Sempena Hari Raya Aidiladha kamu bolehlah sediakan hidangan sup berasaskan lembu, pelbagai jenis sup boleh di sediakan tau. 6 jenis bahagian ini memang popular dan sedap jika di buat sup. Untuk kamu yang gemarkannya boleh mencuba resipi yang Rasa kongsikan ini. Selamat mencuba.
RESIPI SUP KAKI KERBAU/LEMBU
BAHAN-BAHAN:
Bahan direbus bersama:
- Kaki lembu / Kerbau
- Halia sejengkal
- Asam keping 5 keping
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan tumis:
- Halia 3 inci-kisar
- Bawang putih 5 ulas-kisar
- Bawang merah 2 labu-kisar
- Kayu manis
- Bunga lawang
- Jintan manis dan jintan putih
- Lada hitam
- Serbuk sup 5 sudu
Bahan hiasan/penyeri:
- Daun sup
- Bawang goreng
- Cili padi yang dipotong-potong
CARA MEMASAK:
1. Rebus kaki lembu bersama bahan2 yang direbus selama 2 -3 jam dalam periuk. Kalau guna pressure cooker 1 jam je. Biar betul-betul empuk tau. Kalau tak nanti lemak dan urat tak sedap dimakan.
2. Gorengkan bahan2 tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan tumis yang lain dan akhir sekali masukkan serbuk sup tu. Goreng sampai pecah minyak.
3. Pabila sup dalam periuk dah mendidih (estimate separuh empuk kaki tu), tuangkan semua bahan tumis tadi dalam periuk. Wahhh memang naik baunya. Tutup periuk tersebut. Kemudian teruskan merebus sehingga betul2 empuk. Nanti kuah akan menjadi pekat. Boleh campurkan sedikit air. Nanti pabila betul2 empuk, kuah akan pekat kembali.
4. Hidangkan dalam mangkuk. Tabur bahan-bahan hiasan tadi. Bukan sekadar hiasan tetapi penyedap sup juga. Makan panas-panas.
5. Untuk lebih nikmat, sediakan straw untuk menyedut lemak2 dalam kaki tu. Walla!
RESIPI SUP TULANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 1 labu bawang besar – di hiris
- 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar
- Air rebusan tulang secukupnya
- 1 batang lobak merah ~ dadu
- 2 biji kentang ~ dadu
- 1 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji tomato – potong dadu
- 1 batang celery – hiris
- Daun sup dan daun bawang ~ hiris
- 3-4 biji cili padi – hiris
- Bawang goreng – tabur
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 batang lobak merah
- 1 batang celery
- 1 batang leek
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
- Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
- Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
- Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
- Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
SAMBAL KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kicap ABC/kicap manis
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu kecil cuka makan
*Satukan semua bahan dan kisar. Sedia di makan bersama sup tulang.
Kongsi resipi: Azie Kitchen
RESIPI SUP PERUT LEMBU ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 300gm perut lembu | direbus dan dihiris
- 2 batang serai
- 3 biji cili padi
- 3 biji jus limau nipis
- 3 biji bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 4 helai daun limau purut
- 1 liter air
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air bersama serai, cili, jus limau nipis, bawang putih dan bawang merah sehingga sedikit mendidih.
2.Kemudian masukkan perut dan perasakan dengan garam serta gula mengikut cita rasa anda. Biarkan mendidih seketika.
3. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RESIPI SUP LIDAH
BAHAN-BAHAN:
- 500g lidah lembu – direbus hingga empuk dan dihiris halus
- rempah 4 serangkai – kulit kayu manis (2), bunga lawang (2), buah pelaga (4) dan bunga cengkih(2)
- 1 sudu besar rempah sup adabi
- 5 biji bawang merah – tumbuk
- 2 biji bawang putih -tumbuk
- 2 inci halia – tumbuk
- semangkuk kecil bawang goreng
- 1 pokok daun bawang
- 1 pokok daun sup
- garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- 500ml air – ikut suka nak kuah lebih lebihlah air
- minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- panaskan minyak dan tumis rempah 4 serangkai
- lepas tu, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau
- bila dah naik bau masukkan air dan rempah sup , biarkan hingga mendidih
- bila dah mendidih, masukkan lidah lembu, bawang goreng dan daun sup serta daun bawang yang telah dihiris (guna separuh je)
- masak sehingga mendidih dan rasakan garam dan ada hitam
- Sedia untuk dihidangkan dengan dengan nasi panas atau roti. Jangan lupa tabur bawang goreng , daun sup dan daun bawang serta perah asam limau.
Kredit resipi: sawanila.com
RESIPI SUP EKOR
BAHAN-BAHAN:
Untuk periuk tekanan:
- 2kg ekor lembu (oxtail), minta tukang daging memotongnya menjadi potongan 4-5cm
- 1 liter stok daging lembu
- 1 batang kayu manis 3”
- 2 bunga lawang
- 30g halia, dipukul sedikit
- 12g galangal, ringan dihancurkan
- 5g serai, hanya bahagian bawah, ringan dihancurkan (kira-kira 1 serai)
Aromatik:
- 520g bawang besar
- 25g bawang putih, dikupas
- 130g saderi, seluruh batang, daun ditanggalkan & diguna sebagai bahan sup
Untuk sup:
- 200g lobak merah, dikupas & dipotong 5cm panjang dan kemudian dibelah 4
- 385g kentang, dikupas & dibelah 2
- 300g tomato, dibelah 4
- 75g cili hijau, kira-kira 5 keping
- 25g cili padi hijau, kira-kira 14 keping
- 85g kacang panjang, dipotong panjang 4-5cm (tidak wajib)
- Daun saderi, dihiris halus (lihat bahan aromatik di atas)
- 5g serai, bahagian bawah sahaja, kira-kira 1 batang
- 2 keping daun limau purut, dikoyak kasar
- 1 paket sup bunjut
- 1 sudu kecil sos ikan
- 500ml stok daging lembu
- 1 limau, jus sahaja
- 2 sudu kecil lada hitam kasar
- 100ml minyak masak
Untuk Hiasan Hidangan:
- Bawang goreng
- Daun sup, daun sahaja
- Limau, dibelah separuh
- Roti Perancis, dipotong senget, kira-kira 2cm tebal & disapu mentega
- Hidangan: 8 orang
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan periuk tekanan kedalam periuk tekanan dan masak pada api tinggi sehingga siap. Sekiranya anda tidak mempunyai periuk tekanan, baca tip kami di bawah.
- Bahan-bahan dimasukkan kedalam periuk tekanan
Periuk tekanan mempunyai butang untuk menandakan bila ia siap
Proses memasak sedang dilakukan bila butang masih tertekan
Proses memasak siap apabila butang muncul dan stim terkeluar - Buka tudung periuk tekanan. Kecilkan api dan reneh selama 1 jam.
Semasa ekor mereneh, tanggalkan daun dari saderi dan batang daun sup dan tepikan untuk sup dan hidangan.
Dalam pengisar makanan, masukkan semua bahan aromatik dan kisar sehingga halus. Jika perlu, tambah sedikit air untuk membantu proses kisaran. Tepikan sehingga ekor sudah direneh.
Sediakan dan potong bahan-bahan lain sambil menunggu ekor.
Bahan-bahan lain sudah dipotong dan siap untuk dimasak
CARA MEMASAK:
1. Dalam periuk besar, panaskan minyak.
2. Bila minyak secukup panas, masukkan campuran aromatik dan tangkai serai. Tumis sehingga berwarna perang sedikit, kira-kira 15 minit.
- Tumis bahan-bahan aromatik anda
3. Tuangkan seluruh isi periuk tekanan ke dalam periuk. Lakukan langkah ini dengan perlahan dan was-was kerana periuk tekanan agak berat dan sangat panas.
- Sedia untuk menuangkan kuah ekor
- Biar hingga mendidih
4. Masukkan sup bunjut, kentang, daun limau purut, lada hitam, sos ikan dan stok daging lembu.
5. Biar ia mendidih pada suhu panas selama 20 minit. Kacau sekali-sekala.
6. Masukkan lobak merah, tomato, kacang panjang (jika menggunakan) dan semua cili. Tambah jus limau. Rebus selama 20 minit lagi.
- Semua bahan-bahan telah dimasukkan ke dalam sup
7. Kecilkan api dan biarkan ia reneh untuk 20 minit. Kacau sekali-sekala. Masa memasak tambahan ini benar-benar menonjolkan rasa sup ekor.
8. Bila sedia untuk dihidang, masukkan satu atau dua keping ekor ke dalam mangkuk dan isi dengan sup. Taburkan bawang goreng, daun sup, dan setengah biji limau. Hidang dengan roti Perancis.
TIP TAMBAHAN:
- Jika anda tidak mempunyai stok daging lembu, stok ayam boleh digunakan juga.
- Tiada periuk tekanan? Tiada masalah. Masukkan semua bahan-bahan periuk tekanan ke dalam periuk besar, tutup, dan masak sehingga mendidih.
- Kecilkan api, keluarkan penutup, dan reneh selama kira-kira dua jam atau sehingga ekor lembu lembut dan senang dipetik dari tulangnya.
- Tambahan kacang panjang bagus jika anda mempunyai anak-anak di rumah yang tidak suka makan sayur-sayuran mereka. Jika anda tidak suka kacang panjang dalam sup anda, ia tidak akan memberi kesan kepada rasa sup jika anda tidak menggunakannya.
- Jika anda tidak merancang untuk makan sup dengan serta merta, sup ekor anda akan rasa lebih sedap esok. Biarkan ia sejuk sepenuhnya di dalam periuk sebelum dimasukkan ke bekas kedap udara dan simpannya di dalam peti sejuk. Bila anda bersedia untuk memanaskan semula sup anda, keluarkan minyak sebati di atas permukaan sup (jika ada) untuk rasa yang lebih kuat.
- Jika anda akan menyimpan sup ekor untuk dimakan beberapa kali, bahagikannya ke dalam bekal hidangan satu atau dua orang untuk pemanasan yang mudah. Anda juga boleh membekukan sup lebih selama dua hingga tiga bulan.
Kongsi resipi: butterkicap.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI