6 Cara Mudah Hilangkan Kerak Lauk Hangus Pada Periuk Dan Kuali.

Share

Kalau memasak sambil buat kerja lain, potensi untuk masakan hangus memang ada. Kadang-kala kita lupa yang ada makanan yang sedang duk hangat atas dapur. Bila sedar, hmm…dah rentung semuanya.

Kesan hangus ni agak susah nak tanggal tapi ada cara yang boleh dicuba untuk menanggalkannya. Memang berkesan berbanding anda cuci menggunakan sabun dan air biasa.

CARA HILANGKAN KERAK & KESAN HITAM PADA PERALATAN MEMASAK

 

1. GARAM

Caranya sangat senang. Panaskan air dalam periuk yang ada kesan hangus dan masukkan sedikit garam. Rendam seketika kemudian sentalkan dengan sudip sambil mengikis kesan yang melekat pada periuk tadi.

 

2. CUKA

Masukkan cuka ke dalam periuk kemudian didihkan. Padamkan api dan biarkan sehingga periuk betul-betul sejuk. Kemudian, sental hingga bersih.

 

3. SODA BIKARBONAT

Soda bikarbonat juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Caranya ialah  panaskan air dalam kuali atau periuk hingga mendidih dan masukkan soda bikarbonat. Biarkan sejuk sebelum dicuci.

 

4. LEMON

Lemon juga boleh dijadikan bahan pencuci yang bagus. Caranya mudah. Cuma potong lemon dan rebuskan sekali bersama kulitnya. Biarkan sejuk selama 3-4 jam dan bersihkan periuk seperti biasa.

 

5. KULIT UBI KENTANG

kredit foto: realsimple.com

Kalau periuk ada kesan hangus yang kental, anda boleh menggunakan kulit ubi kentang. Caranya, letakkan kulit kentang di dalam periuk dan isikan air sampai menutupi kerak. Kemudian, panaskan air hingga mendidih. Kerak pada periuk itu akan tanggal dengan sendirinya.

 

6. ASAM JAWA

kredit foto: spiceography.com

Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang anda ingin dicuci. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih di atas api buat seketika. Tunggu sejuk dan gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi sehingga kesan hangus tanggal. 

 

SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

 

Published by
Nur