juga dalam sambal tumis.
Saya biar asingkan sambal tumis dan ikan bilis. Bila di dalam pinggan, baru dikahwinkan ikan bilis bersama sambal tumis.
Jenis ikan bilis juga pun boleh menjadi satu faktor kesedapan sambal itu sendiri.
Ikan bilis mata biru memang menjadi pilihan saya jika masak sambal tumis ikan bilis nasi lemak.
Kalau memasak sendiri di rumah, boleh la gunakan ikan bilis kategori mahal sikit.
Kalau berjual beli, kena fikir juga dari segi kos untuk beli ikan bilis mata biru. hehehe.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!