Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu! Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip yang RASA kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.
Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang anda perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini enam tip yang boleh anda ikut.
1.Asingkan Daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang. Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2.Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka kerana boleh mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.
Ads
3.Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bungkusan untuk sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer supaya daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selainitu bakteria mudah membiar, tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.
Ads
4.Simpan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
5.Simpan Dalam Bekas Bertutup
Ads
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.
6.Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang lengkap dan mudah ini, diharapkan tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban atau bila anda beli daging dalam jumlah yang banyak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada pelbagai label berbeza untuk menyatakan jangka hayat sesuatu produk terutamanya makanan. Biasanya ada tiga label atau tag yang biasa digunakan : BEST BEFORE, USE BYUSE BEFORE , & EXPIRY DATE.
Jom semak fakta yang dikongsikan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan dalam FB mereka. Ni penting bagi memastikan anda tidak terkeliru dan faham dengan lebih jelas lagi.
BEST BEFORE
Kebiasaannya label ‘BEST BEFORE’ ada pada makanan yang dibungkus segar selama 90 hari atau kurang. Ianya juga dilabelkan ‘best before’ sekiranya makanan atau item tersebut dibungkus di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk tersebut dibeli
.
Kesegaran makanan selepas tarikh ‘best before’ akan berkurangan bergantung kepada cara penyimpanan produk. Contohnya roti. Maka, ‘best before’ memberikan info mudah : selepas tarikh ini; kesegaran, rasa , nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah .
USE BEFORE
‘USE BEFORE’ : Tidak boleh di makan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh ‘use before’.
USE BY
USE BY’ : Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di atas rak jualan .
EXPIRY DATE
EXPIRY DATE’ selalu boleh dilihat pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Selepas tarikh luput, produk tersebut sudah tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ianya tidak boleh di makan serta perlu dibuang .
Sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan
Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam.
Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Dah siap pilih yang segar waktu di pasar tapi bila dah simpan makanan laut dalam freezer dan keluarkan untuk masak udang sotong semuanya dah lembik dan tak segar. Rasa manis pun dah hilang.
Ini memang selalu terjadi, tapi ada cara untuk kita mengekalkan kesegaran makanan laut yang dibeli dan dalam masa yang sama mengekalkan kemanisan makanan ini.
Caranya ada dikongsi oleh Shazura Bahari. Menurut beliau petua ini dikongsi oleh nelayan tempat beliau selalu membeli makanan laut.
Caranya
Selepas membeli makanan laut seperti ikan, udang, sotong sebelum menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku gaulkan taburkan dengan gula.
Sebaiknya pek lauk ini mengikut kuantiti sekali makan.
Untuk jimat boleh juga letak semua makanan laut ini dalam satu bekas dan gaul dengan gula terlebih dahulu. Kemudian barulah diasingkan.
Bagi udang, boleh juga letak sedikit perahan limau. Jika mahu memastikan kekal segar selama 1-2 bulan boleh letak air dalam bekas simpan udang ini.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.