6 Menu Ayam Sedap & Murah, Sesuai Untuk Open House Bajet.

Share

Ingin mengadakan Open House, tapi nak yang bajet,. Ini ada enam menu lauk paling murah berasaskan ayam,  ia mudah disediakan, sedap dan ramai sukakannya. Lagi pun  lauk ayam boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi impit, ketupat palas, lemang dan aneka jenis nasi.Janji open house korang tetap meriah, tetamu berselera makan.

OPOR AYAM KUNING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu the serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 3cm lengkuas | titik
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai |titik
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 10 ulas bawang merah
  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan separuh santan dalam periuk, kemudian tambah ke dalamnya bahan kisar, serbuk ketumbar, jintan dan lada hitam.
  2. Kacau rata dan biarkan ia mendidih di atas api sederhana.
  3. Masukkan ayam kacau rata. Setelah ayam kecut, masukkan lebihan santan, asam gelugor, daun salam, lengkuas dan serai.
  4. Terus didihkan ayam hingga ayam empuk dan kuah pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
  7. Opor ayam sedia dihidangkan dengan nasi impit atau ketupat.

 

AYAM PALEMBANG:
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong kecil dan sederhana
  • 4 batang serai | titik
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 cawan kicap pekat manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 15 tangkai cili kering | rebus dan tos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan serdikit garam halus dan serbuk kunyit. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan rempas penumis hingga wangi.
  3. Seterusnya masukkan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, gaul rata dan tambahkan sedikit air dan masak atas api sederhana.
  5. Setelah ayam masak, masukkan kicap, kerisik dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
  7. Tutup api dan ayam sedia dihidangkan.

 

AYAM RENDANG MINANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • 6 helai daun limau purut
  • 4 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar | hiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering | rebus
  • 5 biji buah keras
  • 3cm lengkuas
  • 2cm halia
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai dan daun limau purut.
  2. Setelah timbul minyak dan wangi, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
  3. Selepas 2-3 minit buka penutup dan kacau rata lagi.
  4. Biarkan mereneh atas api sederhana hingga air ayam kering.
  5. Masukkan santan dan asam gelugor.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah kuah pekat, masukkan kerisik dan kacau lagi.
  8. Kecilkan api, biarkan ia mereneh lebih kurang lima minit lagi.
  9. Tutup api dan rendang sedia dihidangkan.

AYAM SAMBAL DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana dan bersihkan
  • 1 biji limau nipis | ambil airnya sahaja
  • 5 helai daun limau purut | hiris halus
  • 1 batang serai titik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 10 tangkai cili kering | rebus

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai dan hirisan daun limau purut hingga wangi.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis tadi.
  6. Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika.
  7. Tutup api dan ayam sambal sedia dihidangkan.

AYAM SAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 biji limau nipis | ambil airnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 biji cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan garam halus dan sedikit serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan ayam,goreng tadi gaul rata.
  6. Perasakan dengan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  7. Kecilkan api, renenhkan seketika baru tutup api.
  8. Sambal ayam sedia dihidangkan.

AYAM  RENDANG KERUTUP

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 500ml santan
  • 2 sudu makan rempah kerutup
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 3 sudu makan kerisik
  • 4 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 3cm lengkuas

BAHAN SANGAI DAN KISAR:

  • 2 sudu makan ketumbar biji
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, pes cili kering dan serai,
  3. Kacau rata dan tambahkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air.
  4. Setelah pecah minyak masukkan ayam, kacau rata supaya ayam sebati dengan bahan tumisan.
  5. Apabila ayam kecut dan air tumisan kering, masukkan santan dan asam gelugor.
  6. Biarkan rendang mereneh atas api sederhana hingga kuah pekat.
  7. Tambahkan kerisik, taburkan bahan sangai yang telah dikisar. Kacau lagi.
  8. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  9. Kecilkan api dan biarkan rendang mereneh seketika hingga pecah minyak.
  10. Tutup api, rendang sedia dihidangkan.

 

 

 

Published by
Norasida Myasin