6 Jenis Sos Pasta Homemade Paling Senang Buat, Korang Boleh Cuba Ni.

Share

Sekarang pasta bukan lagi makanan yang pelik di kalangan masyarakat Malaysia, Malah hidangan pasta juga sudah menjadi menu utama dalam kebanyakan jamuan atau majlis kenduri kecil. Istimewanya masakan ini adalah ringkas, mudah dan cepat disediakan.  Jika anda igin mencuba, berikut  cara membuat  enam jenis sos yang popular past di kalangan rakyat Malaysia dihidangkan untuk Masakan Itali yang mula mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia ini mempunyai beberapa sos. Berikut  enam sos menjadi pilihan rakyat Malaysia.

CARBONARA:

Antara sos putih yang digemari ramai, dibuat dari bahan-bahan seperti kuning telur, keju paramesan, bawang putih, lada sulah dan beef bacon.  Untuk rasa lebih berkrim anda boleh tambah dengan heavy cream

. Cara menyediakan sos sangat mudah. Anda hanya perlu tumiskan bahan dengan minyak zaitun.Untuk lebih perisa dan menambah warna kepada sos anda boleh tambahkan sosej, smoked beef untuk rasa yang lebih sedap dan hidangan nampak  lebih menyelerakan.

 

PESTO:

Sos pesto adalah sos  berwarna hijau, hasil dari gabungan daun basil, bawang putih, kacang  pinus dan keju parmesan. Semua bahan ini dikisar halus, kecuali keju. Bahan kisar ini kemudian ditumis dengan minyak zaitun dan ditambah dengan  keju parmesan dan dimasak hingga wangi. Sos ini lebih sihat dan sedap.

BALOGNES

Sos merah pasta berwarna merah ini dihasilkan dari gabungan daging cincang, bawang putih dan lobak merah. Kemudian ditumis dengan mentega dan ditambah dengan sedikit air stok daging. Setelah masak, tambahkan krim masak dan keju parmesan supaya sos lebih pekat. Namun sekarang sos ini telah diolah dengan tambahan susu cair dan tomato. Ia menjadikan rasa yang lebih lemak berkrim

AGLIO  OLIO

Sos Aglio Olio adalah sos yang sangat ringkas dan mudah disediakan bila digabungkan dengan spageti. Untuk menyediakannya anda hanya perlu panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian tumis  bawang putih yang telah dicincang, kacau rata dan masukkan spageti. Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan serbuk lada hitam atau chili flakes. Bagi lebih perisa boleh tambah hirisan sotong atau udang untuk perisam, namun terpulang pada cita rasa.  Untuk rasa lebih lemak boleh taburkan dengan parutan keju semasa dihidangkan. Perlu diingatkan sos ini kering sifatnya dan rasa sedikit pedas hangat sedap.

ALFREDO

Sos Alfredo adalah sos paling sesuai dengan pasta fettucini. Sos ini hanya menggunakan bahan asas mentega dan heavy cream, kedua bahan ini dimasak hingga menjadi sos pekat yang lembut. Untuk rasa lebih sedap boleh tambahkan dengan bawang putih dan keju parmesan. Sebenarnya sos ini hampir sama dengan  sos carbonara, tetapi warna sos Alfredo lebih putih dan rasanya lebih ringan dan berkrim.

 

MARINARA

Sos marinara adalah sos tomato khas, rasanya masam-masam manis dengan sedikit rasa hangat dari herba basil, pudina atau peterseli. Cara menyediakan sos ini  sangat mudah, ia ditumis menggunakan minyak zaitun  bersama bawang putih, dedaun herba seperti basil dan pudina atau peterseli, kemudian dicampur dengan tomato, ia dimasak sehingga tomato hancur sempurna dan pekat kuahnya. Ia sesuai untuk pasta ravioli. Tetapi sekarang untuk lebih perisa ada yang tambahan dengan seafood.

Kesemua pasta ini mudah disediakan, anda boleh cuba salah satu sos kegemaran keluarga untuk dipandankan dengan pasta.

 

Published by
Norasida Myasin