6 Menu Masakan Inspirasi Syamimi. Masak Di Dapur Rumah Flat Je Tapi Menenangkan

Share

Dapur yang cantik semestinya menjadi Impian ramai. Ia ibarat ‘spot’ kegemaran bagi mak-mak untuk berkarya dan juga ruang rehat melepaskan lelah dengan menikmati secangkir kopi.

Sehari dua ini kecoh di media social mengenai seorang pempengaruh yang tinggal di rumah PPR. Beliau menerima kecaman ramai dek kerana dikatakan tidak layak tinggal di rumah tersebut sedangkan beliau layak untuk memiliki rumah yang lebih mahal. Usah membangkitkan hal tersebut, pasti ada sebab disebalik kelayakan beliau untuk memiliki rumah tersebut. Jom kita lihat, sudut lain pada influencer ini yang boleh kita tiru.

Syamimi atau lebih dikenali sebagai @syamimia di akaun tiktok, adalah seorang influencer yang sedang meningkat naik dan dikenali ramai menerusi content-content yang dihasilkan di media social berkenaan.

Selain deko rumah dan peralatan dapur yang digunakan kelihatan cantik dan mewah, yang menarik minat ramai untuk menonton video-video yang dihasilkan ialah aneka resipi yang dikongsi.

Resipi-resipi yang dikongsi semuanya adalah resipi harian yang mudah, sedap dan sesuai dihidangkan buat suami dan anak-anak. Mudah dan tidak menggunakan bahan yang pelik-pelik pun.

Ralit melihat Syamimi masak, peralatan yang digunakan juga lawa-lawa. Semuanya berkonsepkan warna putih. Wahhh… Bagi anda yang sedang mencari-cari konsep untuk dapur, bolehlah tiru idea dari Syamimi ni. Nampak sangat kemas dan menyenangkan mata memandang.

Pemilihan perabut dan kelengkapan dapur yang bersesuaian, memainkan peranan penting. Jika kena susun aturnya, barang murah pun kelihatan mahal. Paling penting, kena rajin mengemas dan sentiasa bersih.  Tengoklah Syamimi ni, lepas siap memasak, terus kemas dapur supaya bersih. Suaminya juga turut membantu.

Diakui rumahnya memang cantik dan kemas. Menurut beliau rumah itu beliau deko sendiri bersama suami termasuklah cat, pasang lantai, susun atur dan bermacam-macam lagi. Hampir semuanya DIY.

Ramai yang suka tonton video Syamimi ni sebab beliau seorang yang ‘genuine’ dan humble. Tutur katanya juga lembut dan teratur. Kerajinan beliau dalam mengemas rumah memang menjadi inspirasi ramai.

Jom tonton video-video masakan @syamimia ni. Moga terus memberi inspirasi buat orang ramai.

 

Kredit: TT & IG Syamimia

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN