Banyak dapat daging korban, kemudian masuk je dalam freezer untuk tahan lama. Eh salah tu! Masuk dalam freezer dah betul tapi caranya yang salah. Mak-mak atau akan-akak kena baca tip yang RASA kongsikan ini supaya daging yang ada simpan tahan lama dan tetap segar di dalam freezer.
Dengan tip ini bukan hanya daging korban yang anda perolehi tahan lama, malah kesegaran daging masih boleh dikekalkan walaupun ia sudah disimpan lama dalam freezer. Ini enam tip yang boleh anda ikut.
1.Asingkan Daging
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah mengasingkan daging ikut bahagian. Misalnya tulang, daging batang pinang, tulang, bahagian dalaman (perut, hati, limpa, paru) dan daging cincang. Apabila ingin membuat sup, anda hanya keluarkan bekas berisi tulang sahaja, yang lain-lain kekal di dalam freezer.
2.Bersih Dan Cuci Daging
Daging korban adalah daging segar yang tidak banyak kotor atau cemaran kuman. Tetapi ia tetap perlu dicuci bersih sebelum dimasak atau disimpan. Sebaiknya cuci di bawah air mengalir, selepas dicuci elakkan dari meletakkanya di tempat terbuka kerana boleh mengundang pembiakan bakteria dan kuman, oleh itu segera masukkan dalam bekas dan terus masukkan dalam freezer untuk disimpan.
3.Simpan Daging Dalam Saiz Sekali Masak.
Bila memperolehi daging dalam jumlah banyak, potong dan bahagikan kepada beberapa bahagian ikut saiz sekali masak. Contoh jika anda mendapat 3 kilogram, bahagikan kepada enam bungkusan (satu bungkusan untuk sekali masak). Masukkan dalam bekas atau dalam plastik sebelum disimpan dalam freezer supaya daging tidak mengalami proses pembekuan berulang. Selainitu bakteria mudah membiar, tekstur daging juga rosak dan tidak sedap lagi apabila dimasak.
4.Simpan Dengan Bahan Perapan
Menyimpan daging yang siap dengan bahan perapan boleh menjadikan daging tahan lebih lama berbanding daging mentah. Bahan perapan paling mudah adalah dengan cara mengaulkan daging dengan garam, gula, bawang dan kunyit. Ia kerana bahan perapan bersifat antibaktria dan agen pengawet pada makanan. Secata tidak langsung ia menjimat masa memasak. Setelah dikeluarkan dari freezer anda boleh terus masak tanpa perlu menyediakan bahan perapan lagi.
5.Simpan Dalam Bekas Bertutup
Anda wajib menyimpan daging dalam bekas bertutup supaya daging tidak mudah dicemari bakteria yang ada dalam peti sejuk atau bahan-bahan lain yang ada dalam peti sejuk. Jika dimasukkan dalam plastik, anda perlu balutnya dengan kemas.
6.Perhatikan Suhu Freezer
Suhu yang sejuk membuatkan bakteria tidak boleh hidup, oleh itu sebelum menyimpan daging pastikan suhu freezer anda kurang dari 18 celius. Dengan suhu ini daging boleh disimpan sehingga tiga bulan lebih.
Dengan tip yang lengkap dan mudah ini, diharapkan tidak ada masalah lagi untuk menyimpan daging korban atau bila anda beli daging dalam jumlah yang banyak.